SEORANG USTAZ HASRIZAL BERNAMA “BESAR” BERJIWA KECIL

Saya bukanlah pembaca blog Saiful Islam yang dikendalikan oleh seorang ustaz yang namanya besar di ruang maya terutama di kalangan anak-anak muda. Bagaimanapun menjelang Hari Raya beberapa hari yang lalu, beliau adalah menulis satu artikel, yang antara lain nama saya disebut dalam artikel tersebut. Ada pula yang menyebut artikel tersebut adalah maklumbalas kepada kenyataan saya tentang Gerakan Harapan Baru (GHB) yang mendukung aliran pemikiran Muslim Progresif. Sayapun membaca artikel itu untuk melihat kalau-kalau dakwaan saya terhadap GHB itu meleset.

Selepas saya membaca artikel itu, apa yang saya temui ialah luahan kekecewaan demi kekecewaan beliau terhadap PAS yang sukar berubah. Bermula daripada idea-idea beliau tentang perubahan yang tidak mendapat perhatian kepimpinan Pemuda PAS, diikuti dengan gagasan ustaz-ustaz muda yang menelan idea-idea perubahan beliau dan golongan profesional yang tidak ‘membeli’ apa yang beliau kemukakan. Akhir sekali beliau memaparkan kemuncak kekecewaan beliau dengan mengoyak Sijil PAS.

Seorang ahli falsafah masa kini tentang Epistemologi, John Ziman, menulis tentang peringkat-peringkat perubahan, iaitu bermula dengan perubahan kognitif, diikuti perubahan institusi dan akhir sekali perubahan paradigma. Ustaz yang bernama besar ini berhasrat melakukan perubahan institusi iaitu merubah PAS. Lalu dia memulakan dengan melakukan perubahan kognitif terhadap ahli-ahli PAS khusus golongan muda yang bakal mewarisi perjuangan. Malangnya perubahan kognitif yang diketengahkan ditelan oleh gagasan ustaz-ustaz muda yang dikatakan jumud dan tidak dibeli oleh profesional muda yang disebut bengap.
Dalam artikel itu beliau menyalahkan ustaz-ustaz muda yang menyebabkan perubahan kognitif yang diusahakannya terbantut. Beliau melahirkan kemarahan apabila perubahan kognitif yang dibawanya ditolak pula oleh golongan profesional muda. Kemuncak kekecewaannya ialah mengoyak sijil keahlian PAS apabila peluang untuk mengangkat idea-idea perubahan yang dirintisnya seperti hampir tertutup setelah Muktamar PAS ke 60 di Johor yang lalu. Tiada yang menarik dalam artikel beliau melainkan luahan kekecewaan dan memori peribadi beliau yang terlibat seketika dengan perkaderan PAS.

Seorang ustaz yang bernama besar serta bermotivasi, tidak seharusnya meluah kekecewaannya di khalayak awam. Kalau idea-idea perubahannya bernas dan mantap pasti ia akan diterima oleh ustaz-ustaz dan profesional-profesional muda. Kalau ada penolakan terhadap idea beliau belum tentu yang tidak menerima itu yang jumud dan bengap, boleh jadi idea-idea perubahan yang dibawanya itu yang dangkal dan bebal. Memaksa orang lain menerima idea-idea seumpama itu atau mendesak agar mereka membelinya bukanlah sikap yang sepatutnya bagi seorang ustaz yang bernama besar.

Cuma saya tertarik juga dengan artikel beliau yang menempelak saya, apabila saya mendakwa aliran pemikiran yang dibawa oleh GHB adalah gagasan Muslim Progresif. Beliau kelihatan bersetuju dengan saya, bahawa gagasan Muslim Progresif itu adalah jelik justeru beliau tidak memggemarinya apabila dilabelkan gagasan yang jelik itu terhadap GHB. Saya tidak pula melihat penaja GHB sendiri menafikan gagasan mereka adalah Muslim Progresif, malah mereka begitu berbangga dengan label tersebut.

Seorang penaja GHB pernah menyebut ada cadangan supaya nama bagi parti baru ialah Parti Islam Progresif. Cuma mereka mungkin alpa bahawa istilah ‘Progresif’, ‘Muslim Progresif’ dan ‘Islam Progresif’ adalah istilah yang sudah menjadi konsep dalam wacana pemikiran Islam semasa. Istilah itu bukan hanya menjadi konsep, tetapi juga sudah diinsitusikan atas nama Forum dan NGO.
Menggunakan istilah yang sudah menjadi konsep dan telah diintitusikan hanya akan dilakukan oleh mereka yang mendukung gagasan itu atau mereka yang alpa terhadap pengertian sebenar istilah itu.
Di kalangan penaja GHB ada yang memegang ijazah kedoktoran berkaitan pengajian Islam dan ada juga yang begitu pakar dengan penggunaan istilah-istilah. Tidak mungkin mereka boleh alpa dengan konsep dan institusi sebenar istilah progresif, Muslim Progresif atau Islam Progresif, seperti yang diwacanakan dalam bidang pemikiran Islam kontemporari. Sekiranya kealpaan itu bukan alasan, maka kesimpulan saya bahawa GHB memang telah ‘membeli’ istilah progresif itu sebagaimana konsep dan institusinya sememangnya mempunyai asas. Saya bersyukur bila ustaz yang menulis artikel itu turut jelik dengan gagasan Muslim Progresif tersebut.

Mohd Zuhdi Marzuki
18 Julai 2015
2 Syawal 1436

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: