TGNA – IKON KETEGUHAN DALAM PAS

Keluar masuk PAS bukanlah isu baharu. Sejak penubuhannya, sudah ramai pimpinan mahupun ahli yang bersilih ganti dalam PAS. Namun PAS tetap utuh.

Antara yang menarik, sewaktu PAS dilanda krisis, 3 dari 4 Ahli Parlimen PAS yang ada di Dewan Rakyat telah bertindak keluar PAS tahun 1983. Mereka membawa lari semua kepercayaan pengundi yang memilih mereka mewakili PAS demi kelangsungan politik yang mereka idamkan.  Langsung tidak merasa bersalah selepas ahli bertungkus lumus memenangkan mereka atas dasar yang diperjuangkan bersama.

Kerusi empuk dalam dewan parlimen menyebabkan mereka lupa semua penat jerih pengorbanan pekerja-pekerja parti peringkat bawahan. Lebih mengecewakan, mereka lupa tugas memartabatkan Islam yang Allah galaskan di bahu.

Namun di celah kebejatan 3 ahli parlimen rakus itu, terselit seorang insan yang tetap teguh dengan janji taat setianya kepada PAS. Harapan-harapan baru yang ditabur langsung tidak dihirau walau terpaksa bersendirian di Parlimen. Matlamat, dasar dan akidahnya tetap dalam perjuangan yang sama.

Itulah dia Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliaulah MP tunggal PAS sehingga 1986 yang tidak berganjak dari wadah penuh tribulasi ini. Berkat keteguhannya berprinsip, PAS yang pada waktu itu berkecamuk teruk telah kembali teguh berdiri membina semula kekuatan, dan terus berperanan di arena politik tahair jua antarabangsa.

Insan inilah yang sering difitnah juak pemerintah sepanjang hidupnya. Bermacam cara dilakukan supaya beliau kendur dalam perjuangan. Namun beliau tak pernah berundur. Semua orang tahu tegasnya Ulama ini mempertahankan Islam.

Ketulusan hati budinya menyebabkan dia terus difitnah walaupun sudah berada di alam barzakh. Rekaan kononnya alMarhum menyokong gerakan meninggalkan PAS cuba dicetus demi menarik sokongan. Sangat menyedihkan, apabila wajah sucinya turut diconteng oleh anaknya sendiri, yang dari dulu tidak sehaluan fikrah dengan bapanya.

Semoga Allah merahmati insan bertubuh kecil berjiwa besar ini. Walaupun dia telah tiada, semangatnya untuk melihat Islam dimartabat terus mengalir dalam diri pejuang-pejuang muda hari ini. Walau bukan semua anak-anaknya mewarisi pesaka ilmu dan iman yang ditinggalkannya, masih ramai kalangan ribuan anak didiknya yang mahu mewarisi harta penuh berharga itu.

(Alang Ibn Shukrimun)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: