DHPP bukan idea Mujahid Yusuf Rawa

Abang Marzuki Kuching

11756615_708821349223311_533407959_nDHPP bukan idea Mujahid Yusuf Rawa. Kalau dia cuba mengaku idea dia atau macai Mujahid kata idea Mujahid, maka sahlah ini satu penipuan dan kebobrokan.

Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP adalah cetusan selepas tertubuhnya Kelab Penyokong PAS. Idea membawa bukan Islam ke dalam PAS adalah idea Prof Dr Zulkifli Muhammad, AJK PAS Pusat di zaman 60an lagi. Pada pertengahan tahun 1986, PAS telah menubuhkan CCC (Chinese Consultative Council) bagi mengumpulkan sokongan bukan Islam di dalam PAS. PAda tahun 2004 PAS telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS atas daya usaha Almarhum Ustaz Hassan Shukri dan pada tahun 2010, Kelab ini bertukar menjadi DHPP dengan kesungguhan Almarhum Ustaz Hassan Shukri meneliti Perlembagaan PAS dan kemudian mengemukakan usul pindaan kepada JK PAS Pusat dan MSU, dan akhirmya tertubuhlah DHPP dalam Muktamar PAS 2010.

Mujahid diberikan amanah mengurus Kelab Penyokong PAS dipimpin oleh oleh Hu Phang Chow…malang pengurusannya tidak membantu menambah bilangan ahli dalam kelab. Sebaliknya Hu Phang Chow menjadi one-man show dalam Kelab. Malah integrasi antara etnik Cina dan India gagal dilakukan dalam Kelab. Mujahid lebih suka kepada tubuh badan Hu Phang Chow dari organisasi Kelab. Apabila majoriti ahli Kelab terdiri dari etnik India dan mendominasi Kelab dan seterusnya diipilih menjadi Pengerusi Kelab, Mujahid tidak pedulikan pemimpin baru dalam Kelab yang terdiri daripada etnik India. Sebaliknya Mujahid masih menganggap Hu Phang Chow adalah pemimpin Kelab. Keadaan mandom ini berlarutan beberapa tahun hingga menimbulkan suasana tidak selasa dalam Kelab. Mujahid sendiri tidak mahu Kelab ini menjadi kuat dan berpengaruh kerana bimbang Kelab ini akan mengambil alih peranan DAP dan PKR dalam mengumpulkan undi bukan Islam kepada PAS.

Apabila Kelab ini bertukar menjadi DHPP, ia pada awalnya diletakkan di bawah Lajnah Hubungan Kaum yg dipengerusikan oleh Mujahid. Apabila didapati tidak ada pekembangan yg positif dan kondusif di bawah Lajnah, DHPP dipindahkan di bawah Naib Presiden Naib Presiden PAS Ustaz Tuan Ibrahim, penasihat baru DHPP Pusat.

DHPP terpaksa melalui proses pengurusan semula, mengumpul data keahlian Kelab yang “hilang” di zaman Hu Phang Chaw serta aset Kelab. Kerap di dapati Mujahid, semasa DHPP mula bergerak di peringkat awal, Mujahid tidak memberi kerjasama kepada pimpinan baru DHPP di bawah Subramanian kerana ia masih menganggap Hu Phang Chaw adalah “ketua” DHPP. Beliau selaku Pengerusi Lajnah Hubungan Kaum selama 3 penggal gagal memainkan peranan dalam menggap kekuatan dan peluang DHPP yang ada. Beliau juga gagal membantu meluaskan circle keahlian bukan Islam dan penyokong dari bukan Islam ke dalam DHPP. Beliau lebih minat berunding dengan DAP dan PKR untuk mendapat undi bukan Islam dari DAP dan PKR daripada mengukuhkan pembinaan kapasiti DHPP. Alhamdulillah Mujahid kini tidak lagi berada dalam AJK PAS Pusat. Hu Phang Chow telah keluar PAS setelah gagal dalam PRU 2013 di Air Hitam. Konspirasi Lim Kit Siang, Salehudin, dan Mujahid melalui Pengarah Pilihanraya Pusat Dr Hatta yang berusaha meletakkan Hu Phang Chow sebagai calon PAS di Air Hitam, kawasan tumpuan calon Melayu Islam PAS, akhirnya gagal. Hari ini Hu Phang Chow “ikut” Mujahid dalam GHB.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: