KELUAR MASUK PAS

ADAPTASI UCAPAN TGHH
MAJLIS HARI RAYA PERANTAU TERENGGANU
3 SYAWAL 1436
SIRI 1

Sejarah menunjukkan perjuangan Nabi pernah dikhianati beberapa kali hanya kerana berbeza pandangan strategi. Antaranya dalam menghadapi peperangan Uhud, Ketika Nabi mengadakan perjumpaan bersama umat Islam samada mahu berperang di luar atau cukup bertahan di Madinah.

Setelah berbincang, keputusan memihak untuk keluar berperang di Bukit Uhud walaupun Nabi sendiri cenderung untuk berkubu di Madinah. Kumpulan yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubai, yang mencadangkan untuk berada di Madinah telah menarik diri dari Uhud kerana tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan. Mereka berjumlah seramai lebih tiga ratus orang , iaitu 1/3 dari jumlah tentera Islam.

Mereka juga berusaha mendekati Nabi untuk mengubah kembali keputusan. Sebenarnya mereka mahu berperang di Madinah kerana mudah untik lari. Namun jawapan Rasulullah menghampakan mereka. Baginda tetap berpegang pada keputusan syura yabg telah dibuat.

Hari ini perbezaan strategi juga menyebabkan ada pihak yang mahu berundur. Ini tidak menjadi perkara yang pelik kerana isu keluar PAS bukan perkara baru. Bahkan isu-isu sebelum ini lebih besar dari yang ada sekarang.

Pada tahun 1951, Presiden PAS sendiri yang bertindak keluar parti dan menyertai parti Negara. Ia juga kerana perbezaan strategi antara yang teguh dengan perjuangan Islam dan mereka yang pragmatis untuk mencapai kemenangan. Namun PAS tidak berkubur.

Tahun 1954, giliran Setiausaha Agung pula keluat PAS. Tahun 1978, 10 orang AJK Pas Pusat keluar PAS setelah tidak bersetuju keputusan Presiden waktu itu (Tuan Guru Yusof Rawa) dalam kemelut politik Kelantan. Semua ini tidal sedikitpun menggugat PAS.

Apa yang menarik, apabila mereka keluar, Allah SWT gantikan dengan orang-orang yang lebih baik. Keluarnya Dato Ahmad Fuad, Allah gantikan dengan Dr Burhanuddin Helmy da Profesor Hj Ahmad Ibrahim. Keluar satu, masuk dua.

Sekarang apabila beberapa pihak bertindak keluar parti dan akan keluar parti, Allah gantinya dengan ribuan yang lain. Sejak krisis PR tercetus, PAS menerima keahlian baru tidak pernah kurang dari 5000 orang setiap bulan.

Kita parti yang memperjuangkan urusan Allah. Maka selagi kita berpegang prinsip perjuangan ini, PAS akan terus dipelihara oleh Allah. FirmanNya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
[Muhammad:7]

(Alang Ibn Shukrimun)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: