DAP perlu parti politik Islam boneka

DAP perlukan sebuah parti baru muncul dari rahim PAS. Apakah perlu kita menunaikannya?

Umum telah mengetahui DAP tidak menyenangi Pas kerana dasar dan pendekatan Islam yg dijunjung oleh Pas. Ketegasan Pas dlm mempertahankan perinsip Islam dirasakan oleh DAP sebagai penghalang kepada gerakerja PR. Mereka mahu Pas melangkah bersama mereka tanpa mempedulikan hukum2 yg termaktub dlm Islam. Kalau boleh mereka akan lebih selesa jika Pas mengubah dasarnya kepada pendekatan dan sikap yg lebih liberal. Mengekalkan nama Islam tidak mengapa asalkan pendekatan pas dapat dibebaskan dari keterikatan hukum Al quran dan Hadis.

Untuk mencapai hasrat itu mereka perlukan barisan kepimpinan Pas yg boleh bertolak ansur dlm soal2 hukum dan perinsip Agama.individu tertentu dlm barisan kepimpinan Pas yg sudah sedia memiliki aliran pemikiran tersebut perlu didekati dan diberikan sokongan oleh DAP. Manakala mana2 pemimpin Pas yg dilihat ortodok pada penilaian mereka perlu disingkirkan daripada kesebelasan kepimpinan Pas. Dari situlah kita dapat lihat tindakan2 biadap dilakukan oleh DAP. Antaranya ” mengistiharkan putus hubungan dgn presiden Pas, tetapi tidak dengan Pas”. Sebenarnya “tidak dengan individu tertentu yg sealiran dengan DAP”.

DAP juga mengambil sikap menyerang barisan Ulamak Pas termasuk Presiden dan Majlis Syura Pas. Kerana golongan ini dilihat sebagai penghalang usaha mengsakularkan Pas. Kewujudan PasMa disaat hampirnya Muktamar Pas kali yg ke 61, dilihat sebagai peluang untuk “memecahkan” Pas dan seterusnya “menguasai” Pas. Lebih menghairahkan mereka bilamana munculnya individu2 pemimpin Pas yg berlagak sebagai “Hero Jahat” secara berani menyanggahi dasar2 Pas dan menidakkan pandangan dan keputusan Presiden secara biadap. Peluang memecahkan Pas dan menguasai Pas dirasakan semakin dekat untuk direalitikan.

Allah menghendaki berlaku sebaliknya. Muktamar Pas Pusat yg berlangsung di kuala Selangor menyaksikan Kem anti ulamak dan mesra DAP kecundang disemua posisi termasuk sayap Pemuda dan Muslimat. Keputusan ini sgt mengecewakan pimpinan terbabit termasuk DAP. Semua itu dapat kita sorot kembali daripada intipati kenyataan dan ucapan yg mereka buat pasca muktamar. Usaha menguasai Pas daripada dalam gagal.

Plan B perlu diteruskan, iaitu memecahkan Pas dengan diwujudkan parti serpihan yg lahir dari rahim pas sendiri. Parti serpihan ini penting kerana;
1. Ia akan menjadi “Dewan Himpunan Melayu Penyokong DAP( DHMPD) yg akan menjadi stok undi DAP dikalangan org2 Melayu. Kerana tanpa ” Dewan ini” undi Melayu secara umumnya samaada berpihak kepada Pas atau Umno. Jadi Dap perlu sebuah Parti Baru untuk tujuan itu.

2. Mereka juga tidak senang jika pemimpin yg kecewa ini masuk PKR atau DAP. Posisi mana yg harus disediakan kepada bekas pimpinan pas itu ?. Kalau sebagai ahli biasa, baik mereka kekal dlm Pas. Kalau sebagai pimpinan, sudah pasti mereka tidak akan disenangi oleh barisan kepimpinan yg lebih senior dlm parti tersebut. Jadi langkah selamat ialah wujudkan parti baru dan biarlah parti baru ini bekerja untuk mereka. Mereka tidak rugi, bahkan meraih keuntungan daripadanya.

Saya lihat  jika GHB muncul sebagai Parti Politik Islam kedua selepas Pas, ia tidak akan dapat bekayuh sejauh mana dlm gelombang politik tanahair. Akhirnya mereka terpaksa kembali menjadi Pas yg mendokong semua perinsip ajaran Islam atau terpaksa menjadi parti sakular juga seperti DAP dan lain2 parti sakular. Mereka tidak akan dapat bertahan lama dengan menjadi “makhluk dua Alam”. Satu sisi bercakap sebagai Parti Islam dan satu sisi yg lain bercakap sebagai Parti Sakular”.

Saya tetap meletakkan harapan agar kepimpinan yg tewas itu kekal bersama Pas. Mendokong perinsip perjuangan Islam sebagaimana sebelumnya. BERJIWA BESAR lah sebesar NAMA ANDA di persada politik Negara. Jangan tunaikan apa yg dikehendaki oleh musuh Islam.

Ust Mokhtar Senik
K.Dup Negeri Pahang
7/Syawal/1436/23.Julai.2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: