Jangan Terperangkap Dengan DAP!

Sebagai Seorang Abang, Saya Nasihatkan Mereka, Jangan Terperangkap Dengan DAP!

TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato’ Mustafa Ali menghantar mesej kepada pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dianggapnya sebagai ‘adik-adik’ beliau agar berwaspada dan tidak jatuh ke dalam perangkap DAP.

Dengan tidak menamakan siapakah mereka, beliau berkata sebagai ‘seorang abang’ yang rapat dengan mereka, sudah sampai masanya beliau menasihatkan mereka.

“saya sebagai abang kepada mereka baik dari segi umur dan dari segi penglibatan dalam parti, saya yang paling rapat dengan mereka,

“saya mengingatkan semua atau pun nak merayu supaya mereka ni berfikir panjang kerana ini satu benda yang besar yang melibatkan masa depan mereka sendiri,”ujarnya yang pernah menjadi ahli parlimen dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Tidak benar dakwaan mereka, bahawa mereka tidak lagi dikehendaki dalam jamaah dan dalam parti dan secara peribadinya, kata beliau, mereka adalah tenaga-tenaga yang penting dalam parti.

“jadi saya nak nasihatkan kepada adik-adik saya ini, sebagaiamana seorang abang yang sayang kepada adik-adiknya………samada mereka nak terima atau tidak, itu soal lain,

“sebagaimana saya pernah menyebut kepada Datuk Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa ketika itu, jangan terperangkap dengan Umno,

“saya nak peringatkan kepada adik-adik saya (dalam GHB) jangan terperangkap dengan DAP,”tegasnya.

Mantan Setiausaha Agung PAS itu berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini, pada Rabu, 22 Julai.

Katanya, pada waktu ini, sekiranya ada pemimpin PAS yang mencadangkan agar mereka di pecat dari ahli parti, beliau akan menentangnya.

Beliau menjelaskan, mereka perlu diberi sedikit masa untuk memikir dan ‘merawat luka ego dan maruah’mereka kerana katanya manusia ini ada perasaan.

Sebaliknya, kalau mereka meneruskan niat menubuhkan parti baru dan menentang PAS, beliau sendiri berikrar akan melawan mereka.

“tapi kalau dia nak (teruskan) juga saya tak dapat nak halang, tapi seperti yang kita sama-sama maklum, tubuh parti politik baru dan apabila masuk saja parti baru, (secara) otomatik terpecat daripada PAS……..itu saya tak boleh buat apa,

“sekarang dia masih dalam PAS sebab itu saya (nasihatkan) tapi kalau sudah keluar PAS dan tubuh parti baru (lalu) melawan PAS, saya (akan) lawan mereka!,”tegasnya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: