Dato’ Wan Abd Mutalib Embong jawab Husam

Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran saya ucapkan jutaan terima kasih kpd YB Datuk Husam yg telah sudi menulis balik dlm whasapp pada 27.10.15

Pertanyaan saya dlm surat terbuka saya terdahulu itu tertumpu khusus kpd ‘surat terbuka’ Datuk Husam. Malangnya jawapan yg d beri tidak kpd soalan saya.

Saya yakin apa yg di curahkan dlm apa yg di katakan “Mejawab Wan Abd Muttalib – Husam Musa 27.10.2015 itu sebenarnya bukan jawapan kpd pertanyaan saya tetapi satu usaha membela diri tanpa pendengaran dua belah pihak. Saya tidak mempunyai kuasa dan hak untuk “cross examine” orang2 yg YB Datuk dedahkan itu. Apatah lagi rekodnya adalah rahsian pentadbiran negeri.

Jika betul bacaan dan ingatan saya, semasa peristiwa yg d dedahkan oleh YB Datuk itu, almarhum DTGNA masih MBK. Mengapa YB Datuk memilih tidak bawa kpd pengetahuan dan semakan YABTGNA, jika YB Datuk merasakan bahawa pandangan YB Datuk itu lebih baik dan sepatutnya dipertimbangkan oleh JKKP?

Adalah amat tidak betul dan tidak iklas pada pandangan saya yg kerdil ini, jika berlaku ketidakpuasan di atas cadangan YB Datuk dlm mana2 mesyuarat JKKP, YB Datuk memilih tidak menghadiri dlm mesyuarat JKKP berikutnya. Itu sikap yg tidak bertanggung jawab. Perbuatan itu adalah sama seperti mereka yg tidak terpilih dlm mana2 pemilihan sesebuah organasasi memilih untuk menyerang dan memburuk2kan orang lain yg terpilih.

Lebih buruk lagi bila mereka itu berusaha untuk menghancurkan organasasi yg d pikul perjuangannya terdahulu dan membentuk badan lain. Sila toleh ke belakang dan kaji kenapa dan mengapa kita yg terdahulunya di pilih tiba2 d ketepikan oleh pemilih. Menang kalah adalah lumrah dlm perjuangan.

Pada masa berlakunya peristiwa yg d bangkitkan YB Datuk itu saya ingat YABTGNA masih lagi MB dan memiliki suara pemutus bagi mempertimbang kan jika saranan YB Datuk memiliki merit yg lebih. Saya yakin YAB TGNA amat terbuka orangnya dan beliau meletakkan kepercayaan tinggi kpd YB Datuk.

Saya tidak berhasrat mencambahkan polimik yg akan diviralkan dengan ketiadaan manfaat kpd pentadbiran Kelantan dan perjuangan kita. YB pernah berkata, jika benar, akan terus bersama PAS hingga akhir hayat. Saya amat menyanjungi peggangah YB Datuk itu.

Oleh itu untuk menjernehkan kekusutan yg d lihat akan memajang tanpa laba yg besar tetapi keretakan, saya menawarkan dengan keiklasan hati untuk mejemput YB Datuk hadir di hadapan AJK LUHAM yang mana saya telah d amanahkan sebagai pengerusi nya dan atau Dewan Harian PAS Pusat bersama Luj Politik.

Demi untuk kebaikan bersama dan rasa istiqamah kita kpd perjuangan, saya bersedia untuk merintis jalan bagi megatur perjumpaan itu insyallah.

Drp Wan Abd Muttalib Embong

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: