HUSAM TIDAK PINDAH KELUAR KE PAN ADALAH SANGAT TERANCANG

oleh SYAFIQ AL-JITRAWY, Mahasiswa UNISEL

Posisinya itu membolehkan dia terus buat kekacauan dari dalam.

1 – Jika PAS ambil tindakan tata tertib, team Husam akan kaut keuntungan nama kononnya dia ditindas dan kononnya menjadi pejuang rakyat, meletakkan PAS di kandang pihak agresif walaupun asalnya dia sendiri yang memulakan onar. Begitulah Zionis meminta simpati dunia selepas dihukum Al-Qassam. Al-Qassam yang pertahankan diri pula dipandang sebagai pengganas.

2 – Jika individu PAS bangkit melawan Husam. Secara atas tanah, PAN kurang terima damage kerana Husam diposisikan oleh team mereka untuk stay buat kekacauan sebagai ahli PAS. Sama ada ahli PAS bangkit melawan atau tidak, PAS tetap akan terima damage. Bezanya damage berkala atau damage sekaligus.  Begitulah taktik Amerika mencipta ISIS di Syria, rakyat bangkit melawan Isis atau tidak, tetap terima damage.
Mempergunakan nama baik untuk berperang dengan orang baik.

3 – Berada di dalam PAS, membolehkan dirinya tidak “dipukul” oleh semua orang PAS. Orang PAS rata-ratanya berhati lembut dan baik yang tidak pandai melawan kawan-kawan sendiri. Jadi, stay di dalam PAS membolehkan dia mengekalkan imej “kawan yang perlu dijaga ukhuwah”.
Maka jika ada ahli PAS yang bangkit melawan onarnya, dia boleh berselindung di sebalik tirai ukhuwah. Begitulah taktik parti Salafi An-Nur Mesir setelah Dr Mursi menjadi Presiden, duduk bersama FJP (sayap IM) tetapi membuat kekacauan dalam pentadbiran, apabila IM ingin melawan, dicanang perlu menjaga ukhuwah pula. Akhir sekali, Dr Mursi digulingkan, parti Salafi An-Nur selamba sahaja buat muka tak bersalah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: