Zaharudin cabar Husam dialog 21 November

HUSAM! SEMUA READY 21 NOVEMBER INI.

Saya telah menghubungi balik kawan-kawan di Kedah. Mereka yang terlibat secara langsung di Kedah sudah sedia. Mereka bukan orang biasa yang ambil maklumat dari bakul tapi memang orang yang terlibat secara langsung.

Untuk maklumat Husam, saya juga terlibat hampir secara langsung dengan pertahankan Kedah terutamanya isu KUIN.

Termasuk beberapa sahabat saya di KUIN yang telah terlibat menghalang pergerakan KUIN daripada protes MB pada masa itu. Ia dapat disekat disebabkan oleh pembuktian bahawa gerakan itu dalangnya datang dari luar kedah. Sewaktu pertemuan pelajar dan pimpinan pelajar timbul isu mana bukti yang kata terdapat dalang dari luar? Saya dengar dengan teliti dialog tersebut melalui hp yang dipasang walau saya berada di KL.

Memang panik. Tetapi tindakan berani seorang muslimat swbagai saksi bahawa orang KL yang menjadi dalang. Semua tergamam termasuk kepala2 penggerak protes sebab muslimat itu sebenarnya seoarang yang menjadi tempat mereka meluah masalah. Mereka ingat muslimat itu bersama mereka. Tetapi mereka tidak sedar bahawa muslimat itu adalah anak buah kepada anak buah saya yg sememangnya menjalankan tugas sebagai Asma bte Abu Bakar sewaktu hijrah. Mengawasi pergerakan ini yang cuba merosakkan imej kerajaan negeri.

Sebab itu demonstrasi protes atas nama pelajar KUIN dilihat ramai orang KL berbanding orang KUIN sendiri.

Ini contoh sangat kecil dr sumber primer yang saya akan bawa. Jadi, Husam Musa boleh panggil sekali “Hawai Five O” atau JPPP waktu itu (hari ini sudah bersama PAN) ) utk kita dedahkan fakta mereka dan fakta saya. Memang saya dengar sayup2 golongan PAN waktu mereka jadi pimpinan PAS pusat bahawa punca jatuh Terengganu kerana bawa isu hudud. Saya berani cabar fakta itu.

Untuk maklumat Hussam, dalam dialog nanti saya akan dedahkan satu nama orang Kelantan (hari ini PAN) yang bawa “taukeh Cina” dari pantai barat untuk minta balak di Kedah. Orang tengah yang mereka minta tolong arrangekan pertemuan cabut, setpol cabut awal lagi sebab dah agak mesti kena perambat di MB punya. Akhirnya memang betul kena perambat.

Orang tu sekarang sedang all out juga bercakap tentang ketelusan Kerajaan Kelantan, nampak dia macam hero konon2 nak dedahkan penyelewengan. Bercakap berdegar-degar hendak bantu Kelantan, jero membela mangsa banjir, senyap-senyap bawa keluarga makan angin di Kemboja bersama keluarga waktu orang Kelantan dilanda musibah. Orang yang terlibat tahu siapa saya maksudkan sebab orang yang mereka tolong arrangekan pertemuan dengan DS MB insyallah ready dalam dialog dengan Hussam.

Ini baru maklumat kecil dan klu awal saya bagi kat Husam. Jangan ingat saya tak tahu apa-apa tentang Kedah.

Atau mungkin saya akan dedah satu proposal “orang Hussam yang minta bajet RM100,000 lebih untuk satu kuliah maghrib di Putrajaya, tetapi apabila dipotong kepada actual cost sebanyak RM30,000 lebih, akhirnya mereka cabut. Mungkin sebab tiada untung. Dokumen tu ada pada saya. Yang ini tak perlu report SPRM sebab dah kena block awal2 oleh orang2 jujur macam Arwah Ustaz Azizan, Dato Mat MB Kelantan. Tapi ia masih valid sebagai bukti “orang” Hussam pernah disekat daripada cubaan melakukan Bubble Cost terhadap duit rakyat.

Jadi, semua yang terlibat bersedia hendak jumpa Husam Musa pada 21 November ini.

Kalau Hussam nak saman, saya tunggu di mahkamah bersama lawyer dan kebenaran. Apapun jumpa di Kuizm 21 November.

– FB Zaharudin Muhammad

Link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1058759114154523&id=312456128784829

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: