Ceramah ‘Pengkhianat’ Husam Ramai Pendengar?

Begini mudahnya, jika kita pedomankan sirah Nabawiyyah, Abu Jahal dahulu kalau nak sampaikan sesuatu berita baru, dia akan panggil semua penduduk Mekkah dan semuanya yang berkerumun ke arah Abu Jahal. ‘Point’ nyaberkumpul untuk mendapatkan berita ‘baru’. Itu perkara biasa.

Kerana itu saya tidak pelik, jika seuatu yang di timbulkan dengan provokasi mendapat reaksi ‘crowd’ dan ‘audience’ yang ramai. Itu bukan ukuran sokongan, kerana yang hadir mungkin di sebabkan ‘ingin’ mendengar atas faktor provokasi. Ini pernah terjadi jika kita amati kisah Abu Jahal. Jadi jangan lah terpedaya dengan mainan ‘psy-war’.

Teruskan bekerja menguatkan parti. Usah peduli kan pemimpin-pemimpin yang rancak ‘membunuh’ parti melalui dalaman. Jangan percaya jika ada yang menyebut ingin mati di dalam PAS, tapi percaya lah, insan inilah yang sedang mematikan PAS. Di mana bukti nya? Lihat lah butir-butir fitnah melalui ucapan dan tulisannya. Isu 300 ribu peruntukan HAMASAH senyap membisu. Isu fitnah KPK yang di jawab secara telus di DUN. Juga isu YIK yang di jelaskan secara berfakta. Antara FITNAH terbesarnya ialah dengan menuduh PAS ingin bersama UMNO. Dia kata masa itu dia pimpinan pusat, tapi ‘kaki’ ponteng mesyuarat ini hadir kah pada waktu itu?

Mereka yang menyerang ini sudah tahu akan kebenarannya. Cuma sengaja ‘dimainkan’ bagi mewujudkan persepsi dan meruntuhkan kepercayaan. Ini bagi mengalihkan beberap isu kegagalan projek nya seperti Jamnapari, Depu, KGT dan Projek Harta Karun yang harta nya entah kemana, karub nya tinggal khayalan. Juga, bagi mengalihkan isu ‘moral’ nya yang suka ponteng mesyuarat parti, usrah pimpinan, mesyuarat BBC, pre-council dan pelbagai lagi.

Walaupun si dia cuba menunjukkan bahawa dia seorang pejuang ‘suci’. Tapi yakin lah, kelak Allah Taala akan zahirkan segala kerosakkan yang selama ini dia lakukan. Jadi lama kelamaan kita akan kenal siapa ‘bakal’ TPM ini.

Sekian.

Muhammad Adam Ghani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: