HUSAM KEJUT FITNAH DARI TIDOR

SU Politik Presiden PAS sudah nafikan sejak Ogos 2014 dakwaan Husam kononnya ada kerjasama PAS UMNO
PJ Selangor nafikan hari ini dakwaan Husam semalam kononnya ada kerjasama PAS UMNO
Azmin har ini nafikan dakwaan Husam juga..

APA LAGI HUSAM MAHU? MAHU MATI DALAM PAS JUGA KE?

PAS Selangor sangkal dakwaan Husam wujud cadangan kerjasama PAS-Umno

OLEH YASMIN RAMLAN
Malaysian Insider
Published: 6 November 2015 2:46 PM

Tiada sebarang perbincangan antara PAS dan Umno mengenai penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang didedahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa di ceramahnya semalam, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, tidak ada keperluan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana situasi sedia ada parti Islam itu masih dalam keadaan terkawal.

“Apa perlu kita tubuh kerajaan perpaduan dengan Umno? Umno pun orang dah tak mahu,” katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Beliau sebaliknya berkata, dakwaan Husam presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor kemungkinan diputarbelitkan media.

“Umno sekarang berada dalam keadaan tertekan, buat apa kita tubuhkan perpaduan dengan kerajaan dan parti yang tidak diterima lagi oleh orang,” katanya.

Semalam, Husam mendedahkan dalam ceramah beliau di Kota Baru, Kelantan, Hadi mengaku pernah merancang kerjasama tersebut dengan Umno pada tahun lepas ketika krisis pertukaran menteri besar di Selangor.

Katanya, “konspirasi” antara 2 parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).

Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, beliau tidak tahu-menahu sekiranya benar terdapat konspirasi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara parti itu dengan Umno/Barisan Nasional (BN) dan tidak akan bersetuju jika ia berlaku.

Sementara itu, timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pula lebih selesa bersikap “kunci mulut” dengan mengelak daripada mengulas berkenaan perkara itu.

“Saya tak campurlah. Itu politik parti lain. Tidak ada sebarang perbincangan ke arah itu,” katanya ringkas. – 6 November, 2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: