Si dia Husam terus bermain api

Saya tergelak lagi membaca tulisan terbaru YB Muka Buku. Saya kira ini antara tulisan lawak antara benua. Tulisan beliau pada kali ini seakan membenarkan telahan orang ramai bahawa si dia ini hanyalah insan kecewa yang ingin mencari tempat. Ya lah, dahulu kecewa tidak dapat menjadi Timbalan Menteri Besar pada tahun 2004 terubat dengan di lantik menjadi Exco, tapi kecewa pada tahun 2013 apabila nama yang di katakan bakal mengantikan Almarhum Tok Guru, hanya menjadi ADUN biasa. Nama nya tidak di namakan bagi mengantikan Almarhum Tok Guru. Bahkan, apabila dia tidak di perkenankan menjadi Exco oleh Istana, Almarhum Tuan Guru juga senyap seakan membiarkan si dia tidak menjadi Exco. Adakah Tuan Guru sudah sedar tentang perangai si dia ini ? Allahu Musta’an.

Saya masih ingat, selepas PRU ke 13 semasa si dia tahan ke lokap IPD Pengkalan Chepa ucapannya di Ketereh, saya juga antara demonstran yang berkampung di hadapan IPD bagi menuntut pembesanan si dia, tapi itu sekadar ingatan memori saya bersama si dia.

Masih segar di ingatan saya, selepas si dia di bebaskan daripada tahanan lokap , Tuan Guru minta si dia hadir kerumah. Tapi, Tuan Guru hanya menyambut si dia di luar rumah tanpa menjemput si dia naik ke atas rumah. Kenapa begitu layanan Almarhum Tuan Guru ? Adakah Tuan Guru sudah ‘meghidu’ perilaku si dia ini? Adakah si dia ingat ? Begitu hebat mantiq ulama’ dan waliyullah ini. Semoga Allah Taala sentiasa merahmati almarhum.

Sama seperti yang berlaku pada persidangan DUN pada tahun 2013/2014 di saat si dia mengkritik Kerajaan Kelantan secara terbuka, Tuan Guru terus bangun dan berlalu keluar dewan walaupun si dia belum menghabiskan ucapan. Khabarnya yang mengiringi Tuan Guru ke luar DUN “Tok Guru marah si dia berkecek lagutu,baso apo”. Mungkin si dia terlupa. Pada waktu itu si dia pun sedar yang Almarhum Tuan Guru marah pada dia.

Dalam surat hari ini, beliau mula mereka cerita dengan pelbagai dongeng buatan. Surat yang di tulisnya jelas berbau ujub dan takabbur seolah ingin menunjukkan hanya dia seorang yang betul dan pandai. Saya malas mendedahkan segala perihal tentang dia. Saya jujurnya cukup mengenali beliau. Bagi saya, cukup lah Allah Taala menghakimi beliau atas segala pepecahan dan pengkhianatan yang di lakukan pada jamaah Islam. Saya sebenarnya bersyukur kepada Allah Taala kerana tidak mengizinkan beliau menjadi MB Kelantan. Saya juga gembira kerana Almarhum Tuan Guru tidak memilih dia sebagai peganti.

Walaupun kecoh mengatakn bahawa si dia bakal TPM Malaysia, saya tersenyum sinis. Bagi saya, semoga Allah Taala jauhkan bala ini. Jika dia benar, kenapa dia mesti ‘BLOCK’ setiap orang yang menjawab tulisannya di Facebook? Sebab itu saya katakan, si dia ini bukan jujur. Hanya menembak kerana ingin di gelar hero! Tapi tidak mengapa. Keadilan Allah pasti jua tiba. Buat semua pejuang PAS. Allah sedang menzahirkan kepada kita siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya ‘beruang’. Teruskan bekerja. Mantapkan gerak kerja. Biarkan mereka ‘khayal’ dengan perang saraf yang mereka cetuskan.

Sekian.

Muhammad Adam Ghani
Rakyat Salor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: