HUSAM PENGKHIANAT DAN DALANG KEHANCURAN DINAR EMAS KELANTAN

IMG-20151104-WA0090

Anak Muda (AM) sedang meneliti beberapa dokumen rahsia yang dibekalkan oleh seorang bekas teman karib Husam Musa (HM) berkaitan salah urus Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) yang melibatkan HM.

AM yakin dengan pendedahan ini rakyat Kelantan akan lebih mengenali siapa sebenar HM. Penyalahgunaan dana KGT bukan sekadar membabitkan ratusan ribu sebaliknya ratusan juta ringgit. HM ketika itu masih lagi menjawat jawatan Exco Negeri Kelantan sebagai perancang ekonomi di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Penyalahgunaan dana KGT oleh HM bukan sahaja membabitkan pelabur dalam negara tetapi turut membabitkan pelabur asing dari luar negara. Antara mereka yang sudah memfailkan saman kepada KGT yang di bawah kendalian HM adalah Takao Kono dari Jepun dan seorang warga Francis Muhamad Elfis. Laporan salah guna dana KGT kepada pihak polis juga turut dilakukan oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik
Mahani Mohamad bertarikh 31 Januari 2012.

Ke mana perginya semua dana KGT adalah isu utama yang AM ingin bangkitkan. Kenapa HM tidak heret ke muka pengadilan sedangkan HM adalah orang yang diberi amanah memikul KGT? Sebenarnya Hanya HM yang tahu jawapannya sebab HM lah yang bertangungjawab melantik seoarang yang bernama Umar Ibrahim Vadillo CEO KGT dan kemudiannya dilantik menjadi penasihat bergaji oleh HM. AM turut dimaklumkan gaji yang diberi HM kepada Umar melebihi 12K.

Dengan kemelut besar yang dihadapi oleh KGT, HM perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perniagaan dinar emas di Kelantan. HM perlu bersikap telus terhadap perjalanan KGT. Adalah lebih patut dengan skandal penyalahgunaan amanah rakyat Kelantan ini, HM perlu mendesak KGT mengemukakan laporan penuh kewangan KGT. Tanpa laporan penuh ini, HM usah mendabik dada sebagai hero rakyat Kelantan sebaliknya digelar “Pengkhianat Amanah Rakyat Kelantan”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: