ADAKAH CYBERTROOPERS PRO-HUSAM MUSA DI TIPU?

ADAKAH CYBERTROOPERS PRO-HUSAM MUSA DI TIPU?

1. Panas kembali nama Husam Musa di dalam media baru terutamanya facebook. Rata-rata pendokongnya memainkan kembali beberapa isu yang diputar dengan fakta yang salah. Skrip yang sama di ratib bagi menampak kesalahan itu terarah kepada satu pihak. Antara catatan yang agak mengelirukan dan mungkin dengan niat jahat, banyak di catatkan di dalam facebook seorang pendokongnya dengan nama Mohd Sabri Salleh.

2. Saya pada awalnya tidak ingin respon. Tetapi melihat kepada tuduhan demi tududan yang di tulis, jadi saya rasakan kewajipan bagi saya membuat beberapa catatan. Antara yang banyak di wayangkan adalah tuduhan yang mengatakan pimpinan PAS mendapat duit daripada UMNO. Saya rasakan ini tuduhan yang berat dan jijik. Dikatakan kata-kata ini sebut oleh Husam Musa. Tidak cukup dengan FITNAH jahat kepada Tuan Guru Haji Hadi berkaitan dengan UG UMNO-PAS, kali ini FITNAH lain pula di siar raya bagi mengelirukan orang ramai. Jika ini BENAR, dedahkan siapa yang terlibat? Usah mengatakan isu dan perkara murahan.

3. Disebutkan juga, Husam Musa mempunyai berpuluh fail yang ada pada dia dan cuma beberapa fail atau bukti yang di serahkan pada Dewan Harian Pusat. Di sini jelas menampakkan Cybertroopers pro-Husam di tipu. Jika benar Husam Musa punyai berpuluh fail, sila tampilkan kedepan. Serahkan kepada SPRM ataupun pihak berkuasa. Tidak perlu membuat tuduhan secara tersembunyi dan bermain politik kepentingan. Jika benar Husam Musa seorang yang mempunyai akauntabiliti, laporan kepada SPRM perlu dilakukan. Tidak perlu membuat ayat-ayat kesian di hadapan penyokong yang melawat dia di rumah.

4. Saya punyai rasa curiga dengan dakwaan Husam Musa punyai berpuluh fail lagi. Bagaimana seoranh bekas EXCO boleh mendapatkan fail-fail berikut? Tidakkah jika fail melibatkan fail-fail kerajaan, ianya tertakluk di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Adakah Husam Musa memasang ‘jin’ bagi mendapatkan maklumat terbabit ataupun Husam Musa membawa balik fail-fail berkenaan ke rumah semasa dia menjadi ahli EXCO lagi ? Jika ini benar, ia jelas menzahirkan Husam Musa seorang yang tidak amanah dan tiada akauntabiliti.

5. Sekalipun dakwaan ini heboh dimainkan, saya rasakan pihak kerajaan sedia berhadapan kerana difahamkan setiap yang dilontarkan oleh Husam adalah auta dan di sertakan dengan fakta yang salah. Ini bagi menampakkan kegagalan pihak kerajaan dan menonjolkan hanya dia seorang yang pandai mengurus sedangkan banyak projek-projek yang pernah diselia oleh dia GAGAL. Antara projek harta karun Tumpat. Dikatakan, sudah 400 ribu dibelanjakan tetapi hasilnya kosong !. Ini belum lagi perkara-perkara yang melibatkan penyalah gunaan kuasa semasa dia menjadi EXCO. Syarikat PMBK Sawit, TDC, KGT dan pelbagai lagi punyai masalah berpunca daripada siapa? Bukankah ini melibatkan tangan Husam Musa?

6. Jadi, tuduhan begitu sebenarnya dengan tujuan ingin menzahirkan siapa dirinya yang sebenar. Jika Husam Musa mengatakan berpuluh fail lagi, saya juga boleh katakan, saya pun punyai pelbagai fail berkaitan Husam Musa. Saya berikrar, jika Husam Musa masih lagi bermain wayang begini, saya akan keluarkan satu persatu perbuatan yang pernah dia lakukan. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya yakin Allah bersama dengan orang yang benar. Tuduhan demi tuduhan di keluarkan mungkin dengan tujuan ingin menjatuhkan PAS, tapi Alhamdulillah, mereka ternyata masih GAGAL dan terpaksa mencari pelbagai isu murahan untuk di mainkan.

7. Nasihat saya kepada Cybertroopers pro-Husam, usahlah melakonkan babak-babak yang tidak logik kelak kamu yang akan malu sendirian. Membela mereka yang sudah tidak ‘bersih’ sebenarnya mengambarkan ketololan kita. Jika sekalipun anda taksub kepada insan ini, jangan butakan hati untuk bertanya kepada mereka yang hak. Saya kenal Husam Musa sudah lama. Boleh di katakan, setiap inci perilakunya pun saya sudah boleh baca. Nasihat saya, cukup-cukuplah kita di perbodohkan.

Sekian,

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Mohd Umar Othman Mat Faqih
Bekas Sahabat Husam
Penduduk Salor
13 Disember 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: