Archive

PASMA

Sejak 1985, beberapa orang IRC telah menyerap masuk dalam PAS dan UMNO dengan membawa agenda tersirat mereka setelah berbaiah dengan Amir (MSM) IRC UK. IR. Mulai 1990 ramai ahli IRC-JIM masuk UMNO, dan sebahagian kecil masuk PAS. Graduan IRC Mesir tidak berapa suka cara graduan IRC UK  yang agresif dan kurang berhati-hati. Selepas 2004,  IRC-JIM pecah dua, ISMA dan IKRAM. ISMA ramai dari bekas graduan Mesir, dan IKRAM terdiri dari bekas graduan UK dan USA. Majoriti ahli IKRAM sekarang adalah ahli PAN.

Petikan kertas di bawah ini menunjukkan IRC-JIM dibenar masuk UMNO khususnya dan PAS kemudiannya. Agenda mereka ialah cuba kuasai kedua-dua parti politik ini. Kemungkinan kerjasama dengan parti politik adalah terbuka, dan kemungkinan tubuh parti lain (PAN)  boleh dipertimbangkan selepas ahli bergerak dalam satu NGO (tertubuhnya PASMA) 2014 bagi mengumpul tenaga kerja dan menyusun strategi politik.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5slaid 8

 

Advertisements

oleh Hj Hassan Omar

Nizar Putar Belit Isu Gabung UMNO-PAS 2008 – Ini Cerita sebenar…

nizarMohamad Nizar ketika berceramah di hadapan 50 orang mendakwa kononnya PAS Pusat meminta PAS Perak bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan di negeri ini tetapi Ustaz Ahmad tegas enggan menerimanya.

Katanya lagi PAS memang secara sulit ada perancangan bekerjasama dengan UMNO sejak 2008 lagi dan usaha itu bertambah ‘kuat’ selepas Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP pada 2015 dan digantikan oleh Pakatan Harapan.

Kata Nizar DAP ketika itu memang mahukan calon PAS sendiri menjadi Menteri Besar ke-10 untuk mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali.

Cerita bohong ini telah dimainkan banyak kali kononnya PAS dan bergabung dengan UMNO. Semasa Muktamar PAS 2015 kempen Nizar dan geng PAN sekarang kononnya kalau ulama menang dan menguasa AJK PAS Pusat akan mudah mereka bergabung dengan UMNO.

Tapi ahli PAS tidak bodoh maka geng PAN sekarang ini tersingkir. Sekarang dah 2016 tapi masih tak wujudpun gabungan seperti yang mereka sebarkan. Itu memang FITNAH yang jahat.

Sekarang pun isu gabungan UG dimainkan sehingga ramai orang menyangka perkara itu benar melainkan mereka yang ada akal berfikiran terbuka boleh memikirkan benar atau salah.

Nizar putar beli cerita kononya DAP rela hati nak berikan PAS Menteri Besar sedangkan perkara yang sebenarnya DAP yang memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 18 berbanding PKR pula 7 dan PAS hanya 6 pada masa itu mengadap dan memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika itu agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar yang pertama bukan Melayu bukan Islam dan beragama Kristian.

Sultan Perak menolak cadangan tersebut yang bercanggah dengan undang-undang tubuh negeri Perak yang menetapkan Menteri Besar mesti juga seorang Melayu Islam bahkan baginda bertitah mahukan calon dengan pernah mempunyai latar belakang kerjaya sebagai profesional.

DAP secara kebetulan langsung tiada ADUN Melayu manakala pelan pilihan alternatif kedua ialah memilih calon daripada PKR, namun semua ADUN Melayu PKR pula hanya berkelayakan akademik setakat tingkatan lima sahaja.

Oleh itu, Mohammad Nizar sebagai jurutera dan juga memegang jawatan tertinggi dalam PAS dipilih menjadi Menteri Besar bersifat bidan terjun daripada kalangan semua ADUN PAS kerana Ustaz Ahmad pula bukan seorang ADUN.

Siapa kenal Nizar ketika itu??

Nizar yang pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah pada 13 Mac 2008 namun, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP akan memboikot majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Ini kerana PAS bukan parti utama memenangi PRU 2008 peringkat DUN Perak.

Kit Siang juga menyelar PAS dan berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, sekiranya calon DAP ditolak.

Susulan itu, pihak istana membatalkan istiadat angkat sumpah serta meminta DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi sebelum menghantar surat rasmi sokongan bersama ditandatangani kesemua 31 ADUN mereka sendiri.

Oleh kerana terdesak, Nizar akhirnya atas ihsan DAP (istilah sekarang dedak DAP) dan PKR bersetuju MB dikalangan PAS.

Akhirnya Nizar berjaya mengangkat sumpah Menteri Besar secara rasmi pada 17 Mac 2008 di hadapan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah.

DAP memaksa Pakatan Rakyat memberikan enam jawatan Exco dalam kerajaan campuran Perak tersebut berbanding kuota Exco daripada PKR hanya tiga dan PAS pula seorang sahaja.

Bukan itu sahaja, semua keputusan Nizar mestilah mendapat keputusan DAP. Pentadbiran Nizar ‘dibayangi’ DAP

Nizar lebih menjaga kepentingan DAP daripada kepentingan Melayu antaranya pemberian geran tanah 999 tahun. Ini juga termasuk mengadai 1000 ekar tanah untuk DAP yang didedahkan dalam ceramah baru-baru ini.

Keputusan ini diluar pengetahuan kepimpinan tertinggi PAS.

Paling teruk Nizar bersama Ahmad Awang telah membuat perjanjian Pangkor II yang membuat akur janji tidak akan melaksanakan undang-undang Islam.

Perkara ini telah didedahkan oleh Nordin Ali dalam blognya.

Apa yang Mujahid tak menulis ialah bagaimana PAS Perak di bawah Ustaz Ahmad Awang pada masa itu telah membuat perjanjian untuk tidak melaksakan Undang-undang Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.
‘Perjanjian Pangkor II’ antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.
Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.
Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani ‘Perjanjian Pangkor II’ bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Nordin Ali menulis lagi.

(Gambar: Nizar cuba mengelak dari wartawan berkaitan Pangkor II. Mengapa mengelak?)Setelah serangan daripada abangnya sendiri. Nizar mengelak diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang dibangkitkan oleh abangnya sendiri. Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik pada 9 Julai 2008, tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang pulang ke DUN Pasir Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali pulang tetapi rakyat diminta pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Pendedahan Nordin lagi,

Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.
Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulsi wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNya.
ustaz ahmad awangNizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang kandungnya adalah BENAR belaka!!
Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!

Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk menjawab di sisi Allah nanti?
Kesimpulan pengkhianat Melayu dan agama Islam di PERAK dengan mengadai tanah dan agama ialah NIZAR JAMALUDDIN, USTAZ AHMAD AWANG dan geng PAN@AMANAH yang dodokong oleh puak IKRAM. Sikap Nizar dan Ahmad Awang menyebab nama baik PAS sebagai gerakan Islam tercemar!!

Petikan dari FB

SEKUTU PEMUAFAKATAN PAS ADALAH RAKYAT

Selepas Muktamar PAS pada bulan Jun yang lepas, Presiden PAS telah membawa PAS untuk menerokai peta jajaran yang baru, iaitu membuat pemuafakatan langsung dengan rakyat seterusnya membentuk blok sekutu baru. Pembentukan blok sekutu baru ini digagaskan bersama-sama dengan ratusan kumpulan masyarakat madani (NGOs) dan tokoh-tokoh perseorangan bermula dengan penganjuran Kongres Rakyat Peringkat Nasional. Melalui muafakat ini, PAS telah berhubung langsung dengan rakyat dan tidak lagi berperantarakan parti-parti politik.

Blok sekutu yang baru ini tidak pro Barisan Nasional (BN) dan tidak pro Pakatan Harapan (PH), sebaliknya pro rakyat. Dengan pengertian lain, pendirian dan tindakan yang diambil dalam menangani sesuatu isu adalah untuk memenuhi hasrat dan kepentingan rakyat, bukan untuk millage politik sesebuah parti politik atau tokoh politik tertentu. Oleh sebab itu, kebelakangan ini boleh diperhatikan ada pendirian dan tindakan PAS dilihat memihak kepada kerajaan dan terdapat pula yang bertentangan dengan kehendak kerajaan.

PAS sebelum ini menolak perancangan sesetengah pihak yang mahu menumbangkan kerajaan melalui cara yang tidak lazim bagi sesebuah negara yang mengamalkan pilihanraya, disebabkan kaedah ini akan menjerumuskan negara kepada ketidakstabilan yang berpanjangan. Kemudian PAS mengambil sikap berkecuali dalam pengundian meluluskan Bajet 2016, disebabkan ada manfaat dalam bajet tersebut yang boleh diperolehi rakyat. Manakala bagi mengatasi perkara yang membebankan rakyat dalam Bajet 2016, PAS telah mengemukakan cadangan balas yang realistik.

PAS berkongsi kebimbangan yang mendalam bersama-sama kumpulan masyarakat madani dan tokoh-tokoh perseorangan terhadap hasrat kerajaan menyertai TPPA. Apabila kerajaan mulai bersedia untuk menandatangani perjanjian itu awal tahun hadapan, PAS bersama kumpulan masyarakat madani dan tokoh-tokoh perseorangan akan membuat bantahan secara besar-besaran. PAS bersama-sama dengan rakyat meyakini, TPPA adalah satu bentuk ‘penjahan baru’ dan sekaligus perjanjian ini akan merugikan negara dan rakyat.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat perubahan pendekatan yang diterokai oleh Presiden PAS ini sebagai satu lambang kematangan politik dan satu anjakan baru ke arah mentaliti politik kelas pertama. Yang terkini, kesediaan Presiden PAS untuk berada dalam forum yang sama bersama-sama dengan Perdana Menteri, bercakap tentang perpaduan ummah dalam Multaqa Serantau Alumni al-Azhar, merupakan satu lagi petunjuk politik matang yang meletakkan kepentingan ummah dan rakyat Malaysia khususnya sebagai keutamaan.

PPP melihat keterujaan Perdana Menteri terhadap perubahan pendirian dan tindakan PAS mutakhir ini, sebagai satu signal yang baik menunjukkan PAS adalah pengamal politik berhemah. Sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, PPP meyakini PAS akan mempertimbangkan sesuatu perkara dengan meletakkan kepentingan negara dan rakyat di hadapan. PAS akan membantah sekiranya keputusan kerajaan merugikan negara dan rakyat, dan sebagai altefnatif PAS akan mengemukakan cadangan Islamik. Demikian juga, PAS akan menyokong keputusan kerajaan sekiranya membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Seterusnya, PPP meyakini rakyat akan semakin mantap untuk terus bersama PAS dengan penerokaan baru ini. Rakyat selepas ini akan lebih memahami, bahawa PAS bukanlah sekutu BN dan PAS bukan juga sekutu PH, sebaliknya sekutu yang bermuafakat secara langsung dengan PAS adalah rakyat. Kongres Rakyat yang telah digagaskan bersama sejak penganjurannya di peringkat nasional September lalu kini sedang bergerak ke seluruh pelusuk negara. Kongres Rakyat peringkat negeri Kedah baru berlalu, kini Kongres Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang akan menyusul.

SELAMATLAH PARTI ISLAM MELANGKAH, MEMBIMBING UMMAH KE MEDAN SIYASAH

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pengarah PPP

9 Disember 2015
27 Safar 1437

Published: 22 September 2011 11:21 PM

KOTA BARU, 22 Sept — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz (gambar) berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

“Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah,” kata beliau.

“Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata ‘bye-bye’ tak apa.

“Sekarang dia (DAP) masuk balik … itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar),” kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Awal hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Semalam, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

“Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog.

“Kalau DAP berkeras tidak usah, sebelum keras kita berdialog dulu. Kenapa keras tidak mahu berlembut. Tak kena di mana,” katanya.

Justeru Nik Abdul Aziz mempersoalkan rasionalnya untuk bertemu DAP lagi semata-mata mahu menjelaskan perkara itu sedangkan parti itu mengetahui PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-tetap-mahu-hudud-tak-peduli-pendirian-dap#sthash.OD5p4nSJ.64EfXfgo.dpuf

FA, [21.07.15 16:24]
MODUS OPERANDI IRC : KALAU TAK BOLEH KUASAI DARI DALAM MAKA TARIK AHLI MEREKA KELUAR BERAMAI-RAMAI.

Oleh: Ustaz Zaharudin Muhammad
AJK PAS Pusat,
YDP PAS Kawasan Subang

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa G18 dan GHB tidak menghantar surat rasmi perletakan ahli PAS tetapi terus menerus mengfokuskan kempen kepada ahli PAS untuk menyertai GHB. Ramai kenalan saya memberitahu mereka diajak menyertainya tetapi mereka menolak. Tetapi anda tidak akan hairan jika anda memahami modus operandi mereka ‘jika anda tidak boleh menguasai dari dalam, maka keluarkan ahlinya beramai-ramai.’

Jika anda biasa dengan strategi ketenteraan dan politik, mungkin anda akan dengar istilah Counterinsurgency dan salah satu strategy yang digunakan ‘if you cannot beat them destroy them’ (jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya).

IRC adalah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK tahun 70an dan bergerak aktif di Malaysia tahun 80an dan cuba menyelinap di dalam parti politik dan persatuan-persatuan Islam tetapi gagal menguasainya. Mereka berjaya mengembangkan pengaruh sekitar 1990an dengan penubuhan NGO. Mereka dilihat mula memasuki semula arena politik secara langsung sekitar akhir 1990an dan mula aktif sepenuh masa dengan politik sehingga kini.

Antara individu yang aktif politik pada hari ini yang disebut namanya oleh Dr Fuad Salleh (selain individu-individu ini makruf di kalangan aktivis-aktivis dakwah) sebagai pemimpin IRC ialah Saari Sungip yang dikenali sebagai Abu Urwah, Dr Abd Rahim Ghouse (mastermind PKR bersama kumpulan Rafizi dan Saifudin Nasution). Menurut dr Fuad Salleh, ada di kalangan IRC yang radikal dan lebih agresif telah memperkenalkan Parti Negara Islam seperti Khalid Samat, tetapi tidak mendapat sambutan. Apabila tidak mendapat sambutan, mereka telah menggabungkan diri dalam PAS. (Liku-liku Gerakan Islam Malaysia: M/S 80). Antara tokoh besar lain di peringkat Junior ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan individu yang telah melalui perkaderan jalur ini.

Modus operandi ini jelas disebut secara bertulis selepas IRC gagal menguasai ABIM daripada dalam. Mereka telah mula mengambil langkah melemahkannya dengan menarik keluar seramai mungkin ahli-ahli ABIM.

Di muka surat 22 di dalam kertas Grand Design Harakah Islamiah Syamilah menyebut: “(2) Keluar beramai-ramai: Apabila tiada harapan HIS memanfaatkan ABIM, ikhwah kita diundurkan dengan membawa keluar seberapa banyak ahli-ahli ABIM bersama-sama. Kehadiran jemaah diteruskan dengan beberapa orang sahaja dengan tujuan: mengikuti perkembangan dalam ABIM, menjaga ABIM dari dimanfaatkan oleh musuh. (3)Tubuh Wadah (platform) baru: Olih kerana hajat HIS kepada wadah yang berfungsi seperti ABIM, penubuhan satu wadah baru yang berdaftar perlu diusahakan.”

Usaha ini adalah yang paling akhir setelah mereka gagal pada langkah pertama dan kedua, iaitu langkah menguasai dari dalam dan langkah menyingkirkan pemimpin-pemimpin asal ABIM. Di muka surat 21 menyebut: “Buat masa ini, qiadah (pemimpin) ABIM menjadi penghalang kepada pengislahan (menguasai dari dalam). Tanpa perubahan dalam pendirian mereka, kita tidak nampak jalan lain kecuali menyingkirkan mereka. Menyingkirkan mereka bukanlah mudah. Perlembagaan ABIM amat menyebelahi JKK Pusat. Kini harapan mengislahkan (menguasai dari dalam) ABIM semakin tipis kerana kemasukan anasir solihat (HIS) disekat (dan) kebencian terhadap Jama’ah meluap-luap, ternyata dengan kempen memburuk-burukkan IRC.”

Taktikal pergerakan ini dikenali sebagai ‘jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya’. Iaitu salah satu cara dan modus operandi Counterinsurgency apabila orang politik atau tentera tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu area atau tempat.

Setelah sebahagian besar pimpinan IRC tidak terpilih di dalam muktamar baru-baru ini akibat beberapa “silap langkah” khususnya penubuhan PASMA dan sokongan DAP terhadap mereka, menjadikan mereka mengambil masa yang lama untuk masuk menguasai semula. Mungkin pimpinan yang ada sekarang boleh ditukar di dalam muktamar akan datang, tetapi mungkin alternatif pada masa itu bukan lagi m

FA, [21.07.15 16:24]
ereka, tapi orang lain, menjadikan PAS sebagai wadah (platform gagal). Sebab itu jika anda kaji sebab mereka tubuh parti baru, sampai hari ini tiada alasan yang kuat. Jika tidak berpuashati, maka tunggu muktamar akan datang. Apa salahnya?

Tetapi, jika anda tak boleh kuasai, maka hancurkannya. Sebab ti target mereka selepas ini ialah lawan PAS dalam Pilihanraya. Ianya cukup jelas melalui kenyataan Dr Mujahid : “We define ourselves as a progressive Islamic party, and our number one opponent is PAS,” (kami mendefinisikan kami sebagai Parti Islam Progresif dan lawan nombor satu kami ialah PAS). Sekalipun beliau cuba menumpulkan terjemahan The Malay Mail Online tentang “our number one opponent is PAS” sebagai “musuh utama (GHB) ialah PAS”, tetapi beliau tidak memberikan alternatif terjemahan baru ganti kepada ‘musuh utama’ tetapi cuba spin dan divert kepada ‘konteks medan pilihanraya’. Semua faham, mana ada parti politik berlawan di gelanggan tinju atau gusti. Parti politik berlawan di dalam Pilihanraya. Tetapi sampai hari ini Dr Mujahid belum menghantar surat rasmi untuk keluar dari PAS.

Balik kepada pokok utama kita sekarang, modus operandi “tarik ahli keluar beramai-ramai” sememangnya sudah diamalkan dan disebut di dalam kertas HIS/IRC dan individu-individu yang terlibat dalam politik GHB hari ini adalah dari kalangan individu-individu yang terlibat dan lahir dari perkaderan IRC dan HIS.

Sebab itu anda jangan hairan jika mereka enggan meninggalkan PAS sekarang dan menyusun jadual roadshow serta kempen menyertai mereka dalam keadaan mereka masih ahli PAS dan tidak mengisytiharkan keluar PAS sehingga ke hari ini. Sepatutnya mereka hantar surat rasmi keluar PAS sebelum mereka buat roadshow dan sebelum pengisytiharan penubuhan parti baru.

Jangan anda membaca IRC ini sebagai lagenda dan sejarah kerana IRC belum lagi menjadi sejarah justeru modus operandi dan orang-orangnya masih aktif dari 1970an sehingga sekarang. Sekalipun umur penubuhan PAS, UMNO, ABIM dan lain-lain jauh lebih awal daripada IRC dan HIS, tetapi semua pertubuhan-pertubuhan ini belum llagi menjadi lagenda dan sejarah justeru perlembagaan, dasar, individu penggerak dan modus operandi masih lagi berjalan sampai sekarang. Begitu juga dengan IRC dan HIS, oleh kerana individu penggerak, modus operandi dan dasarnya masih lagi berjalan sampai sekarang, maka ia belum menjadi lagenda dan sejarah. Apa yang mengelabui mata anda ialah pergerakan IRC adalah sulit dan bawah tanah, berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan lain.

Sekian.

Nota: Nanti saya akan bagi bukti IKRAM cuba menafikan kerta grand design HIS dengan hujah kertas itu tidak diterima pakai selepas itu. Sekali lagi saya tegaskan, saya langsung tidak memaksud IRC adalah IKRAM justeru saya yakin lebih 90% ahli-ahli IKRAM yang cintakan Islam tidak tahu dan apatah lagi terlibat dengan grand design ini. Sepatutnya pimpinan IKRAM tidak respon terhadap pendedahan saya ini sebab sedari awal saya sudah disclaim keterlibatan mereka.

Saya bukanlah pembaca blog Saiful Islam yang dikendalikan oleh seorang ustaz yang namanya besar di ruang maya terutama di kalangan anak-anak muda. Bagaimanapun menjelang Hari Raya beberapa hari yang lalu, beliau adalah menulis satu artikel, yang antara lain nama saya disebut dalam artikel tersebut. Ada pula yang menyebut artikel tersebut adalah maklumbalas kepada kenyataan saya tentang Gerakan Harapan Baru (GHB) yang mendukung aliran pemikiran Muslim Progresif. Sayapun membaca artikel itu untuk melihat kalau-kalau dakwaan saya terhadap GHB itu meleset.

Selepas saya membaca artikel itu, apa yang saya temui ialah luahan kekecewaan demi kekecewaan beliau terhadap PAS yang sukar berubah. Bermula daripada idea-idea beliau tentang perubahan yang tidak mendapat perhatian kepimpinan Pemuda PAS, diikuti dengan gagasan ustaz-ustaz muda yang menelan idea-idea perubahan beliau dan golongan profesional yang tidak ‘membeli’ apa yang beliau kemukakan. Akhir sekali beliau memaparkan kemuncak kekecewaan beliau dengan mengoyak Sijil PAS.

Seorang ahli falsafah masa kini tentang Epistemologi, John Ziman, menulis tentang peringkat-peringkat perubahan, iaitu bermula dengan perubahan kognitif, diikuti perubahan institusi dan akhir sekali perubahan paradigma. Ustaz yang bernama besar ini berhasrat melakukan perubahan institusi iaitu merubah PAS. Lalu dia memulakan dengan melakukan perubahan kognitif terhadap ahli-ahli PAS khusus golongan muda yang bakal mewarisi perjuangan. Malangnya perubahan kognitif yang diketengahkan ditelan oleh gagasan ustaz-ustaz muda yang dikatakan jumud dan tidak dibeli oleh profesional muda yang disebut bengap.
Dalam artikel itu beliau menyalahkan ustaz-ustaz muda yang menyebabkan perubahan kognitif yang diusahakannya terbantut. Beliau melahirkan kemarahan apabila perubahan kognitif yang dibawanya ditolak pula oleh golongan profesional muda. Kemuncak kekecewaannya ialah mengoyak sijil keahlian PAS apabila peluang untuk mengangkat idea-idea perubahan yang dirintisnya seperti hampir tertutup setelah Muktamar PAS ke 60 di Johor yang lalu. Tiada yang menarik dalam artikel beliau melainkan luahan kekecewaan dan memori peribadi beliau yang terlibat seketika dengan perkaderan PAS.

Seorang ustaz yang bernama besar serta bermotivasi, tidak seharusnya meluah kekecewaannya di khalayak awam. Kalau idea-idea perubahannya bernas dan mantap pasti ia akan diterima oleh ustaz-ustaz dan profesional-profesional muda. Kalau ada penolakan terhadap idea beliau belum tentu yang tidak menerima itu yang jumud dan bengap, boleh jadi idea-idea perubahan yang dibawanya itu yang dangkal dan bebal. Memaksa orang lain menerima idea-idea seumpama itu atau mendesak agar mereka membelinya bukanlah sikap yang sepatutnya bagi seorang ustaz yang bernama besar.

Cuma saya tertarik juga dengan artikel beliau yang menempelak saya, apabila saya mendakwa aliran pemikiran yang dibawa oleh GHB adalah gagasan Muslim Progresif. Beliau kelihatan bersetuju dengan saya, bahawa gagasan Muslim Progresif itu adalah jelik justeru beliau tidak memggemarinya apabila dilabelkan gagasan yang jelik itu terhadap GHB. Saya tidak pula melihat penaja GHB sendiri menafikan gagasan mereka adalah Muslim Progresif, malah mereka begitu berbangga dengan label tersebut.

Seorang penaja GHB pernah menyebut ada cadangan supaya nama bagi parti baru ialah Parti Islam Progresif. Cuma mereka mungkin alpa bahawa istilah ‘Progresif’, ‘Muslim Progresif’ dan ‘Islam Progresif’ adalah istilah yang sudah menjadi konsep dalam wacana pemikiran Islam semasa. Istilah itu bukan hanya menjadi konsep, tetapi juga sudah diinsitusikan atas nama Forum dan NGO.
Menggunakan istilah yang sudah menjadi konsep dan telah diintitusikan hanya akan dilakukan oleh mereka yang mendukung gagasan itu atau mereka yang alpa terhadap pengertian sebenar istilah itu.
Di kalangan penaja GHB ada yang memegang ijazah kedoktoran berkaitan pengajian Islam dan ada juga yang begitu pakar dengan penggunaan istilah-istilah. Tidak mungkin mereka boleh alpa dengan konsep dan institusi sebenar istilah progresif, Muslim Progresif atau Islam Progresif, seperti yang diwacanakan dalam bidang pemikiran Islam kontemporari. Sekiranya kealpaan itu bukan alasan, maka kesimpulan saya bahawa GHB memang telah ‘membeli’ istilah progresif itu sebagaimana konsep dan institusinya sememangnya mempunyai asas. Saya bersyukur bila ustaz yang menulis artikel itu turut jelik dengan gagasan Muslim Progresif tersebut.

Mohd Zuhdi Marzuki
18 Julai 2015
2 Syawal 1436

Mengenali Hasrizal Jamil menerusi tulisan beliau dalam blog sejak belasan tahun sudah cukup untuk kita membuat kesimpulan bahawa beliau seorang yang sentiasa berkonflik dengan diri sendiri. Sejak alam pengajiannya di Jordan membawa kepada penghijrahannya ke UK kemudian kembali ke Malaysia satu sikap yang melengkari dirinya ialah mudah tertekan dengan suasana dan keadaan dan tidak berlapang diri.

Keadaan itu menjadikan dirinya gagal untuk menjadi seorang pemimpin. Seorang pemimpin sentiasa berlapang dada dengan perbezaan, mampu menyesuaikan diri dengan keadaan, tidak beremosi terhadap suasana serta tidak bersifat keakuan.

Ketika di Jordan dia gagal membawa dirinya berinteraksi dengan jamaah PAS yang beliau ikuti sehingga membawa dirinya beruzlah. Meskipun namanya terkenal menerusi kumpulan nasyid terkenal al-Firdaus yang ditubuhkan oleh jamaah PAS di Jordan.

Penglibatannya dengan perkaderan pelajar PAS di UK menjadi ruang untuknya membawa fikrah dan wacana “Hasrizal” bukan wacana PAS menggambarkan sikapnya yang juga tidak boleh berinteraksi dengan jamaah atau organisasi yang diikutinya.

Tulisan-tulisan yang beremosi yang sentiasa diviralkan sudah cukup untuk kita menilai siapa Hasrizal Jamil. Bukanlah beliau seorang yang terbaik untuk dijadikan teladan kerana beliau seorang yang gagal dalam kehidupan.

Cuba lihat kegagalannya dalam akademik di Universiti di saat beliau terkenal sebagai motivater. Dia sendiri gagal memotivasi diri untuk maju dan konsistant dalam akademik. Sepatutnya seorang yang rajin menulis dan mengkaji seperti dirinya sudah mampu mencapai gelaran akademik “doktor” namun ianya tidak berlaku. Saya sendiri tidak pasti status terkini adakah beliau telah berjaya mendapatkan ijazah sarjana beliau yang tertangguh dan bertukar-tukar universiti dan jurusan itu.

Ketika beliau menyertai MURSHID, sebagai medium menghimpunkan ustaz-ustaz selebriti, beliau juga khabarnya berkonflik dengan beberapa ustaz lalu bertindak menyisihkan diri beberapa ketika sebelum dipujuk untuk bersama kembali.

Tulisan-tulisannya penuh dengan prasangka terhadap orang lain, memperkecilkan keilmuan orang lain, menganggap hanya dirinya satu-satu yang mengetahui. Kebenaran bagi dirinya hanyalah apa yang dia rasakan benar dan bersumberkan dirinya. Ini bukannya ciri seorang ilmuwan tetapi ciri seorang bekas hamba Tuhan yang pernah tersungkur kerana kagum dengan dirinya sendiri sehingga akhirnya menolak untuk sujud kepada Tuhan.

Cukuplah semua ciri-ciri negatif bagi sesiapa yang mengenali beliau menerusi tulisan beliau untuk membuang ke dalam tong sampah segala pandangannya yang tidak akademik dan beremosi.

Maaf Hasrizal, saya terpaksa menulis sebegini di saat tulisan hodoh tuan diviralkan di ambang Syawal.

Dr. Mohd Hasan bin Hamdan Phd.
Petaling Jaya
2 Syawal 1436 Hijrah