Archive

PROJEK LANGGAR HADI

Lama sebelum ini dalam wacana tulisan dan lisan, saya telah menyebut bahawa telah wujud satu kumpulan yang cuba membawa satu aliran pemikiran baru dalam PAS yang disebut gagasan Post-Islamism, juga dikenali sebagai Progressive Muslim, American Islam dan Liberal Islam. Gagasan pemikiran global yang bermula dekad 1990 an ini telah menyerap dalam PAS khususnya semasa era reformasi, seterusnya cuba melakukan ‘grand design’ terhadap tampuk kepimpinan PAS termasuklah dalam Muktamar PAS kali ke 61 yang terkini, cuba menjatuhkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Semenjak itu, berlaku perpecahan di dalam PAS dan semakin memuncak pada hari ini.

Lama sebelum ini dalam wacana tulisan dan lisan, saya telah menjangkakan kumpulan ini berusaha untuk menubuhkan sebuah entiti politik baru sekiranya usaha mereka untuk menguasai PAS dalam Muktamar PAS ke 61 baru-baru ini gagal. Menjelang Muktamar PAS tahun 2014 yang lalu, satu pertiga dari ‘bongkah ais’ kumpulan ini muncul atas nama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), manakala dua pertiga lagi masih tenggelam bawah permukaan. Bagaimanapun, di ambang Muktamar PAS baru-baru ini, dua pertiga dari ‘bongkah ais’ itu semakin kelihatan sehingga menjadikan pertembungan dalam muktamar tersebut umpama pertembungan antara satu blok dengan satu lagi blok yang lain.

Lama sebelum ini dalam wacana tulisan dan lisan, saya menyatakan DAP begitu mesra dengan gagasan pemikiran yang dibawa oleh kumpulan ini sehingga tokoh-tokoh luar negara yang cenderung kepada gagasan pemikiran ini telah ditaja untuk datang ke Malaysia bagi mengukuhkan kumpulan ini. Gagasan pemikiran ini yang membawa pendekatan keadilan Islam tanpa pelaksanaan syariah, mengabaikan polisi moral yang dianggap menerjah hak asasi individu dan meminggirkan amar maaruf nahu munkar yang dikatakan oleh mereka tidak tasamuh, sememangnya menyenangkan DAP berbanding dengan PAS yang asal. Dapat dilihat DAP dengan penuh mengharap jaluran ini menang dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Lama sebelum ini dalam wacana tulisan dan lisan, saya telah meramalkan entiti politik baru yang terbentuk selepas kumpulan ini kalah dalam Muktamar PAS akan bergabung dengan PR untuk mengambil tempat PAS, dan PAS akan terpelanting daripada gabungan itu. Gabungan ini nekad tidak memerlukan PAS, kerana mereka khususnya DAP mengunjurkan menawan Putrajaya hanya dengan sokongan segmen pengundi bukan Melayu, segmen pengundi pribumi bukan Islam Sabah/Sarawak dan sedikit peratusan segmen pengundi Melayu. Unjuran seperti ini begitu ditentang oleh PAS sebelum ini, kerana manjadi politik negara tidak stabil, disebabkan menguasai segmen pengundi Melayu adalah teras kepada mana-mana gabungan.

Selepas Muktamar PAS ke 61 yang menyaksikan kumpulan ini kalah, PasMa telah membuat satu kenyataan bahawa mereka sedang mengusahakan penubuhan sebuah parti politik baru seterusnya membentuk gabungan, yang akan diumumkan selepas Eidul Fitri. Rentetan daripada itu, DAP mengumumkan PR telah terbubar dan mereka sedang mengusahakan sebuah gabungan baru yang didasarkan atas semangat muafakat PR. Serentak dengan itu pula, satu roadshow ke seluruh negara yang bermula di Parlimen Bakri, Johor, malam tadi telah mewarwarkan keperluan kepada sebuah wadah baru sebagai wahana untuk kumpulan yang kalah dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Berikutan dengan itu, beberapa pimpinan kawasan dan cawangan mula mengisytiharkan keluar PAS. Adakah semua ini kebetulan?

Saya percaya usaha sedang dilakukan secara besar-besaran membawa 20% daripada sejuta ahli PAS untuk mendukung entiti baru politik yang bakal ditubuhkan nanti. Peratusan 20% diunjurkan kerana dalam Muktamar PAS yang lepas, undi teras yang diperolehi oleh kumpulan ini ialah sekitar 20%. Selain daripada itu, dipercayai kawasan-kawasan PAS tertentu yang mencalonkan kumpulan ini sebelum muktamar lepas, akan mengsytiharkan keluar PAS secara kolektif untuk menggambarkan PAS sudah hilang sokongan. Bersyukur kepada Allah, kesemua senario ini dapat saya telah dan telah saya kemukakan kepada umum sebelum ini. Malah saya
sering ulangi selepas Muktamar PAS, situasi perpecahan yang berlaku kepada Fazilet Party di Turki pada tahun 2002 akan berlaku kepada PAS.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
AJK PAS PUSAT
Ketua Unit Penyelidikan
17 Jun 2015
30 Syaaban 1436

Kehebatan Presiden PAS satu masa dulu adalah kerana orang kelilingnya membantu, menyokong, mengukuhkan, melengkapkan, dan mempertahankan Presiden. TGHH sebelum ini adalah Timbalan Presiden yang membantu, menyokong, mengukuhkan, melengkapkan, dan mempertahankan Presiden sebelumnya……tetapi akhir-akhir ini Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS tidak faham makna wala’ dan taat, membantu, menyokong, mengukuhkan, melengkapkan, dan mempertahankan Presiden…..

Itulah refleksi yang berlaku di zaman Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Ali….orang yang mengelilingi Ketua perlu faham makna wala’ dan taat, membantu, menyokong, mengukuhkan, melengkapkan, dan mempertahankan Ketua….

……malang hari ini dalam PAS ada PASMA yang engkar pada Presiden dan MSU….ada Tim Presiden yang mahu gulingkan Presiden berdasarkakn rakaman audionya di Tg Karang, ada Naib Presiden yang mahu tikam belakang Presiden dalam kes Kajang Move dan isu MB Selangor …dan ada juak-juak Hawaii Five O yang mahu menjahanamkan PAS supaya PAS ikut rentak tarian DAP dan PKR dan bukan rentak dan alunan ulamak yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan PAS.

pemimpin

11040937_1608152632760787_1938271212143707668_nAGENDA JATUHKAN HADI BERTUKAR JADI SOKONGAN?

Sebelum ini DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak. Kemudian DAP Pusat isytihar putus hubungan dengan Presiden PAS, DSTGAHA tetapi tidak dengan PAS. Diikuti DAPSY Perak memutus hubungan dengan Pemuda PAS Perak. Terbaru, PKR & DAP Sabah putuskan hubungan dengan PAS Sabah.

Alasannya sama iaitu kerana PAS di Kelantan akan melaksanakan hudud.

Aneh, tidak tersentuh sikitpun DAP atau PKR di tempat2 tersebut, tetapi PAS di negeri berkenaan dan Presiden PAS yang dijadikan mangsa. Tindakan ini nyata satu tekanan, DAP yang mengaku perjuangkan demokrasi, terbukti sebenarnya tidak demokratik.

PAS mahu melaksanakan bukannya dengan cara ekstrimis atau keganasan, tetapi dengan menurut undang-undang dengan membawanya secara proses dan prosedur demokrasi dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.

Ketika sama terdapat individu2 pimpinan PAS cuba menjadi hero menjadi pembela kepada pihak yang menentang hudud dan menyerang secara halus parti sendiri kononnya gagal memberi penerangan dan pemahaman jelas mengenai hudud.

Peliknya, mengapa mereka tidak menjadi pihak yang berperanan menjelaskan mengenai usaha PAS itu kepada DAP dan PKR? Boleh pula ketika sama antara mereka itu bertemu DSTGAHA serta bergambar penuh mesra dengannya.

PAS bukan membawa perjuangan mengenai hudud sejak 22 hari kelmarin, tetapi telah diluluskan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 22 tahun lalu iaitu pada tahun 1993. Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang membentangkannya.

Mereka yang mempertikaikan itu, saat TGNA meninggal, merekalah yang mengungkapkan sanjungan dan paling menyayanginya.

Jadi, apakah sebenar2nya sikap mereka? Bersungguh menyayanginya dan perjuangannya atau hanya hipokrasi menumpang kehebatan tokoh itu untuk melonjakkan populariti diri sendiri.

Kini mereka berpaut atau bersama atau seia sekata dengan pihak DAP dan PKR yang cuba membantutkan agenda perjuangan diangkat PAS sejak penubuhannya.

Sedangkan DAP dan PKR tidak mungkin memberikan undi untuk mereka pada Pemilihan Muktamar Agung Tahunan PAS di Selangor nanti. Jadi untuk apakah mereka bersama DAP dan PKR?

Hanya satu kemungkinan yang relevan iaitu ‘bersekutunya’ mereka adalah untuk menjatuhkan Presiden PAS dan memberikan tekanan kepada tokoh ulama itu. Ketika mereka berkali2 menafikannya, terbongkar video rakaman sulit ‘grand design’ dilakukan Mohamad Sabu untuk menurunkan Presiden PAS.

Tetapi, Mustafa Ali Setiausaha PAS mungkin menjadi ‘penyelamat’ apabila mengeluarkan kenyataan tiada agenda jatuhkan Hadi. Belum siasat telah ada keputusan?

Namun, segala usaha, penafian dan tekanan demikian umpama spring yang melantunkan sokongan kepada Naib Presiden Ulama Dunia itu. Satu sikap baru sedang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Apakah akan menyinar satu dimensi politik baru pasca Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015)?

11101216_1090358930979750_8335785933020034807_nGENG JEBON UBAH PLAN

Usaha geng Jebon dalam PAS sebagai kelab penyokong DAP dan PKR untuk menjatuhkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi nampaknya tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan untuk ‘penaja-penaja’ mereka.

Sebelum ini, mereka telah menyerang Presiden PAS dari pelbagai sudut dengan maksud sehingga Presiden PAS itu berundur. Semenjak Kajang Move dilakukan sehingga Hawaii 5-0 didedahkan, geng Jebon berusaha keras memburukkan reputasi TGHH.

Daripada isu kesihatan, membawa kepada tuduhan nyanyok, salah makan ubat, tidak kompeten, ulamak tidak sesuai memerintah hinggalah TGHH hanya layak menjadi Mursyidul Am PAS sahaja. Pada mulanya kita menyangka ini pandangan Anwarinas dalam PAS, tetapi rupanya ia menjadi tema DAP juga.

Apa sahaja yang dibuat oleh para ulamak, buruk sahaja yang dilihat. Sedangkan semua tindakan DSAI dan DAP mewangi bagi mereka. Bayangkanlah… apabila TGHH menyebut tentang UG, diserang habis-habisan, sedangkan Kerajaan 16 September Anwar disambut besar-besaran.

Tiada suara ‘pembangkang TGHH’ yang membangkang gagasan Konsensus Nasional PKR dan juga Kerajaan Campuran DAP. Bahkan, mereka terlebih dahulu membela sebelum pemimpin PKR dan DAP membelanya.

Berubah Strategi

Tiba-tiba, Harakah, lidah rasmi Jebon dalam PAS menyiarkan berita TGHH di muka depan dengan gambar menyerlah sambil menyokong hudud dibawa Parlimen. Dah lama TGHH tidak mendapat liputan akhbar Jebon itu. Sebelumnya, jangan kata berita, gambar pun hampir tiada.

Hal ini rupanya lanjutan daripada ‘lawatan mengejut’ jeneral Jebon, Husam Musa, Dr Dzulkifli Ahmad dan Dr Syed Azman ke rumah Presiden PAS minggu sudah. Perasan atau tidak, tidak-tiba bekas Setiausaha Jebon dalam Dewan Pemuda, Nasaie Ismail menulis tentang politik Yaman dengan memuji-muji peranan TGHH.

Ingatkan mereka sahaja yang kembali ‘menyokong’ hudud, rupa-rupanya DAP dengan tiba-tiba menjadi bisu dan hilang nafsu untuk menyerang Presiden PAS yang sudah dijatuhkan talak oleh mereka itu.

Kenapa semua berubah sekarang… apakah tiba-tiba datang kembali kasih-sayang kepada TGHH? Atau tiba-tiba TGHH kembali menjadi pemimpin terbaik PAS? Atau gerangan apakah yang membuatkan mereka berubah…

Sebetulnya, war room Jebon telah menyedari bahawa strategi mereka salah. Kedudukan mereka sekarang seperti telur di hujung tanduk. Jika mereka tidak kembali dengan mesej munafik ‘ruhama’ dan ‘politik kasih sayang’, pasti mereka semuanya terkubur!

Kayu Ukur Kegagalan Strategi Jebon

1. Kejayaan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah – Ijtimak yang dihadiri oleh lebih 200,000 orang di Rusila telah mengangkat nama TGHH dan kepemimpinan ulamak bukan sahaja di Malaysia, tetapi di mata dunia.

2. Kejayaan Kelantan Membentangkan Undang-undang Hudud – walaupun ditentang hebat (termasuk oleh Jebon), undang-undang hudud telah membuktikan PAS sangat ikhlas dalam perjuangan Islamnya sehingga sanggup ketepikan sekutu Pakatan Rakyat demi redha Allah. Rupa-rupanya, di sebalik tentangan ini, hudud mendapat sambutan meluas rakyat, termasuk bukan Islam.

3. Perlantikan Dr Harun Din sebagai Mursyidul Am PAS – tindakan Majlis Syura Ulamak PAS melantik TG Dato Dr Harun Din sebagai Mursyidul Am PAS bukan sahaja memulihkan imej ulamak, tetapi menutup ruang untuk Jebon mencadangkan Presiden PAS dijadikan Mursyidul Am.

4. Tindakan Biadap DAP mengalih simpati kepada Presiden PAS – pendirian DAP untuk memutuskan hubungaan dengan TGHH tetapi mahu PAS kekal dalam PR difahami oleh ahli-ahli PAS bahawa DAP sebenarnya merndalangi gerakan menjatuhkan Presiden PAS pasca pemenjaraan Anwar. Seluruh ahli dan jentera PAS telah menyatakan sokongan terbuka kepada TGHH, sehingga jika ada yang bersikap sebaliknya, ternyata mereka musuh yang dikenali.

5. Kegagalan Jebon Mencalonkan Ustaz Ahmad Awang – tindakan Pasma menaja Ustaz Ahmad Awang untuk menjadi Presiden PAS telah ditolak oleh kawasan yang menjadi kubu Pasma sendiri. Nah! Lihat apa yang berlaku di Shah Alam dan Kuala Kedah yang merupakan kubu utama Pasma. Walaupun Husam Musa sudah layak bertanding jawatan presiden, pasti beliau ketakutan untuk meneruskan langkah.

6. Ketidakpercayaan Masyarakat Terhadap Lakonan Kereta Dibakar dan Dipukul Orang – dongeng yang cuba direka kononnya kereta penggerak Hawaii 5-0, Hatta Ramli dibakar dan pemikir Jebon beraliran Islamis Demokrat, Dzulkifli Ahmad dipukul seusai solat Subuh ternyata gagal membodohkan ahli PAS. Sebaliknya menjadi bahan gelak ketawa. Ternyata sitcom rekaan mereka tidak menjadi.

7. Kegagalan Usaha Mensabotaj Ijtimak Antarabangsa – campur tangan Ikram (pusat Jebon) dalam program Tansiq telah membawa kepada pensabotajan Ijtimak Antarabangsa. Sasaran mereka untuk merosakkan reputasi ijtimak gagal bila tindakan biadap mereka disedari oleh urusetia ijtimak. Sekarang mereka yang mendapat padahnya…

Jika dinilai 7 perkara ini pun, ia sudah jelas menunjukkan Jebon sedar kegagalan mereka dalam menjatuhkan Presiden PAS dan Kepemimpinan Ulamak PAS. Apa lagi… daripada tersungkur, lebih baik berubah strategi. Dari ‘beat them’ kepada ‘join them.’ Mereka masih mengatur strategi supaya boleh menguasai PAS sebelum PRU ke-14.

Selamat bekerja Jebon… menjelang Muktamar PAS. Semoga tersungkur di pintu Stadium Shah Alam!

Ibnu karimah
Kelate

 

BERSERONOK MERAIKAN KEMENANGAN PRA-MATANG

Mari jatuhkan Tuan Guru Presiden PAS. Mari pastikan beliau bukan lagi Presiden dalam Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor nanti. Mari kita ubah teraju dalam PAS, agar haluan bahtera PAS ini pun dapat diubah.

Berita 17 orang AJK PAS Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan, diketuai Yang Dipertuanya, Ishak Surin, meletak jawatan secara ‘en bloc’ atau berkelompok kerana protes terhadap kononnya kelemahan kepimpinan Presiden PAS bukanlah sesuatu yang mengejutkan pun.

Demikian juga pencalonan beberapa tokoh oleh PAS Kawasan untuk mencabar Tuan Guru Presiden PAS dalam muktamar akan datang, juga bukan sesuatu yang tidak dijangka.

Bermula dengan Kota Bharu, yang mencalonkan Ustaz Dato Tuan Ibrahim (yang kemudiannya menolak pencalonan berkenaan kerana ingin kekal ber’Presiden’kan Tuan Guru) diikuti Kota Tinggi yang mencalonkan Datuk Husam.

Di Shah Alam pula, berlaku pengundian kerana perwakilan terikat dengan dua calon iaitu antara Tuan Guru dan Ustaz Ahmad Awang (akhirnya pencalonan Tuan Guru menang dengan kelebihan 6 undi).

◆ Bukti Komplot◆

Saya menyatakan demikian kerana gelagat beberapa kerat pimpinan PAS sebelum ini memang menandakan seakan ada usaha, ada komplot secara senyap atau terbuka yang memang mahu melihat perubahan pucuk pimpinan PAS, khasnya Tuan Guru Presiden dan beberapa kalangan ulamak yang dikatakan menjadi batu penghalang besar terhadap agenda peribadi mereka.

PAS di bawah Tuan Guru Presiden dikatakan kononnya terlalu ‘exclusive’ terlalu ketinggalan dari sudut pendekatan, ringkasnya tidak ‘open’, tidak anjal sebagaimana mereka inginkan. PAS di bawah Tuan Guru bagi mereka membawa imej Islam yang ‘unfriendly’, mereka mahu Islam PAS biarlah bersifat lebih ‘friendly’ lebih moderat, mudah di bawa berbicang, ditolak ke sini dan ke sana.

Dan dimanakah musim yang lebih baik untuk menzahirkan kempen mereka untuk menolak Tuan Guru Presiden selain semasa musim pemilihan PAS sekarang ini.

◆Gabung PAS-Umno◆

Kita sudah dengar seawal beberapa bulan lalu, asakkan indoktrinasi bahawa Presiden PAS ini tidak semestinya ulamak walaupun PAS ini parti Islam yang menjunjung konsep kepimpinan ulamak.

Ianya menjadi lebih gegak-gempita apabila ada yang memainkan-mainkan rekod lama, lagu-lagu lama diputar kembali, demi mahu menyogok agenda mereka, kononnya Tuan Guru cenderung pada Umno lebih dari rakan-rakan dalam Pakatan. Kononnya Tuan Guru bersungguh mahu membelakangkan Pakatan dan membentuk kerajaan campuran Umno-PAS satu ketika dahulu. Malah dalam meniti krisis MB Selangor pun, puak-puak inilah yang menuduh Tuan Guru berkemungkinan mahu membentuk kerajaan campuran PAS-Umno di Selangor, apabila mengarahkan keempat-empat EXCO PAS kekal dalam kerajaan Tan Sri Khalid dulu.

Lagu-lagu lama yang sudah sumbang ini dijaja ke merata pelusok Negara.

◆Audio Gerakan Rahsia◆

Apabila terdedah rakaman audio yang dikatakan perjumpaan Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu, dengan beberapa pengikutnya, yang transkripnya berbunyi:
“Dalam dua tiga hari ni saya cuba buat ‘counter attack’ (serang balas) dalam bentuk bertemu individu. Semalam saya ke Tanjong Karang bertemu dengan YDPnya, bertemu dengan Sungai Besar, bertemu dengan YDP dan jawatankuasanya dua tiga orang. Secara umumnya Presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu ‘denied’ (dinafikan). Bila kita memberi penjelasan secara agak detail apa yang berlaku dalam mesyuarat keputusan-keputusan yang dibuat tentang hal Selangor, bagi mereka, mereka dengan dalam bentuk ‘hearsay’ (khabar angin), tak dapat maklumat yang betul, sampai ke bawah. Bagi saya ‘counter offensive’ (serang balas) ini perlu digerakkan dalam masa sebulan dua ini. Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang berkemungkinan menjadi perwakilan. Secara ringkasnya kita tengok, mereka mendahului……”

◆Serangan Peribadi◆

Semakin zahir cita-cita puak-puak ini. Apabila ada pemimpin lain pula secara terbuka melekehkan kepimpinan Presiden sendiri. Seperti Hanipa Maidin yang kebelakangan ini menolak apa sahaja yang datang dari Presiden, termasuk soal puasa sunat dan solat pun disentuh.

Ada pula yang merendahkan contohnya keutamaan kerajaan Kelantan mahu melaksanakan Hukum Hudud, yang disokong kuat oleh Tuan Guru dan Almarhum bekas Mursyidul Am. Dr Zulkifli Ahmad dan Dr Mujahid umpamanya secara terbuka menyatakan asakkan terhadap ini sesungguhnya bukan keutamaan diwaktu ini.

Selain itu dakwaan skandal “Hawaii Five O” turut menyumbang dalam mencetuskan tanda-tanya. Memang segala pendedahan, kelantangan, dan penerjahan pihak-pihak di atas yang rata-rata mahu mencuit dan merebahkan kepimpinan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, sebenarnya sedang asyik diperhatikan.

◆Mewadahkan PasMa◆

Yang vokal penuh bernafsu menunjukkan ketaksuban terhadap gagasan baru ini, menunggang NGO PasMa, mengadakan forum dan terbaru meletak jawatan ‘en bloc’, semuanya mahu memaksa pandangan bahawa memang PAS perlukan Presiden baru yang lebih ‘open’ dan moderat.

Akan tetapi mereka ini menafikan suara ‘silent majority’ dalam PAS yang sesungguhnya kecewa, malu dan mual dengan tindak-tanduk ini.

◆Hasrat Ahli PAS◆

‘Silent majority’ ini masih mahu meniti adab dan akhlak menjadi ahli gerakan Islam. Mereka sedih apabila melihat seorang ulamak tersohor umpama Tuan Guru diperlakukan demikian rupa oleh anak-anak didik, anak-anak buahnya sendiri, lantaran keghairahan mereka masing-masing tergesa- gesa mahu memetik buah yang belum ranum.

‘Silent majority’ ini menyertai PAS kerana mahu berjuang Islam. Kepimpinan Ulamak yang menerajui PAS lebih 3 dekadlah yang telah menarik minat dan pesona ‘silent majority’ dalam PAS untuk berjuang dan bersama-sama menyumbang keringat, tenaga, darah dan airmata untuk memenangkan Islam.

Biarlah yang vokal dan bernafsu ini mencetuskan momentum untuk menghakis keyakinan para perwakilan kononnya terhadap Tuan Guru, orang-orang PAS yang sejati lebih tahu dan faham.

Saya yakin dan percaya ‘silent majority’ yang merupakan sebahagian besar akar umbi dan kekuatan PAS dari Utara ke Selatan termasuk Sabah dan Sarawak, yang sejati, yang mahu Islam terus menjadi agenda perjuangan PAS dibimbing oleh ulamak yang ikhlas dan bertaqwa, akhirnya pada Mukatamr ke 61 nanti akan bersuara dengan lantang menegakkan yang hak dan merebahkan yang batil.

Biarlah satu-dua yang berbeza pandangan, berbeza pendekatan dan terkadang berbeza agenda ini merayakan ‘kemenangan’ pramatang mereka, umumnya yang ‘silent majority’ insyaAllah senang dan setia dengan apa yang telah dibina sekian lama, dan akan terus istiqamah mempertahankan Tuan Guru, kepimpinan ulamak, dan perjuangan PAS yang asal dan sejati.

Roslan SMS.

Puak-puak anti-ulamak dan anti-mantan MB Kedah, Almarhum Tan Sri Ust Azizan Abdul Razak, telah menabur fitnah kononnya ada satu surat dari Ketua Dewan Ulamak Kedah yang diberikan kepada Presiden PAS telah diperonyok  dan dikoyak! Astaghfirullah. Jahatnya mulut-,ilut pembuat fitnah ini.

Ini jawapan dari mantan SU MB:

Dari Sanusi, mantan setpol almarhum Ust Azizan

Ada orang tanya pasai Memo Dewan Ulamak Kedah kena koyak bila diserah kepada TGHH. Woishh! Ini fitnah kubra !!…

Ingat dak surat dlm bahasa arab yg aku pernah upload dlm fb tak lama dulu? Itu adalah surat jawapan TGHH kepada surat (memo) daripada beberapa orang ulamak yang mendakwa mewakili Dewan Ulamak yg dihantar kpd TGHH di Melaka, lepas satu majlis ceramah.

TGHH tidak koyak, tidak keronyok dan tidak buang surat tu, dia hanya lipat dan sumbat dalam poket jubah dia… Bayangkan dalam keletihan menjelajah seluruh negara, diserbu pulak dengan hal2 yang agak berat sekitar jam 1.00 pagi selepas majlis ceramah. Dia simpan untuk baca kemudian.

Seminggu kemudian dia jawab surat itu… Dengan bahasa dan hujjah yg sangat kuat… Sepadan dgn standard para ulamak. Surat itu diserahkan kepada aku di Pejabat Pas Pokok Sena sebelum ceramah. Diarahkan surat itu ditujukan kepada 6 orang ulamak. Tn Hj Abd Rahim Abd Rahman, Tn guru Hj Salleh Musa, Tn Guru Ust Awang Lanai, Ustaz Azizan Abd Razak – (diserah byhand kepada tuan tubuh). Tn Sheikh Mohamad Abdullah, Sheikh Ismail Kamis (aku kirim kepada Zulkifli Ismail).

Aku sudah minta pelajar Al-Azhar menterjemahkan maksud ayat baris demi baris surat itu… Tinggi dan mendalam sungguh bahasa TGHH kepada para ulamak…

 

10338222_727910577288440_138957926078340479_n

10686989_727910507288447_5468364982567811396_n

1982020_727910543955110_2623655579663634248_n