taqiyyah-1Apa itu taqiyyah? Umumnya ia satu ungkapan atau janji atau sumpah yang berpura-pura untuk selamatkan diri atau untuk menjaga kepentingan kumpulan sendiri.

Taqiyyah adalah popular dalam fahaman Syi’ah. Menurut Syi’ah bahwa Taqiyyah wajib dilakukan. Jadi taqiyah adalah salah satu prinsip agama mereka. Taqiyyah dilakukan kepada orang selain Syi’ah, seperti ungkapan bahwa Quran Syi’ah adalah sama dengan Quran Ahlussunnah. Padahal ungkapan ini hanyalah kepura-puraan mereka. Mereka juga bertaqiyyah dengan pura-pura mengakui pemerintahan Islam selain Syi’ah. Padahal kakikatnya orang Syi’ah sangat membenci dan menganggap pemerintahan tersebut telah merampas.

Petikan dari: http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-sunnah.html

“Ali Muhammad al-Syalabi menerangkan, dalam Syiah ada empat unsur pokok ajaran taqiyah;

Pertama, Menampilkan hal yang berbeda dari apa yang ada dalam hatinya. Kedua, taqiyahdigunakan dalam berinteraksi dengan lawan-lawan Syiah. Ketiga, taqiyah berhubungan dengan perkara agama atau keyakinan yang dianut lawan-lawan. Keempat, digunakan di saat berada dalam kondisi mencemaskan (Ali Muhammad al-Syalabi, Fikr al-Khawarij wa al-Syiah fi Mizan Ahlissunnah wal Jama’ah, hal. 311).

Posisi ajaran taqiyah dalam Syiah sangat esensial. Seperti kata al-Kulaini, penulis al-Kafi:

لا دين لمن لا تقية له

“Tidak beragama orang yang tidak menggunakan konsep taqiyah.” (al-Kulaini, Ushul al-Kafi, jilid II, hal. 217). Karena itu, Ibnu Babawaih, tokoh besar Syiah klasik, berfatwa bahwa hukum menerapkan taqiyah itu wajib, seperti kewajiban menjalankan shalat.

Ia mengatakan; “Keyakinan kita tentang hukum taqiyah adalah wajib, barang siapa yang meninggalkan taqiyah sama halnya dengan meninggalkan shalat.” (Ibnu Babawaihi, al-I’tiqadat, hal. 114).

Dalam keyakinan Syiah, taqiyah merupakan pilar-pilar utama agama. Taqiyah diserupakan dengan Sembilan persepuluh dari agama mereka. Sementara rukun-rukun Islam dan kewajiban dalam Islam lainnya hanya sepadan dengan satu persepuluh. Ini artinya, taqiyah lebih utama daripada rukun Islam. (lihat al-Kafi, juz II hal. 217, Badzlul Majhud  juz II hal. 637).”

Manakala dalam kalangan Sunni pula, taqiyah amat  berbeza dan ia tidak wajib.

Petikan dari http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-sunnah.html

“Berbeda dengan Syiah, Islam (Ahlus Sunnah) memberlakukan taqiyyah terhadap orang-orang kafir. Dalam paradigm Islam, menyembunyikan keyakinan di hadapan orang kafir dibenarkan jika dalam kondisi darurat. Hukumnya boleh, tidak wajib.

Seperti dalam firman Allah swt: “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (QS: Al-Nahl : 106).

Dari ayat ini jelas terlihat perbedaannya dengan konsep Syiah. Seperti diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal, bahwa menyembunyikan keyakinan di hadapan orang kafir berlaku saat awal-awal Islam, sebelum umat Islam kuat. Adapun sekarang, Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam. Sehingga hendaknya mereka tidak merasa takut lagi. (Imam al-Qurtubi,Al-Jami’ li Ahkami al-Qur’an, jilid IV hal. 57).

Dalam Islam (Ahlus Sunnah), taqiyyah merupakan rukhshoh (kemudahan) ketika dalam kondisi darurat. Parameter darurat itu seperti digambarkan oleh Ibnu Mundzir; “Para ulama sepakat bahwa orang yang dipaksa kafir, saat keselamatan jiwanya terancam, kemudian mengucapkan kata-kata kufur, tapi hatinya tetap teguh keimannnya, demi menyelamatkan nyawa adalah diperbolehkan.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, 12 hal. 314).

Jadi, ada perbezaan mendasar antara taqiyyah dalam Ahlus Sunnah dan Syiah. Ahlus Sunnah mensyaratkan dalam kondisi darurat. Darurat ini ukurannya seperti ukuran dalam fikih. Yakni nyawa terancam. Sedangkan Syiah, tidak ada syarat seperti itu. Bahkan merupakan kewajiban agama di tengah mayoritas golongan lain. Taqiyyah dalam Syiah bukan dispensiasi, tapi kewajiban asasi.”

Soalan: Bolehkah kita kata ahli IRC-JIM dipercayai mengamalkan fahaman taqiyah ini? Mungkin ya mungkin tidak. Tetapi apa yang kita perhatikan tingkah laku mereka, mereka boleh berpura-pura di hadapan orang lain yang bukan IRC-JIM. Apabila mereka bersama PAS, mereka berpura-pura mereka sokong PAS dan mereka bersama PAS. Tetapi mereka hanya berpura-pura. Di belakang PAS, mereka ada agenda lain dan tersembunyi.

Shaari Sungip dan Mustafa Kadir pernah bertemu dengan TGHH dan TG Hj Harun Taib apabila kembali dari UK setelah tamat belajar pada pertengahan 1980an dan menawarkan diri untuk membantu PAS. TGHT sudah mengenali Shaari Sungib lebih awal dari pimpinan PAS yang lain apabila TGHT berdepan dengan kumpulan IRC ini di kampus UTM, sarang utama IRC di Malaysia. Satu debat antara mereka berdua pernah berlaku di pentas di UTM di awal 80an dalam menentukan samada mahasiswa tempatan harus ambil sikap partisan atau tidak partisan. IRC tidak mahu ambil sikap partisan kepada Islam apatah lagi kepada PAS dalam isu-isu semasa termasuk isu politik yang berkaitan dengan kepentingan ummah dan Islam. Alasannya mahasiswa masih belajar dan bahaya kalau mereka menzahirkan diri sebagai petugas Islam atau penyokong Islam. Inilah alasan puak Ikhwan Alami yang berpandangan identiti pejuang Islam harus disorok. Jangan zahirkan. Maka apabila pelajar Malaysia dari UK balik Malaysia, mereka tidak mahu bersama PAS atas alasan nanti kena tangkap oleh kerajaan BN-UMNO. Kemudian mereka menimbulkan polemik “PAS masuk pilihanraya, dan pilihanraya tidak syar’ie”. Apabila pimpinan PAS bertanya balik, adakah tidak masuk pilihanraya itu syarie? Mereka diam membatu kerana tiada hujah balas. Murabbi dari Ikhwan Alami adalah orang-orang Ikhwan yang diburu oleh kerajaan negara asal  mereka kerana penglibatab mereka dalam Ikhwan Muslimin yang bermula di Mesir. Psikologi orang Ikwan Alami ialah takut menzahirkan diri. Perasaan takut dididik dalam pelajar Malaysia dalam kumpulan IRC, lalu apabila pelajar Malaysia dari kumpulan IRC ini kembali ke tanahair, mereka takut bersama PAS dan takut menyatakan sokongan kepada isu yang ada kepentingan Islam dan ummah.

Apa pun setelah Shaari Sungib dan Mustafa Kadir bertemu dengan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor, mereka diarah berbincang dengan TGHH dan TGHT, yang memimpin Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. PAS menganggap mereka sudah matang dalam berjamaah.  PAS sangka baik. Akhirnya Shaari Sungib dan Mustafa Kadir diberi tugas untuk menulis silibus usrah untuk LajnahTarbiah PAS Pusat. Mereka berjanji akan menyediakan buku dengan mengumpulkan tulisan-tulisan pimpinan PAS yang mengikut manhaj PAS, dasar dan prinsip Islam yang diperjuang ileh PAS, dan uslub dakwah PAS dengan mengambilkira Perlembagaan PAS. SoalanApakah mereka bertaqiyah ketika itu? Maka lahirlah buku Usrah Jilid 1, tulisan Abu Urwah (nama samaran Shaari Sungib) dan TGHH menulis blurp di kulit belakang buku hijau air itu. Buku ini mengandungi beberapa  bab yang dkumpulkan oleh Sahaari Sungib dari tulisan-tulisan sahabat-sahabat dari MISG USA & Canada. Malang Shaari Sungib dakwa dia adalah penulis buku tersebut. Tulisan-tulisan pimpinan PAS tidak ada di dalam buku tersebut. Mstafa Kadir telah masuk UMNO selepas rahsia identitinya terbongkar. Shaari Sungib sambung belajat dan aktif di UK selepas itu sehingalah tahun 1990 beliau kembali dan menubuhkan JIM untuk IRC yang bawah tanah sebelum itu.

Setelah buku ini digunakan oleh ahli-ahli PAS dalam usrah-usrah di seluruh negara, Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat membuat pemantauan dan mendapati kupasan buku tersebut oleh Shaari Sungib dan Mustafa Kadir menyeleweng, di mana mereka menafikan kedudukan ulamak sebagai pimpinan ummah. Bagi mereka pimpinan ummah tidak mesti ulamak sedangkan di dalam ulamak adalah waris anbiya dan menjadi pemimpin ummah. Pemiimpin negara atau parti boleh terdiri dari umara yang boleh jadi juga dari kalangan ulamak. a. Tetapi pemimpin ummah mestilah terdiri dari ulamak. Akibat dari penyelewengan ini, buku ini ditarik balik dan dibatalkan dalam silibus usrah PAS. Pemahaman yang menyeleweng ini telah menyerap masuk dalam pemikiran ahli-ahli usrah PAS terutama dalam kalangan mahasiswa. Soalan: Apakah tidak mereka bertaqiyah depan pimpinan PAS bersetuju untuk mengikut garis panduan penyediaan buku yang disediakan oleh pimpinan PAS, tetapi kemudian mereka langgar janji mereka?

Pada tahun 1987 pula, berlaku satu perdebatan yang hebat di MISG Convention di Kentucky mengenai isu yang sama, iaitu samada mahasiswa harus partisan atau tidak partisan pada gerakan Islam dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan ummah khususnya di Malaysia. Kumpulan IRC dalam MISG tidak mahu partisan, tapi kumpulan pro-PAS mahu ambi sikap partisan kepada Islam. Susulan Convention itu, pimpinan PAS dan pimpinan IRC bertemu di Terra Haute Indiana untuk berbincang semula dan selaraskan sikap mahasiswa. Siapa yang hadir pada masa itu? Syed Azman, Ustaz Hassan Shukri,Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Ali Othman, Ustaz Zawawi Ali. Mereka mula berbincang selepas waktu Isya hingga ke waktu Subuh esok. di Masjid Terra Haute. Abu Iman atau Dzulkifli Ahmad dari England mewakili Syura UK turut hadir. Perbincangan amat ilmiah dan bersandarkan kepada hujah dan nas yg kukuh, mengambilkira semua aspek iman, akhlak, sosial politik psikologi, dan politik antarbangsa, yang mana kesimpulannya menetapkan satu keputusan secara musyawwarah bahawa mahasiswa Malaysia mesti ambil sikap partisan kepada Islam untuk kepentingan ummah. Malang bila Dzulkifli Ahmad balik ke England dan bertemu dengan Syura IRC, mereka membuat keputusan membatalkan keputusan musyarrawah Terra Haute. Soalan: Apakah ini bukan taqiyyah, setuju pada awalnya, kemudian langgar janji bersama? Bukankah ini janji pura-pura?

Apabila JIM ditubuhkan pada tahun 1990 secara rasmi di Malaysia, ahli-ahli IRC dari UK  Mesir,dan Jordan serta ahli-ahli MISG USA& Canada masuk JIM. Kebanyakan yang masuk adalah pimpinan mereka. Pada tahun yang sama PAS berjaya menumbangkan BN-UMNO di Kelantan. Maka Anwar menjemput JIM bersama UMNO dan menjajikan habuan yang baik untuk mereka jika dapat membantu Anwar dan ABIM dalam UMNO membawa “imej Islam” dalam UMNO. Maka lahirlah kertas Grand Design yang ditulis oleh Shaari Sungib dan Dzulkifli Ahmad untuk menyusun strategi kuasai UMNO dan PAS. Apa janji mereka pada Anwar? Soalan: Apakah mereka tidak bertaqiyah dengan Anwar pula? Dalam kertas Grand Design itu, mereka menyatakan mereka tidak berharap pada ABIM dalam misi Anwar ini.

Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan IRC di Shah Alam masuk PAS pada tahun 1996. Soalan: Apakah mereka tidak bertaqiyah dengan PAS pula? 

Malang berlaku pada Anwar dan JIM. Mereka lupa dalam sunnatullah perjuangan Islam, mesti ada ujian yang mesti dihadapi dan tidak ada kemenangan mudah dalam perjalanan dakwah ini. Bila Anwar kena pecat dari Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, ahli ABIM, ahli JIM-IRC jadi ketidak-tentuan dan berselerak di sana sini.  Ustaz Fadzil dan dua pimpinan tertinggi PAS yang lain telah membuat keputusan untuk membenarkan Ustaz Fadzil bertemu Anwar dalam suasana kritikal itu. Natijahnya ahli ABIM, ahli JIM dan ahli PAS “bersatu” di bawah satu payung untuk berdepan dengan BN-UMNO. Kemudian PKN (Parti Keadilan Nasional) ditubuhkan pada tahun 1999.

Dalam PRU 2000, BN tumbang di Terengganu. Kesemua ahli PAS, ABIM dan JIIM dari PAS dan PKN bantu membantu menumbangkan BN. Ahli IRC-JIM dalam PAS menikmati segala kemudahan dalam PAS: markas PAS, kenderaan PAS, petuhas-petugas PAS. Mereka kata PKN baru lahir dan dhaif serta perlu bantuan dari PAS sebagai “abang”. Lalu dengan tagline itu, mereka mula meminta kerusi PAS di beberapa DUN dan Parlimen. Ahli-ahli IRC-JIM dalam PAS main peranan untuk pujuk pimpinan PAS memberikan kerusi kepada orang-orang mereka dalam PKR dan PAS.

Setiap tahun, IRC di UK dan MISG di USA mengadakan konvension seperti biasa. Pada tahun 2000, 2001 dan tahun-tahun berikutnya, pimpinan PAS dari ahli IRC-JIM, dijemput ke konvension di luar negara. PAS secara senyap memantau pertemuan dan ucapan mereka. Dalam pertemuan tertutup mereka, apabila pelajar bertanya tentang masa depan JIM dan PAS, mereka mengatakan “KITA BERPOLITIK BERSAMA PAS, JAMAAH MASING-MASING”. Tagline ini bocor kepada PAS. Ahli PAS yang ditugaskan mengikuti gerak langkah Shaari Sungib dan Dr Dzulkifi Ahmad ke UK dan Amerika telah mengesahkan tagline yang menjadi pegangan mereka: taqiya dalam PAS.  Tagline ini membawa makna wujudnya pemikiran JAMAAH DALAM JAMAAH, api dalam sekam, musang berbulu ayam, talam dua muka, opportunis dalam PAS. Mereka bersama kerana ada kepentingan. Soalan: Bukankah ini pelanggaran janji mereka setelah menjadi ahli PAS yang perlu berpegang kepada baiah menjadi PAS dalam borang permohonan ahli yang mereka isi dan janji mereka untuk berpegang kepada Perlembagaan PAS? Soalan: Inikah taqiyyah mereka.

Masa berlalu, mereka mendapat tempat istimewa dalam PAS, dan dalam masa yang sama mereka hampir berjaya menguasai kepimpinan PAS pada tahun 2011 dan selepas 2013, susulan Kajang Move, mereka cuba menggulingkan kepimpinan ulamak dalam PAS, tapi gagal!  Mereka keluar dari PAS dan langgar baiiah sebagai calon ADUN dan Parlimen PAS. Soalan: Apakah mereka bertaqiyyah semasa mengungkap bai’ah ketika bersetuju untuk jadi calon PAS? Soalan: Kalau mereka langgar baiah untuk menyelamatkan diri mereka dan agenda mereka serta jamaah mereka, maka ia adalah halal dan baiah yang diucapkan itu terbatal dengan sendiri? Inkah sagu lagi taqiyyah mereka, orang IRC-JIM?

Nah, Soalan: Apakah gabungan kelompok pro-syiah yang juga mengamalkan taqiyyah dengan kelompok IRC-JIM yang juga amalkan taqiyyah amat serasi? Pasti serasi? 2/3 dari ahli PAN adalah orang-orang JIM-IRC-IKRAM. Soalan lagi: Apakah mereka sedang bertaqiyyah dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? Logiknya, ucapan Aku Janji atau sumpah setia atau baiah apa pun dengan DAP, ia hanya satu taqiyyah yang mereka berpura-pura sahaja. Mereka boleh langgar perjanjian mereka dengan DAP bila-bila masa. Soalan: Buat masa ini apakah mereka bertaqiyyah bersama DAP menguntungkan mereka, mereka dapat dedak, sekolah IKRAM mereka dibiayai sebanyak RM15 juta oleh Kerajaan Pulau Pinang, mereka dapat nikmati pelbagai kemudahan bawah kerajaan negeri  P. Pinang dan Selangor?

Soalan: Sampai bilakah mereka akan bertaqiyyah? Di manakah sempadan taqiyyah mereka? Apakah sunnatullah perjuangan Islam membenarkan mereka bertaqiyah sebagaimana mereka telah lakukan selama ini? Apakah mereka bertaqiyyah untuk pelihara nafsu atau untuk pelihara iman?  Apakah tidak mungkin taqiyyah mereka membawah kepada sifat munafik dan fasiq serta merosakkan jamaah yang mereka sertai?  Kita tunggu keputusan dari Allah SWT yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Apa yang kita maklum, mereka bertaqiyyah dengan pihak lain daripada kelompok IRC-JIM-kerana mereka telah angkat sumpah taat setia atau baiah pada Amir (ketua) mereka di dalam organisasi (Majlis Syura Muslimin) mereka dikenali sebagai Ikhwan Alami. Dalam kertas Grand Design yang ditulis oleh Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad, terdapat nama-nama pemimpin Ikhwan Alami yang berada di luar negara yang merupakan murabbi mereka semasa mereka belajar di universiti di luar negara dan murobbi ini masih lagi menjadi kiblat mereka.  Apabila mereka sudah bersumpah taat setia, maka mereka akan pegang janji mereka. Mana-mana ahli yang langgar baiah ini akan hadapi masalah pada masa depan.

Soalan: Bagaimana mengenali mereka?  Orang-orang IRC dari UK yang kembali ke Malaysia di antara 1986-1991 mereka dikehendaki menghubungi orang lama IRC tertentu dan semasa pertemuan itu mereka dikehendaki membawa akhbar Watan sebagai satu password identiti. Kemudian mereka akan dimaklumkan ke manakah mereka akan pergi dan apa yang patut mereka lakukan. Modus operandi ini semacam gerakan bawah tanah. Seterusnya mereka akan ikuti program dalaman IRC-JIM dan mereka mengelak menghadiri program PAS kecuali atas arahan pimpinan IRC-JIM. Apabila mereka berada dalam PAS, mereka betaqiyyah. Begitulah kisah mereka sehinggalah berlaku Kajang Move, yang membuka topeng-topeng mereka satu persatu. Dan apabila mereka keluar PAS dan tubuh PAN, mereka keluar beramai-ramai atas nama bai’ah mereka kepada Amir Ikhwan Alami. Jadi kita tidak hairan, kelompok mereka yang keluar terdiri dari bekas-bekas pelajar UK, USA, Mesri, dan Jordan. Majoriti dalam PAN adalah orang IRC-JIM-IKRAM.  Timbalan Presiden PAN adalah IKRAM, Calon PKR Sg Besar dan Kuala Kangsar dalah IKRAM. Mat Sabu bukan IKRAM sejak azali lagi, maka dia tidak boleh jadi calon PAN serta tidak dbenarkan oleh DAP.  Desus-desar dalam kalangan ahli PAN, Mat Sabu bakal disingkirkan dan IKRAM akan bawa masuk Husam sebagai Presiden baru PAN.

oleh Bekas Ahli IRC

irc jim ikram buntuGrand Design IRC-JIM temui JALAN MATI. Jalan keluar ialah dengan berpaut pada DAP.

Yb Shaari Sungip dan Dr Dzulkifli Ahmad terlupa menggariskan pelan jangka panjang dalam kertas Grand Design JIM-IRC pada tahun 1991.

Pada tahun 1990, JIM didaftarkan bawah ROS dan mengumpulkan bekas IRC UK, Mesir, dan Jordan. Mereka semua bekas pelajar Malaysia, golongan elit terpelajar. IRC ditubuhkan sebagai alternatif kepada ABIM apabila Anwar masuk UMNO.

Pada akhir tahun 1990, setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS, Anwar menjemput IRC untuk bersama UMNO bagi tangani kebangkitan pengaruh PAS susulan kemenangan PAS merampas Kelantan dari BN-UMNO. Anwar disebut-sebut sebagai bakal PM Malaysia dalam masa yang dekat selepas itu.

Pada tahun 1991, Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad mengemukakan satu kertas Grand Design kepada Syura IRC berpangkalan di UK di bawah seliaan Ikhwan Alami untuk membenarkan bekas ahli IRC masuk UMNO dan PAS dengan objektif yang jelas: membantu Anwar dalam UMNO mencapi cita-citanya menjadi PM Malaysia dan menguasai UMNO serta menguasai PAS. Dalam kertas kerja tersebut, IRC sebut bahawa IRC tidak percaya kepada ABIM dan IRC akan kuasai UMNO. Lantaran itu, ramai ahli IRC masuk UMNO di ketuai oleh Rahim Ghouse. Dr Dzulkifli masuk PAS tahun 1996 setelah Mujahid mendapat tempat dalam Pemuda PAS.

Pada tahun 1998, Anwar ditendang keluar dari UMNO. Orang ABIM dan IRC turut tercampak keluar. Ada yang kena tangkap bawah ISA, ada yang lari ke Indonesia dan Australia. Ada yang masuk PAS sebelum PKN (PKR) ditubuhkan. Yang masuk PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Anwar Tahir dan beberapa lagi. Mereka masuk dengan arahan dan restu Anwar. Apabila PKN ditubuhkan 1999 dengan bantuan PAS atas nasihat pimpinan Ustaz Fadzl Nor, Shaari Sungib telah ditawarkan sebagai SU Agung PKN tetapi beliau menolak kerana mahu “duduk” dalam PAS dahulu bersama Dr Dzulkifli Ahmad. Sebelum beliau mask PAS, beliau pernah bertanding atas tiket PKN tapi kalah. Rata-rata bekas ABIM dan bekas UMNO yang menjadi pengikut setia Anwar masuk PKN yang kemudian bergabung dengan PSRM menjadi PKR.

Apabila IRC gagal kuasai UMNO, mereka cuba kuasai PAS. Ketika itu JIM-IRC pecah dua kepada ISMA dan IKRAM. ISMA bersama UMNO dan PERKASA apabila PAS menerima gagasan Pakatan Rakyat yang mana DAP ada di dalamnya. IKRAM bersama PAS. Selama lebih 10 tahun, kumpulan JIM-IRC membina kekuatan mereka, memperkudakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin sebagai proksi mereka selain Kamarudin Jaafar yang berjaya dilantik sebagai SU Agung PAS melalui perancangan mereka.

Selepas 2008 susulan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri maka timbullah riak-riak konspirasi yang semakin jelas dalam PAS. Ia bermula dengan persitiwa 16 September 2008 yang menambah kemarahan mereka terhadap Presiden PAS kerana TGHH tidak setuju dengan menawan Putrajaya melalui pintu belakang di mana Wakil Rakyat Sabah yang akan lompat parti dan bergabung dengan Wakil Rakyat DAP, PKR, dan PSM terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya. Kemudian 2009, berlaku protes 10 budak hitam di Parlimen terhadap TGHH yang kononnya dikatakan oleh Anwar bahawa TGHH mahu bergabung dengan UMNO. 8 budak dari 10 budak hitam terus mengheret isu ini terhadap Presiden PAS sebagai usaha menjatuhkan nama baik beliau dalam PAS.

Akhirnya menjelang 2011, mereka sudah kuasai 60% daripada AJK PAS Pusat. Dendam kesumat marah mereka terus menerus berlaku dengan pelbagai aktiviti dan propaganda melalui Harakah yang mereka kuasai, The Malaysian insider, dan Malaysiakini merendah-rendahkan TGHH. Ketika inilah Mat Sabu “dipujuk’ untuk bersama mereka. Tuan Guru Presiden PAS berada dalam keadaan amat tertekan kerana banyak tikaman belakang dilakukan oleh kelompok ini dalam PAS selepas 2011. Mat Sabu menjadi senjata baru bagi mereka.

Susulan PR menang dalam 2013 di Selangor, PKR melancarkan Kajang Move dalam selimut untuk menjayakan perjanjian sulit antara Anwar dan Najib melalui Konsensus Nasional. Anwar dicadang menjadi MB untuk liase dengan Najib bagi mentadbir Selangor secara bersama antara BN (UMNO) dengan PR (PKR) sebagai syarat pulangan, Anwar akan ke Putrajaya bersama pasukannya.

Mahathir dapat mencium konspirasi ini dan jika KN berjaya, bermakna Mahathir dan kroninya akan hadapai masalah besar untuk berhadapan dengan Anwar, orang yang pernah ditendang keluar dari UMNO dan dipenjarakan. Lalu Mahkamah mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful dan Anwar hilang kelayakan bertanding di Kajang.

Kajang Move seterusnya memaksa semua pihak dalam PR untuk terima dan beri sokongan. DAP terpaksa sokong sebab takut kehilangan kuasa di P. Pinang. PAS dipaksa terima DSWA sebagai MB dengan permainan konspirasi IRC-JIM dalam PAS, tetapi Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama melihat tindakan memecat Tan Sri Khalid dari PKR dan sekaligus jawatan MB Selangor sebagai satu bentuk kezaliman. Saifudin dan Rafizi tiba-tiba memaparkan 91 halaman salah laku TSKI. Setahun kemudian baru kita ia adalah FITNAH dari Saifudin dan Rafizi terhadap TSKI.

Kemarahan IRC-JIM terhadap TGHH semakin membuak-buak selepas Kedah jatuh ke tangan BN. Lalu kumpulan G18 menubuhkan PASMA pada bulan Nov 2014, satu NGO yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS. Perkara ini disebut dalam kertas Grand Design yang ditulis pada tahun 1991, iaitu menubuhkan satu NGO sekiranya gagal kuasai PAS, dan NGO ini akan menjadi transisi sebelum satu parti politik diwujudkan.

Lantas PASMA berkempen dari bulan Nov 2014 (bermula ia ditubuhkan di Kedah) hingga 2015 dipimpin oleh Ir Pakhrolrazi di Kedah dan dibantu oleh Ustaz Mat Hussin IRC-JIM Kelantan yang berada di belakang Husam untuk menjatuhkan Presiden PAS. Pelbagai rahsia mereka bocor apabila sebahagian ahli PAS secara individu dan kelompok mengambil tanggungjawab menyelamatkan PAS dengan membocorkan rahsia mereka termasuk konspirasi Hawaii Five O yang dikaitkan dengan Dr Hatta, pembocoran Whattsapp JK PAS Pusat yang dikaitkan dengan Khalid Samad, keset rakaman ucapan Mat Sabu di Kuala Selangor mengajak ahli merancang supaya Presiden PAS diganti dengan pemimpin yang boleh bekerja dengan DAP dan PKR, pertemuaan tertutup IRC-JIM dengan pimpinan PKR dan DAP, pemberian sumbangan DAP kepada PASMA, dan pelbagai lagi angkara tersembunyi yang berlaku di belakang tabir dalam PAS.

Akhirnya dalam Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor 2015, semua mereka yang terlibat dengan JIM-IRC dan konspirasi dalam selimut ini termasuk Mat Sabu, Husam, Dr Hatta, Salehudin, Dr Mujahid, Dr Maria, Ir Nizar, Ustaz Ghani Shamsuddin, Khalid Samad dan beberapa lagi tewas dalam pemilihan JK PAS Pusat 2015 kecuali Mazlan Aliman dan YB Amiruddin Kedah. Pemilihan JK ini dibuat melalui cara demokrasi yang telus dan dikendalikan oleh Asmuni Awi.

Susulan kekalahan mereka dalam Muktamar PAS ke 61, atas “arahan” dan “pujukan” pemberi dedak, mereka keluar dari PAS menggunakan nama GHB (Gerakan Harapan Baru) dan kemudian menjadi G18, dan akhirnya menubuhkan PAN, Parti Amanah Negara. Inilah parti politik yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS menurut kertas Grand Design tersebut. Meskipun nama parti politik ini tidak disebut namanya dalam kertas Grand Design IRC-JIM 1991, ciri-ciri PAN memenuhi citarasa dan matlmat mereka.

Bagi IRC-JIM-PAN, mereka suka menumpang orang lain macam pokok dedalu. Mereka pernah menumpang UMNO. Mereka pernah PAS. Tapi mereka gagal kuasai UMNO dan PAS. Kini mereka menemui jalan buntu. Jalan seterusnya tidak digariskan oleh ini tidak dihuraikan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design mereka pada tahun 1991. Jalan keluar dari JALAN MATI ini ialah dengan berpaut pada DAP.

PAN kini dikuasai oleh DAP. Ia menjadi proksi kepada DAP sebagai jambatan untuk dekati dan kuasai orang Melayu. DAP telah melabur banyak wang dan tenaga “membela’ dan “membiayai” individu dalam PAN, dan pastinya DAP akan tuntut pelbagai perkara dibuat oleh PAN bagi pihak DAP. DAP kini menjadi ALONG kepada PAN. Percubaan pertama DAP menguji PAN ialah di PRK Sarawak dan ujian kedua ialah di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. PAN kelihatan positif untuk terus digunakan oleh DAP untuk hadapi PRU 14.

Persoalannya: mampukah PAN keluar dari ugutan dan arahan DAP sebagaimana ALONG lakukan ke atas peminjam dedak atau penerima dedak? Mampukah mereka memelihara iman dan akhlak sebagai seorang Muslim? Mampukah mereka bertahan untuk tempoh 1 tahun akan datang? Ini semua tidak digariskan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design. Sama-sama kita tunggu episodnya.

 

Pautan lain

oleh Hj Hassan Omar

Nizar Putar Belit Isu Gabung UMNO-PAS 2008 – Ini Cerita sebenar…

nizarMohamad Nizar ketika berceramah di hadapan 50 orang mendakwa kononnya PAS Pusat meminta PAS Perak bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan di negeri ini tetapi Ustaz Ahmad tegas enggan menerimanya.

Katanya lagi PAS memang secara sulit ada perancangan bekerjasama dengan UMNO sejak 2008 lagi dan usaha itu bertambah ‘kuat’ selepas Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP pada 2015 dan digantikan oleh Pakatan Harapan.

Kata Nizar DAP ketika itu memang mahukan calon PAS sendiri menjadi Menteri Besar ke-10 untuk mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali.

Cerita bohong ini telah dimainkan banyak kali kononnya PAS dan bergabung dengan UMNO. Semasa Muktamar PAS 2015 kempen Nizar dan geng PAN sekarang kononnya kalau ulama menang dan menguasa AJK PAS Pusat akan mudah mereka bergabung dengan UMNO.

Tapi ahli PAS tidak bodoh maka geng PAN sekarang ini tersingkir. Sekarang dah 2016 tapi masih tak wujudpun gabungan seperti yang mereka sebarkan. Itu memang FITNAH yang jahat.

Sekarang pun isu gabungan UG dimainkan sehingga ramai orang menyangka perkara itu benar melainkan mereka yang ada akal berfikiran terbuka boleh memikirkan benar atau salah.

Nizar putar beli cerita kononya DAP rela hati nak berikan PAS Menteri Besar sedangkan perkara yang sebenarnya DAP yang memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 18 berbanding PKR pula 7 dan PAS hanya 6 pada masa itu mengadap dan memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika itu agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar yang pertama bukan Melayu bukan Islam dan beragama Kristian.

Sultan Perak menolak cadangan tersebut yang bercanggah dengan undang-undang tubuh negeri Perak yang menetapkan Menteri Besar mesti juga seorang Melayu Islam bahkan baginda bertitah mahukan calon dengan pernah mempunyai latar belakang kerjaya sebagai profesional.

DAP secara kebetulan langsung tiada ADUN Melayu manakala pelan pilihan alternatif kedua ialah memilih calon daripada PKR, namun semua ADUN Melayu PKR pula hanya berkelayakan akademik setakat tingkatan lima sahaja.

Oleh itu, Mohammad Nizar sebagai jurutera dan juga memegang jawatan tertinggi dalam PAS dipilih menjadi Menteri Besar bersifat bidan terjun daripada kalangan semua ADUN PAS kerana Ustaz Ahmad pula bukan seorang ADUN.

Siapa kenal Nizar ketika itu??

Nizar yang pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah pada 13 Mac 2008 namun, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP akan memboikot majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Ini kerana PAS bukan parti utama memenangi PRU 2008 peringkat DUN Perak.

Kit Siang juga menyelar PAS dan berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, sekiranya calon DAP ditolak.

Susulan itu, pihak istana membatalkan istiadat angkat sumpah serta meminta DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi sebelum menghantar surat rasmi sokongan bersama ditandatangani kesemua 31 ADUN mereka sendiri.

Oleh kerana terdesak, Nizar akhirnya atas ihsan DAP (istilah sekarang dedak DAP) dan PKR bersetuju MB dikalangan PAS.

Akhirnya Nizar berjaya mengangkat sumpah Menteri Besar secara rasmi pada 17 Mac 2008 di hadapan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah.

DAP memaksa Pakatan Rakyat memberikan enam jawatan Exco dalam kerajaan campuran Perak tersebut berbanding kuota Exco daripada PKR hanya tiga dan PAS pula seorang sahaja.

Bukan itu sahaja, semua keputusan Nizar mestilah mendapat keputusan DAP. Pentadbiran Nizar ‘dibayangi’ DAP

Nizar lebih menjaga kepentingan DAP daripada kepentingan Melayu antaranya pemberian geran tanah 999 tahun. Ini juga termasuk mengadai 1000 ekar tanah untuk DAP yang didedahkan dalam ceramah baru-baru ini.

Keputusan ini diluar pengetahuan kepimpinan tertinggi PAS.

Paling teruk Nizar bersama Ahmad Awang telah membuat perjanjian Pangkor II yang membuat akur janji tidak akan melaksanakan undang-undang Islam.

Perkara ini telah didedahkan oleh Nordin Ali dalam blognya.

Apa yang Mujahid tak menulis ialah bagaimana PAS Perak di bawah Ustaz Ahmad Awang pada masa itu telah membuat perjanjian untuk tidak melaksakan Undang-undang Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.
‘Perjanjian Pangkor II’ antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.
Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.
Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani ‘Perjanjian Pangkor II’ bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Nordin Ali menulis lagi.

(Gambar: Nizar cuba mengelak dari wartawan berkaitan Pangkor II. Mengapa mengelak?)Setelah serangan daripada abangnya sendiri. Nizar mengelak diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang dibangkitkan oleh abangnya sendiri. Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik pada 9 Julai 2008, tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang pulang ke DUN Pasir Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali pulang tetapi rakyat diminta pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Pendedahan Nordin lagi,

Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.
Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulsi wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNya.
ustaz ahmad awangNizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang kandungnya adalah BENAR belaka!!
Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!

Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk menjawab di sisi Allah nanti?
Kesimpulan pengkhianat Melayu dan agama Islam di PERAK dengan mengadai tanah dan agama ialah NIZAR JAMALUDDIN, USTAZ AHMAD AWANG dan geng PAN@AMANAH yang dodokong oleh puak IKRAM. Sikap Nizar dan Ahmad Awang menyebab nama baik PAS sebagai gerakan Islam tercemar!!

Petikan dari FB

ADAKAH CYBERTROOPERS PRO-HUSAM MUSA DI TIPU?

1. Panas kembali nama Husam Musa di dalam media baru terutamanya facebook. Rata-rata pendokongnya memainkan kembali beberapa isu yang diputar dengan fakta yang salah. Skrip yang sama di ratib bagi menampak kesalahan itu terarah kepada satu pihak. Antara catatan yang agak mengelirukan dan mungkin dengan niat jahat, banyak di catatkan di dalam facebook seorang pendokongnya dengan nama Mohd Sabri Salleh.

2. Saya pada awalnya tidak ingin respon. Tetapi melihat kepada tuduhan demi tududan yang di tulis, jadi saya rasakan kewajipan bagi saya membuat beberapa catatan. Antara yang banyak di wayangkan adalah tuduhan yang mengatakan pimpinan PAS mendapat duit daripada UMNO. Saya rasakan ini tuduhan yang berat dan jijik. Dikatakan kata-kata ini sebut oleh Husam Musa. Tidak cukup dengan FITNAH jahat kepada Tuan Guru Haji Hadi berkaitan dengan UG UMNO-PAS, kali ini FITNAH lain pula di siar raya bagi mengelirukan orang ramai. Jika ini BENAR, dedahkan siapa yang terlibat? Usah mengatakan isu dan perkara murahan.

3. Disebutkan juga, Husam Musa mempunyai berpuluh fail yang ada pada dia dan cuma beberapa fail atau bukti yang di serahkan pada Dewan Harian Pusat. Di sini jelas menampakkan Cybertroopers pro-Husam di tipu. Jika benar Husam Musa punyai berpuluh fail, sila tampilkan kedepan. Serahkan kepada SPRM ataupun pihak berkuasa. Tidak perlu membuat tuduhan secara tersembunyi dan bermain politik kepentingan. Jika benar Husam Musa seorang yang mempunyai akauntabiliti, laporan kepada SPRM perlu dilakukan. Tidak perlu membuat ayat-ayat kesian di hadapan penyokong yang melawat dia di rumah.

4. Saya punyai rasa curiga dengan dakwaan Husam Musa punyai berpuluh fail lagi. Bagaimana seoranh bekas EXCO boleh mendapatkan fail-fail berikut? Tidakkah jika fail melibatkan fail-fail kerajaan, ianya tertakluk di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Adakah Husam Musa memasang ‘jin’ bagi mendapatkan maklumat terbabit ataupun Husam Musa membawa balik fail-fail berkenaan ke rumah semasa dia menjadi ahli EXCO lagi ? Jika ini benar, ia jelas menzahirkan Husam Musa seorang yang tidak amanah dan tiada akauntabiliti.

5. Sekalipun dakwaan ini heboh dimainkan, saya rasakan pihak kerajaan sedia berhadapan kerana difahamkan setiap yang dilontarkan oleh Husam adalah auta dan di sertakan dengan fakta yang salah. Ini bagi menampakkan kegagalan pihak kerajaan dan menonjolkan hanya dia seorang yang pandai mengurus sedangkan banyak projek-projek yang pernah diselia oleh dia GAGAL. Antara projek harta karun Tumpat. Dikatakan, sudah 400 ribu dibelanjakan tetapi hasilnya kosong !. Ini belum lagi perkara-perkara yang melibatkan penyalah gunaan kuasa semasa dia menjadi EXCO. Syarikat PMBK Sawit, TDC, KGT dan pelbagai lagi punyai masalah berpunca daripada siapa? Bukankah ini melibatkan tangan Husam Musa?

6. Jadi, tuduhan begitu sebenarnya dengan tujuan ingin menzahirkan siapa dirinya yang sebenar. Jika Husam Musa mengatakan berpuluh fail lagi, saya juga boleh katakan, saya pun punyai pelbagai fail berkaitan Husam Musa. Saya berikrar, jika Husam Musa masih lagi bermain wayang begini, saya akan keluarkan satu persatu perbuatan yang pernah dia lakukan. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya yakin Allah bersama dengan orang yang benar. Tuduhan demi tuduhan di keluarkan mungkin dengan tujuan ingin menjatuhkan PAS, tapi Alhamdulillah, mereka ternyata masih GAGAL dan terpaksa mencari pelbagai isu murahan untuk di mainkan.

7. Nasihat saya kepada Cybertroopers pro-Husam, usahlah melakonkan babak-babak yang tidak logik kelak kamu yang akan malu sendirian. Membela mereka yang sudah tidak ‘bersih’ sebenarnya mengambarkan ketololan kita. Jika sekalipun anda taksub kepada insan ini, jangan butakan hati untuk bertanya kepada mereka yang hak. Saya kenal Husam Musa sudah lama. Boleh di katakan, setiap inci perilakunya pun saya sudah boleh baca. Nasihat saya, cukup-cukuplah kita di perbodohkan.

Sekian,

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Mohd Umar Othman Mat Faqih
Bekas Sahabat Husam
Penduduk Salor
13 Disember 2015

SEKUTU PEMUAFAKATAN PAS ADALAH RAKYAT

Selepas Muktamar PAS pada bulan Jun yang lepas, Presiden PAS telah membawa PAS untuk menerokai peta jajaran yang baru, iaitu membuat pemuafakatan langsung dengan rakyat seterusnya membentuk blok sekutu baru. Pembentukan blok sekutu baru ini digagaskan bersama-sama dengan ratusan kumpulan masyarakat madani (NGOs) dan tokoh-tokoh perseorangan bermula dengan penganjuran Kongres Rakyat Peringkat Nasional. Melalui muafakat ini, PAS telah berhubung langsung dengan rakyat dan tidak lagi berperantarakan parti-parti politik.

Blok sekutu yang baru ini tidak pro Barisan Nasional (BN) dan tidak pro Pakatan Harapan (PH), sebaliknya pro rakyat. Dengan pengertian lain, pendirian dan tindakan yang diambil dalam menangani sesuatu isu adalah untuk memenuhi hasrat dan kepentingan rakyat, bukan untuk millage politik sesebuah parti politik atau tokoh politik tertentu. Oleh sebab itu, kebelakangan ini boleh diperhatikan ada pendirian dan tindakan PAS dilihat memihak kepada kerajaan dan terdapat pula yang bertentangan dengan kehendak kerajaan.

PAS sebelum ini menolak perancangan sesetengah pihak yang mahu menumbangkan kerajaan melalui cara yang tidak lazim bagi sesebuah negara yang mengamalkan pilihanraya, disebabkan kaedah ini akan menjerumuskan negara kepada ketidakstabilan yang berpanjangan. Kemudian PAS mengambil sikap berkecuali dalam pengundian meluluskan Bajet 2016, disebabkan ada manfaat dalam bajet tersebut yang boleh diperolehi rakyat. Manakala bagi mengatasi perkara yang membebankan rakyat dalam Bajet 2016, PAS telah mengemukakan cadangan balas yang realistik.

PAS berkongsi kebimbangan yang mendalam bersama-sama kumpulan masyarakat madani dan tokoh-tokoh perseorangan terhadap hasrat kerajaan menyertai TPPA. Apabila kerajaan mulai bersedia untuk menandatangani perjanjian itu awal tahun hadapan, PAS bersama kumpulan masyarakat madani dan tokoh-tokoh perseorangan akan membuat bantahan secara besar-besaran. PAS bersama-sama dengan rakyat meyakini, TPPA adalah satu bentuk ‘penjahan baru’ dan sekaligus perjanjian ini akan merugikan negara dan rakyat.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat perubahan pendekatan yang diterokai oleh Presiden PAS ini sebagai satu lambang kematangan politik dan satu anjakan baru ke arah mentaliti politik kelas pertama. Yang terkini, kesediaan Presiden PAS untuk berada dalam forum yang sama bersama-sama dengan Perdana Menteri, bercakap tentang perpaduan ummah dalam Multaqa Serantau Alumni al-Azhar, merupakan satu lagi petunjuk politik matang yang meletakkan kepentingan ummah dan rakyat Malaysia khususnya sebagai keutamaan.

PPP melihat keterujaan Perdana Menteri terhadap perubahan pendirian dan tindakan PAS mutakhir ini, sebagai satu signal yang baik menunjukkan PAS adalah pengamal politik berhemah. Sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, PPP meyakini PAS akan mempertimbangkan sesuatu perkara dengan meletakkan kepentingan negara dan rakyat di hadapan. PAS akan membantah sekiranya keputusan kerajaan merugikan negara dan rakyat, dan sebagai altefnatif PAS akan mengemukakan cadangan Islamik. Demikian juga, PAS akan menyokong keputusan kerajaan sekiranya membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Seterusnya, PPP meyakini rakyat akan semakin mantap untuk terus bersama PAS dengan penerokaan baru ini. Rakyat selepas ini akan lebih memahami, bahawa PAS bukanlah sekutu BN dan PAS bukan juga sekutu PH, sebaliknya sekutu yang bermuafakat secara langsung dengan PAS adalah rakyat. Kongres Rakyat yang telah digagaskan bersama sejak penganjurannya di peringkat nasional September lalu kini sedang bergerak ke seluruh pelusuk negara. Kongres Rakyat peringkat negeri Kedah baru berlalu, kini Kongres Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang akan menyusul.

SELAMATLAH PARTI ISLAM MELANGKAH, MEMBIMBING UMMAH KE MEDAN SIYASAH

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pengarah PPP

9 Disember 2015
27 Safar 1437

Sifat orang yang bijak, seharusnya tidak hanya pandai bertanya tetapi berani menjawab.

Mode orang yang ketakutan biasanya akan lari bila ada orang bertanya.

1. Cabaran Bersumpah

Ambo tengok Husam Musa telah terperangkap. Apabila dia melontar berkaitan isu UG dia berharap isu taukey judi, depu dan khalwat akan hilang dari peta alam maya. Anda silap wahai Husam..

Anda yang menuduh dan andalah yang perlu membawa bukti. Kalau anda tidak mampu membawa bukti memadai anda bersumpah talak 3 bagi kedua isteri kamu @ talak 3 bagi isteri-isteri kamu.

Kamu telah berbohong kepada Tok Guru Nik Aziz dan kami rakyat Salor tidak akan benarkan kamu membohongi kami lagi. Anda silap wahai Husam Musa..

2. Debat bersama Cikgu Pa?

Kamu mengaku menang sebelum menyahut panggilan debat membuktikan kamu bukan lelaki sejati tetapi lelaki yang takut isterinya tahu kamu telah ditangkap khalwat.

Tuduhan tanpa bukti hanya kerja kawan-kawan kamu yang telah melompat keluar dari bahtera Pas. Ambo kira hujah Husam Musa hujah lapok yang hanya meminjam hujah orang bodoh yang terjun kapal.

Kami rakyat Salor sudah tidak memerlukan kamu. Tetapi kami tahu kamu tidak akan lompat keluar dari bahtera Pas kerana kamu sayangkan Datin Kak Na dan Nabila Bie Al-Sri Hartamasi. Kalau kamu pergi kami yakin akan mendapat Adun dan YDP yang jauh lebih baik dari kamu. Kami tidak mahu Adun dan YDP yang pengecut untuk menjawab tuduhan khalwat.

Anda juga tanpa segan silu menuduh Cikgu Pa mendapat habuan sebagai fitnah kamu berkaitan isu UG? Saya kira Cikgu Pa sepatutnya menyaman orang yang celupar mulut seperti kamu. Kamu lupa nikmat mulut yang baru sahaja baik dari sakit.

3. Tuduhan kamu kepada Mursyidul Am

Kamu hanya berlapikkan maklumat dari surat khabar kamu telah menuduh Mursyidul Am Pas. Benarlah andaian kami kamu sebenarnya berkehendak supaya Pas memecat kamu kerana kamu ingin melepaskan diri dari sumpah talak. Pas tidak bodoh seumpama parti baru yang bakal kamu sertai. Pas bersedia menjawab semua tudahan kamu tetapi sebelum itu sila jawab isu KHALWAT,DEPU DAN DUIT BALAK DARI TAUKEY JUDI.

4. Tempat berdebat tidak menjadi masalah
Ambo rasa tempat debat tidak menjadi masalah sebab kemanapun kamu pergi fitnah yang kamu lemparkan kepada Pas kepada Presiden Pas dan Mursyidul Am Pas akan tetap mendatangi kamu. Cuma satu sahaja ingatan ambo kepada Husam Musa kamu masih ahli Pas maka yang menganjurkan debat mesti dari pihak Pas bukannya PAN yang sibuk hendak menganjurkan debat ini.

Yang menunggu jawapan
– KHALWAT
– DEPU
– TAUKEY JUDI CINA(BALAK)

Mohd Umar Othman Mat Faqih
Rakyat Salor
05.40 Ptg Salor

DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT … EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.

Oleh : Lim Sian See

Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.

Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? … JOM TERJAH!!!

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus – bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.

PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS – sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR – sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” – Jan 28, 2014.

http://goo.gl/ti2pdW

Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini – Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan – sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti – lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

“…dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

“Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. ”

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut.”

Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!

https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056

https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:

(Hadi bidas PKR ‘curi’ dua barua PAS sokong Azizah)

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.

Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):

“Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan.”

“Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri.”

“Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya.”

“Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud.” https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.

Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan – yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti. http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8

Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS.

Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar – memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.

Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.

Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.

Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas….