MUFTI PERLIS TIDAK DISAMBUNG KONTRAK KERANA SKANDAL ZAKAT IKRAM UNTUK DANA PEMBANGKANG?

Beri lesen kepada IKRAM untuk kutip di negeri tetapi IKRAM juga pergi kutip zakat di negeri lain guna lesen Perlis. Apa hubungan Dr Maza Mufti Perlis
dengan IKRAM
Zakat Perlis Diguna Untuk Dana Pembangkang?
Baru-baru ini, terdapat beberapa Facebooker yang tidak berpuas hati dengan cara majlis agama Perlis mengutip zakat di luar negeri Perlis. Mereka tidak berpuas hati kerana zakat ini dikutip oleh sesetengah NGO dan tentulah ini tidak mendapat keizinan daripada Pusat Zakat negeri-negeri terbabit.
 
 
 
 
Negeri lain bising dengan pengutip tidak bertauliah. Adalah pula yang tauliah Perlis tapi ambil zakat guna lesen Perlis di negeri lain.
Salah satu NGO yang dikatakan menerima lesen besar ini adalah IKRAM yang merupakan wajah yang dibentuk selepas pembubaran Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jemaah IKRAM ini susur galurnya berasal dari Islamic Representative Council(IRC) yang dibina oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom di sekitar tahun 70-an. Tidak dinafikan bahawa lepasan-lepasan yang ditarbiyah oleh IRC ini menjadi orang kuat di Universiti-universiti awam dan dalam bidang politik juga mereka mencorakkan pelbagai situasi politik sehinggalah ke hari ini. Dalam PAS dulu ramai golongan dari JIM ni namun sekarang menyertai PAN kerana kecewa dengan PAS.
 
 
 
Hubungan Istimewa Dr Maza dan IKRAM 
Bagi sesetengah aktivis gerakan Islam terutamanya PAS mungkin agak pelik melihat hubungan akrab antara Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan IKRAM. Reputasi Dr Maza agak sohor di kalangan pengkaji gerakan Islam di Malaysia terutamanya PAS, kerana belau sering dikaitkan dengan tertegaknya tanzim PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) dan juga sayap-sayap PAS di Jordan. Zaman perubahan antara IRC dan PAS berlaku di zaman Dr Maza di KIK. Malah, ada yang mengatakan beliaulah hero yang “menghapuskan” IRC di KIK. 
Oleh itu, adalah amat menghairankan bahawa Dr Maza “hero” perang IRC-PAS di KIK dijemput untuk merasmikan Muktamar IMSA-MISG di Texas, Amerika Syarikat disebabkan oleh MISG merupakan sayap IRC di US buat sekian lama. Dan ini amat menghairankan kenapakah Dr Maza dijemput untuk satu upacara besar seperti ini oleh pihak MISG.
Oleh itu, persoalannya, adakah benar Dr Maza bersama dengan PAS seperti yang pernah diwarwarkan oleh ahli-ahli jemaah PAS Kampus ataupun beliau juga seperti sesetengah tokoh dalam PAS yang berkiblat kepada IRC-JIM-IKRAM tetapi bertukar baju untuk survival “politik” setelah mendapati jemaah PAS di KIK yang pasti menang? 
Dr Maza dan PAN / IKRAM
PAN dan IKRAM Adik Beradik
 
Perlu diingatkan bahawa bekas Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Yunus adalah Naib Presiden PAN. Begitu juga beberapa pimpinan PAS yang dikenalpasti bekas pimpinan IRC sejak zaman tarbiyyah mereka di UK juga telah menyertai PAN.
Oleh itu, tidak hairan bahawa IRC-IKRAM selain daripada kumpulan Mat Sabu mempunyai tangan yang kukuh untuk mencengkam PAN dan mereka bakal menentukan hala tuju PAN terutamanya dalam menghadapi PRU ke 14. Kumpulan ini tentulah dipandang lebih intelek dan profesional jika dibandingkan dengan kelompok Mat Sabu yang lebih marhainis dan mungkin dari segi kelulusan tidaklah setinggi dengan bekas-bekas IRC yang mana ada di antara daripada mereka sudah bertahap berkelulusan PhD.
Maka, tidak hairanlah bahawa kumpulan IRC-JIM-IKRAM ini mempunyai matlamat yang besar untuk mendominasi “politik Islam” melalui PAN setelah gagal dalam grand design mereka untuk menguasai PAS.
 
IKRAM, NGO Diberi Mandat Untuk Mengutip Zakat Perlis
IKRAM merupakan salah satu organisasi yang diberikan izin oleh pihak MAIPs untuk mengutip zakat. Namun yang membimbangkan adalah tuduhan bahawa IKRAM juga mengutip zakat di luar negeri Perlis. Dan sebagai amil, maka IKRAM juga sebenarnya berhak mendapat peratusan daripada zakat ini yang bukan sedikit jumlahnya. Dengan melihat hubungan IKRAM dan PAN, adalah bahawa wang hasil zakat ini bakal digunakan untuk menjanakan aktiviti politik PAN. Amat memeritkan jikalau rakyat termiskin di negeri Perlis kelaparan tetapi PAN pula yang disusukan. 
Dan melihat hubungan antara Mufti negeri Perlis, Dr Maza dengan gerakan ini, tentulah amat kurang manis dan ini amat memerlukan pemantauan yang lebih khusus terutamanya daripada Tuanku Raja Perlis selaku Ketua Agama di Negeri Perlis. Kita tidak mahu institusi agama Negeri Perlis dijadikan batu loncatan kepada ketamakan politik sesetengah pihak tanpa mempedulikan kemurnian wang zakat dan juga kemaslahatan rakyat marhain dan termiskin di bumi tercinta ini.

KIMB Milik IKRAM! 

MAIPs dan Dr Maza hendak nafi apa lagi. KIMB memang milik IKRAM. Sila rujuk disini
Dr Hj Ahmad Zainudin Abdullah AJK Pusat IKRAM Pengerusi KIMB adalah AJK Komuniti Korporat. Sila rujuk di sini
Laman rasmi IKRAM pun mengakui KIMB adalah satu dari Institusi milik IKRAM.
Rujuk di sini di bahagian capaian
Jelas hubungan Dr Maza Mufti Perlis ini dengan Ikram, KIMB dan PAN. Mohon pihak tertentu menyatakan kepada TuanKu serta pimpinan Perlis agar jangan dipelihara Musang Berbulu Ayam. Buruk padahnya!
 
 
Captain M
9 Januari 2017
Sumber: http://captainmgs.blogspot.my/2017/01/mufti-perlis-tidak-disambung-kontrak.html?m=1

oleh Norani & Abang Marzuki FB

Pernah pada satu ketika dulu saya bertanya pada Presiden PAS TGHH ketika beliau berkunjung ke kampus kami di UK apa itu Ikhwan Alami, dan bagaimana pelajar Malaysia di luar negara boleh terlibat sama.

Beliau menjelaskan Ikhwan Alami tidak muncul tiba-tiba dan IRC tidak muncul tiba. Ia ada susur galur sejarahnya…..pada hakikatnya tidak ada Ikhwan Alami.. yg ada ialah ikwan Muslimin, dan ramai dari kalangan Ikhwan Muslimin diburu dan yang dubunuh oleh kerajaan sekular negara masing-masing..seperti Mesir dan Syria….orang Ikwan ini lari ke negara-negara Eropah dan Amerika….mereka migrate dan menjadi PR di negara luar dan kalau mereka kembali ke negara asal, mereka akan dibunuh oleh kerajaan masing-masing….TGHH kenal sebahagian besar dari mereka kerana TGHH sudah berada di Saudi dan Mesir sejak 1969 lagi dan kenali sebahagian besar pimpinan Ikhwan.

Apabila TGHH melawat Amerika dan Eropah, TGHH bertemu dengan pelarian Ikhwan Muslimin ini secara rahsia dan secara terbuka dan meminta mereka supaya mendekati pelajar-pelajar Malaysia yang bakal menjadi orang2 penting dalam negara 10-20 tahun akan datang. TGHH minta mereka dekati dan terbiyyah pelajar2 dari pelbagai bidang profesional …maka di situlah mula lahir MISG di USA Canada dan IRC di UK….ahli2 ABIM dalam kalangan pelajar turut sama menjadi ahli dalam IRC dan MISG tetapi tidak mendapat tempat dalam pimpinan NGO ini jika mereka pro-Anwar. ….puak2 IRC yang tidak setuju dengan cara Ikhwan sebaliknya sokong Ayatolah Khomeni pada akhir 70an dan kemudian mereka tubuh Suara Islam (Islamic Voice) yang mana antara pemimpin Islamic Voice ialah Khalid Samad.

Kumpulan Khalid Samad lebih cenderung pada kumpulan Hizbollah dan Hizbul Tahrir yang pro-Iran dan tidak setuju dengan cara demokrasi. Bagi pelarian pemimpin Ikhwan yg sudah mendekati dan mentarbiyyah pelajar2 Malaysia di Amerika dan Eropah, mereka membawa pemikiran untuk bergerak secara bawah tanah, secara sirr, dan menasihatkan pelajar Malaysia tidak menzahirkan identiti sebagai pejuang Islam bila balik Malaysia kerana bimbang akan ditangkap dan dipenjara oleh kerajaan sekular.

Lumrahnya orang yg diburu kerajaan sekular sudah pasti takut berdepan dengan realiti di negara masing-masing…tetapi waqie Malaysia tidak sama seperti Mesir dan Syria……malangnya bila pelajar-pelajar IRC ni balik Malaysia, mereka kritik PAS, mereka kata masuk pilihanraya adalah tidak syarie, dan ahli-ahli IRC  tidak boleh masuk PAS sebelum 1990 kecuali beberapa “askar peninjau” IRC seperti Mustafa Kadir dan Dr Zaki UM  dengan misi yang jelas.

Apabila PAS sedari akan hal ini dan menjadi satu kerugian kerana ramai pempin pelajar UK dan Amerika tidak bersama PAS, lalu pelajar2 pro-PAS meminta supaya PAS sendiri mentarbiyyah pelajar Malaysia dan bukan lagi murabbi dari pelarian Ikhwan yang menggelar diri mereka Ikwan Alami. Lalu wujudlah Hizbi Islami di UK dan di Amerika, yg kemudiannya bertukar nama MISNA di Amerika. IRC kekal di UK dan MISG kekal di Amerika.

Pelajar-pelajar pro-Islamic Party tidak lagi berkiblatkan murabbi Ikhwan Alami. Tetapi pelajar-pelajar dalam IRC dan MISG terus berkiblatkan Ikwan Alami. Selepas penubuhan dua NGO baru ini, barulah kelihatan ramai pelajar termasuk pemimpin2 dua NGO ni bersama PAS apabila mereka kembali ke tanah air. Sebelum itu, pemimpin2 IRC dan MISG masuk UMNO selepas 1990 secara rasmi untuk membantu Anwar khusus apabila Kelantan jatuh ke tangan PAS. Puak IRC-JIM mulai masuk UMNO selepas 1990, dan mula masuk PAS secara beramai-ramai selepas 1998 setelah Anwar dibuang dari UMNO. Meskipun mereka masuk PAS, mereka tidak masuk dengan misi kosong, mereka masuk PAS dengan misi untuk kuasai PAS sepertimana yang digariskan oleh Shaari Sungib dan Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design IRC-JIM.

Apabila mereka gagal kuasai PAS pada tahun 2015, mereka keluar beramai2 dan tubuh PAN. Mereka gunakan PASMA sebagai wadah untuk hasut ahli PAS gulingkan kepimpinan ulamak PAS tetapi gagal……selepas Kajang Move, Allah zahirkan wajah-wajah mereka disebalik topeng “Islam Ikhwan Alami” mereka. Kita ucap selamat jalan kepada mereka….

BAGAIMANA MALAYSIAKINI MEMILIH TAJUK BERITA UNTUK MEMAINKAN PERSEPSI

Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik link berita untuk membaca lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif terhadap Harun Din.

http://www.malaysia-today.net/bagaimana-malaysiakini-memilih-tajuk-berita-untuk-memainkan-persepsi/

Harris Nasril

Rakan saya Ahmed Natasha menaikkan status:
“Malaysiakini punya spin boleh tahan juga”.
Atas tajuk apa?
Beliau menjawab atas tajuk berita Harun Din mengulas isu dakwaan USD700 million yg dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
ini pula komen seorang rakan Azrul “Yup..mengenai kes Tuan Guru Haron Din ini memang jahat…tajuknya sangat tidak berkaitan ( misleading)”

Saya kemudian membuat sedikit kajian mengenai berita tersebut.
Dan ini apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, yang boleh saya katakan agak telus dan adil:

TAJUK BERITANYA: ‘Amat malang jika dakwaan terhadap Najib benar’
rujukan : http://www.sinarharian.com.my/politik/amat-malang-jika-dakwaan-terhadap-najib-benar-1.407649

Bila saya buka Malaysiakini, saya agak terkejut, kerana tajuk beritanya adalah sangat tidak adil dan berat sebelah, bukan untuk menyampaikan berita, tapi untuk mensensasikan tajuk berita! Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik link berita untuk membaca lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif terhadap Harun Din. Bukanlah saya nak mempertahankan sangat Mursyidul Am itu, tapi sebagai media alternatif yang dikatakaan no 1 di Malaysia, cara Malaysiakini memilih tajuk berita adalah sangat tidak bertanggungjawab. Tahulah kamu mmg menjual berita untuk create revenue, tapi janganlah sampai jadi media propaganda alat parti politik tertentu!

Ini tajuk berita yang dipilih Malaysiakini BM:
“Haron susah percaya dakwaan pada Najib Razak
dan ini pula tajuk berita yang dipilih Malaysiakini English
“PAS leaders: Accusations against Najib defies logic”

Bila kita baca tajuk berita, terus akan membuat kesimpulan bahawa Harun Din mempertahankan Najib. Bandingkan dengan isi berita Sinar Harian di atas dengan laporan Malaysiakini di sini: https://www.malaysiakini.com/news/304060

————————————————————————————–

Saya kemudian melihat pula reaksi dari berita malaysiakini itu, yang dijadikan bahan propaganda oleh MP DAP Taiping, Nga Kor Ming dalam FB beliau. Beliau menjadikan tajuk berita tersebut sbg printscreen dengan tajuk dalam bentuk soalan
” Since when PAS’s Harun Din become UMNO’s mouth piece?”- atau terjemahannya,:
“Sejak bila Harun Din dari PAS menjadi juru bicara UMNO?”.
rujukan : https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10151905029024170.1073741830.52329039169/10153511524079170/?type=1

Beliau juga ada satu lagi posting dalam bahasa cina di sini https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10150098755279170.281685.52329039169/10153509222044170/?type=1&theater
tetapi tidak terdapat satu posting pun dalam bahasa melayu untuk isu harun din ini. Nampak permainannya?

Kemudian saya lihat pula FB Tony Pua MP DAP Petaling Jaya Utara, yang juga kerap melakukan posting propaganda. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati beliau menjadikan tajuk berita yang sudah basi bertarikh 14 may 2015, untuk menyindir Harun Din dalam isu menyokong Najib!

Berikut merupakan posting Tony pua:
“Ya, Mursyidul Am PAS Haron Din nak beri peluang kepada Najib.
Najib bersih. Najib telus. Najib prihatin.
Ya, terus lah PAS, berikan sokongan paling kukuh kepada Najib.”
rujukan : https://www.facebook.com/MPTonyPua/posts/10153487000249917

Ramai rakan-rakan lain agak skeptikal dengan Malaysiakini sejak baru-baru ini, tetapi saya tidak. Ini kerana saya dah lama tahu. Malaysiakini bukan Malaysiakini yang saya seringkali baca masa era reformasi dulu, setiap hari. Sudah jadi media propaganda parti politik pembangkang. Saya ada juga  melanggan berita Malaysiakini, tetapi jika beginilah cara laporannya, tamat sahaja tempoh langganan ini tak mungkin saya akan perbaharui lagi.

Saya akhiri artikel ini  dengan kata-kata Edward R. Murror:
“To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible; credible we must be truthful.”

Nota: Malaysiakini adalah milik sosliasi kanan dari DAP dan stakeholders melayu terdiri dari Islam progresif/Islam liberal. Malaysiakona sama seperti surat khabar UMNO BN seperti Utusan, B Harian, STAR, NST, …semua surat khabar ini adalah fasiq, banyak berita fasiq…..Malaysian Insider sama seperti Malaysiakona…. tapi Malaysian Insider sudah diharamkan

rpkHadi tahu bahawa konfrontasi terbuka dengan Sultan akan berakhir dengan buruk bagi Pakatan Rakyat. Sultan bertegas mahukan lebih dari satu nama untuk cadangan calon Menteri Besar. Jadi, Hadi mencadangkan dua nama – Dr Wan Azizah dan Azmin. 

Raja Petra Kamarudin 

Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang mengkhianati Pakatan Rakyat, kata pengkritik-pengkritik beliau. Itulah sebab mengapa Pakatan Rakyat telah mati dan sekarang tidak lagi wujud.

Setiap orang adalah pakar perkara yang telah lepas. Sedangkan yang lebih penting adalah sama ada anda mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan berlaku. Lima tahun lepas dalam 2010 saya telah bertikam lidah dengan Anwar Ibrahim berkaitan pelbagai isu yang saya sebut jika tidak diputuskan, akhirnya akan menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat.

Namun, Anwar enggan mendengar. Jadi, saya putuskan untuk menubuhkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) dan berjaya memujuk Haris Ibrahim atau Sam yang agak berat mahu mengetuai gerakan tersebut.

Apa kaitan MCLM dengan rungutan saya berkenaan pakatan pembangkang? Sebenarnya, gerakan ini sepatutnya mempromosi liberalisma dan kebebasan awam. (Kerana itulah saya mahu memanggilnya gerakan dan bukan persatuan – saya telah jelaskan semasa kami melancarkan MCLM). Maksudnya, MCLM akan menentang politik bangsa dan agama serta menyokong sekularisma berbanding teokrasi.

Dan dengan menentang politik bangsa dan agama bermaksud secara automatik menentang prinsip politik kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dan ini sekaligus meletakkan kami sebagai kuasa ketiga.

Selepas itu, Pakatan Rakyat mula memberitahu rakyat yang MCLM mahu mencetus pertandingan tiga-penjuru dalam pilihanraya. Kuasa ketiga diterjemahkan kepada pertandingan tiga-penjuru. Jadi MCLM akan mencuri undi daripada pembangkang atau akan menyebabkan perpecahan dalam pembangkang dan itu akan membantu Barisan Nasional.

Dengan kata lain, MCLM akan membantu Barisan Nasional dengan memastikan Pakatan Rakyat tidak memenangi pilihanraya.

Sam kemudiannya menemui DAP dan mereka memberitahu beliau yang mereka tidak dapat berkerjasama dengan MCLM kecuali dengan persetujuan Anwar. Saya juga bercakap dengan PAS dan mereka juga memaklumkan perkara yang sama – dapatkan dahulu kebenaran Anwar, jika tidak mereka tidak dapat berkerjasama dengan kami.

Anwar, walau bagaimanapun, mengumumkan bahawa Umno telah membeli kami dan kami sekarang adalah pengkhianat.

Saya berang. Itu semua adalah satu pembohongan. Dan dalam 2010 saya membalas balik dan menyerang Anwar semahu-mahunya. Dan itu lebih kurang telah memutuskan hubungan saya dengan Anwar dan secara umumnya dengan Pakatan Rakyat juga.

Apabila kami bertemu di London, saya telah mengingatkan Anwar yang Pakatan Rakyat tidak akan bertahan lama dengan asas bersetuju untuk tidak bersetuju. Akhirnya, mereka perlu kembali kepada satu persetujuan, terutamanya berkaitan dengan Hudud. Bersetuju untuk tidak bersetuju adalah sesuatu yang palsu. Ia mungkin berfungsi untuk pakatan pilihanraya tetapi tidak untuk satu kerajaan gabungan.

Tetapi ramai beranggapan saya remeh-temeh atau nakal. Mengapa saya timbulkan sesuatu yang tidak penting? Ia mungkin bukan isu sekarang (pada 2010) tapi akhirnya ia akan menjadi satu isu. Dan lebih baik Pakatan Rakyat menyelesaikannya sebelum ia menjadi satu isu daripada ia menjadi satu masalah yang lebih buruk selepas meletup.

Namun, apa sahaja saya katakan nampaknya tidak dihiraukan. Tiada apa yang salah dalam Pakatan Rakyat. Tiada bom jangka menunggu untuk meletup. Setiap sesuatu nampaknya lancar dan cantik. Oh, adakah begitu? Tunggu sahaja bila ia meletup, kata saya.

Satu lagi isu adalah Selangor. Bila saya timbulkan isu Selangor, Anwar merungut tentang Menteri Besar Khalid Ibrahim. Dia degil, tidak dengar nasihat, dan mempunyai ego yang besar, kata Anwar.

“Jadinya, mengapa tidak buang sahaja dia dan gantikan dengan Azmin Ali?” kata saya. (Saya malah menulis mengenainya dalam 2010). Anwar tidak memberi jawapan dalam 2010 bila saya tanya beliau mengenainya. Kemudian, dalam 2013, beliau melantik Khalid sebagai Menteri Besar untuk satu penggal lagi daripada menggantikannya dengan Azmin.

Kemudian, tiga bulan selepas itu, beliau memulakan komplot Gerakan Kajang untuk menendang Khalid keluar dan apabila beliau tidak dapat menumbangkan Khalid, beliau cuba menjadikan isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilantik – namun gagal juga.

Jadi, apakah maksud artikel saya setakat ini – adalah ‘sudah saya katakan pada kamu’?

Masalah dengan rancangan ini, ialah DYMM Sultan Selangor tidak bersetuju Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar baharu. Dan jika mereka bertegas mahu meneruskan perancangan ini, akan ada bahaya yang Dewan Undangan Negeri Selangor mungkin terpaksa dibubarkan untuk satu pilihanraya negeri baharu.

Namun, DAP dan PKR masih mahu melawan Sultan. Mereka merasakan mereka mampu menggerakkan rakyat dan menganjurkan demonstrasi seluruh Selangor untuk menekan Sultan agar mengalah. Ini jelas menunjukkan mereka tidak mengenali sepupu saya, Sultan itu. Jika mereka meneruskannya, Sultan akan musnahkan mereka sepenuhnya. Cubalah berlawan dengan Sultan dan tengok apa yang boleh berlaku.

Hadi tahu bahawa konfrontasi terbuka dengan Sultan akan berakhir dengan buruk bagi Pakatan Rakyat. Sultan bertegas mahukan lebih dari satu nama untuk cadangan calon Menteri Besar. Jadi, Hadi mencadangkan dua nama – Dr Wan Azizah dan Azmin.

Hadi telah menyelamatkan Selangor daripada bala. Beliau memberikan Sultan satu pilihan dan bukannya mengugut Sultan seperti yang mahu dibuat oleh DAP dan PKR. Sultan telah memilih Azmin dan itu telah memusnahkan plot DAP dan PKR untuk meletakkan isteri Anwar di kerusi Menteri Besar.

Dan itulah permulaan mereka mensasarkan Abdul Hadi Awang. DAP dan PKR pada mulanya menghentam Sultan dengan menuduh baginda tidak menghormati perlembagaan dan campurtangan dalam politik. Kemudian mereka menghentam Hadi kerana memberikan Sultan satu pilihan untuk memilih dan bukannya menutup ruang pilihan untuk Sultan serta memaksa baginda melantik Dr Wan Azizah.

Gerakan Kajang dan pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar adalah rekahan pertama dalam Pakatan Rakyat. Dan mereka menyalahkan Hadi untuknya. Tetapi bukan Hadi yang merancang Gerakan Kajang. Gerakan Kajang itu secara rahsia dirancang PKR tanpa sebarang rundingan dengan dua lagi rakan kongsi gabungan.

Apa yang Hadi lakukan adalah beliau telah mencegah Gerakan Kajang daripada bertukar menjadi bala sebagaimana yang telah berlaku lebih awal di Perak yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas di negeri terbabit. Hadi tahu apa yang Sultan boleh buat dan boleh bersetuju lakukan dan beliau dengan bijak tidak berenang melawan arus atau tidak, akan menyebabkan Pakatan Rakyat terjerumus dalam bahaya besar.

Namun, tindakan Hadi memenuhi kehendak Sultan dari sebaliknya membantah baginda tidak diterima dengan baik oleh DAP dan PKR. Mereka mahu mencabar Sultan dan memaksa baginda untuk bersetuju dengan kemahuan Pakatan Rakyat. Tapi Hadi telah memberi penyelesaian kepada Sultan yang telah mengelakkan satu konfrontasi dengan Istana.

Hadi berasal dari Terengganu, satu negeri dimana Sultan boleh mengarahkan polis mengiringi anda keluar dari negeri itu dan menahan anda jika and cuba masuk kembali ke negeri tersebut (yang mana pernah berlaku sebelumnya di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor). Anwar dan Lim Guang Eng, pula, berasal dari Pulau Pinang yang tidak mempunyai Sultan, jadi mereka tiada perasaan kasih dan hormat pada sultan-sultan.

Dan itulah sebab kenapa Hadi melihat isu ini berbeza daripada Anwar dan Guan Eng yang sanggup mengkhianati Sultan.

Malahan, itulah permulaan pergeseran antara Hadi dan DAP/PKR. Kemudiannya, Kelantan memutuskan untuk meneruskan agenda Hudud. Namun, daripada menyalahkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau PAS Kelantan untuk tindakan tersebut, mereka menyalahkan Hadi. Jadi mereka memuji Nik Aziz dan memanggil beliau tokoh yang hebat dan mereka mengutuk Hadi di atas apa yang Kelantan telah lakukan.

Tidakkah ia sesuatu yang janggal? Kenapa Hadi dipersalahkan atas apa yang Kelantan lakukan? Dan kenapa memuji PAS Kelantan dan pimpinan PAS Kelantan tapi pada masa yang sama mengutuk Hadi? Bahkan sekarang DAP mahu membelanjakan wang Pulau Pinang untuk membantu Kelantan membina lebih banyak masjid di negeri tersebut. Dan penyokong-penyokong Cina DAP bertepuk tangan serta bersorak memanggil ianya tindakan yang hebat. Tapi bukankah ini Kelantan yang mahukan Hudud?

Kemudian, dalam Disember 2013, Anwar mengaturkan satu pertemuan antara Umno, PAS dan PKR di London untuk berbincang urusan membentuk satu kerajaan perpaduan. DAP dan parti-parti bukan Umno lain dalam Barisan Nasional telah tidak dijemput ke dalam perbincangan ini.

Anwar kemudiannya telah meminta Hadi menghadiri pertemuan tersebut dan walaupun Hadi kebetulannya berada di London ketika itu, beliau enggan menghadirinya. Jadi, perbincangan itu gagal dan kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan.

Selepas itu Lim Kit Siang menuduh Hadi bermesra dengan Umno. Dia menuduh Hadi sebagai pengkhianat dan pembelot. Pada masa yang sama, Kit Siang mencadangkan Pakatan Rakyat menimbangkan satu pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ dengan Barisan Nasional.

Dan itulah dia, wahai pembaca, bagaimana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, telah mengkhianati Pakatan Rakyat. Dan sekarang, disebabkan oleh pengkhianatan Hadi, Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan baginda bahawa Selangor tidak lagi diketuai oleh kerajaan Pakatan Rakyat tapi diketuai oleh kerajaan Azmin Ali. Azmin mempunyai sekurang-kurangnya 28 ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bersama beliau dan disebabkan  belum ada lagi undi tidak percaya dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri, maknanya Azmin masih berkuasa.

Dan DYMM Sultan akan menitahkan jika sekurang-kurangnya 29 ADUN belum mencadangkan undi tidak percaya terhadap Azmin, maka beliau boleh terus menjadi Menteri Besar sehingga pilihanraya umum akan datang.

Dan semua ini adalah kerana pengkhianatan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang – jahanam dia!

http://www.malaysia-today.net/hadi-awang-menghianati-pakatan-rakyat/

Siapakah Pemula Fitnah UG?

Pada satu klimaks serangan DAP terhadap PAS, isu UG-lah dibangkitkan oleh Lim Guan Eng.Bila Lim Guan Eng bercakap tentang PAS nak ber-UG dengan UMNO, semua kenyataan disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina. Masyarakat Cina percaya benar bahawa TGHH hendak bawa PAS ber-UG dengan UMNO. Dari manakah mulanya Lim Guan Eng dibekalkan peluru fitnah ini?

Sebelum DAP berkonfrantasi dengan PAS atas isu UG, PASMA terlebih dahulu menyebarkan fitnah dalam ceramah dan media mereka tentang isu ini. Sila rujuk kenyataan PASMA sebelum ini. Sebelum PASMA melalui Presidennya Pahrolrazi menjaja fitnah ini, blogger dan penulis Mohd Sayuti Omar, Aduka Taruna dan Tulang Besi dan cybertrooper anti-ulama PAS telah memainkan isu ini. Bencinya mereka terhadap TGHH hingga ada operasi dinamakan Langgar Hadi. Untuk memusnahkan karektor TGHH, UG-lah diangkat sebagai modal. UG yang telah diputarbelitkan daripada maksud asal. Sesiapa yang ingin tahu apa versi asal UG, buatlah sedikit rujukan.

UG yang diputarbelitkan sejak 2008 hingga kini tidak menjadi kenyataan. Kalaulah benar UG itu bermaksud PAS hendak bergabung dengan UMNO, sudah lama wujud gabungan itu. Tetapi tidak. Sebaliknya yang wujud ialah Pakatan Rakyat. Kepada golongan baru main politik pembangkang, sila rujuk Siasah bilangan 138. Besar tajuknya, Negara Tanpa Pembangkang. Itu tajuk besar intipati idea UG. Alih-alih golongan anti-ulama bermula 2008 lagi menabur racun fitnah dengan dakwaan TGHH nak gabungkan PAS dengan UMNO.

Asal mulanya mengapa geng Langgar Hadi menfitnah TGHH dengan isu UG ini. Kekalahan PAS di Terengganu pada PRU2004 menjadi bahan cercaan mereka. Mereka menyalahkan TGHH sedangkan telah dibentangkan satu post-mortem kekalahan PAS. Sekali lagi aku menyeru golongan penyebar fitnah UG membuat sedikit kajian. Malah Khalid Samad juga memperli kekalahan PAS di Terengganu tanpa menjadikan post-mortem yang rasmi sebagai sandarannya. Maknanya, puak-puak ini sudah benci akan TGHH sekian lama.

Apa hubungan Husam Musa dengan Mohd Sayuti Omar dan Kicikdefella, blogger yang cukup sensasi suatu waktu dahulu? Siapa yang mengadu domba TGHH dengan TGNA dengan meberi maklumat yang tidak tepat tentang UG? Mujur akhirnya TGNA faham duduk perkara sehinggalah akhit hayat TGNA menghormati dan bersama-sama TGHH dalam setiap keputusan.

Kenapa Mujahid Yusof Rawa tidak menceritakan hal sebenar idea UG sedangkan dia maksud sebenar UG berdasarkan Siasah 2009 itu? Kenapa Mujahid membiarkan fitnah ini bermaharajalela? Dari mulut siapa mula fitnah ini? Mohd Sayuti Omar? Husam Musa? Khalid Samad? Aduka Taruna? Tulang Besi? Kemudian fitnah itu disebarkan pula oleh beberapa kerat orang muda yang baru belajar politik melalui blog-blog, facebook dan media social yang lain. Hari ini mungkin sudah berjuta rakyat Malaysia yang mengikuti politik semasa termakan fitnah ini. Siapa yang nak menanggung timbunan dosa yang dikatakan lebih tajam daripada mata pedang ini? Yang difitnah bukan sembarangan orang; seorang ulama yang diiktiraf oleh dunia; sayangnya dihina oleh bangsanya sendiri.

Husam Musa, Pahrolrazi, Khalid Samad pukul TGHH dengan UG yang telah diputarbelitkan tadi. Disambung fitnah itu oleh penjaja-penjaja kecil facebooker. Soalan saya untuk semua yang memviralkan fitnah ini. Kenapa kalian tidak pernah menyerang dan mengutuk DS Anwar Ibrahim dengan Konsesus Nasional dan Lim Kit Siang dengan versi UG-nya sendiri? Kenapa tidak pernah menyeranah DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Kenapa semua terdiam apabila idea itu dilontarkan? Dan kenapa kini semua cuba menyembunyikan? Kamu berpolitik dengan hati busuk atau apa sebenarnya?
………………………….
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Pada totok khadam DAP..
Terimalah dengan Hati yg Terbuka..&

Sejak 1985, beberapa orang IRC telah menyerap masuk dalam PAS dan UMNO dengan membawa agenda tersirat mereka setelah berbaiah dengan Amir (MSM) IRC UK. IR. Mulai 1990 ramai ahli IRC-JIM masuk UMNO, dan sebahagian kecil masuk PAS. Graduan IRC Mesir tidak berapa suka cara graduan IRC UK  yang agresif dan kurang berhati-hati. Selepas 2004,  IRC-JIM pecah dua, ISMA dan IKRAM. ISMA ramai dari bekas graduan Mesir, dan IKRAM terdiri dari bekas graduan UK dan USA. Majoriti ahli IKRAM sekarang adalah ahli PAN.

Petikan kertas di bawah ini menunjukkan IRC-JIM dibenar masuk UMNO khususnya dan PAS kemudiannya. Agenda mereka ialah cuba kuasai kedua-dua parti politik ini. Kemungkinan kerjasama dengan parti politik adalah terbuka, dan kemungkinan tubuh parti lain (PAN)  boleh dipertimbangkan selepas ahli bergerak dalam satu NGO (tertubuhnya PASMA) 2014 bagi mengumpul tenaga kerja dan menyusun strategi politik.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5slaid 8

 

Stick+it+to+the+man+source+dumpaday_379dbf_5418737MODUS OPERANDI IRC : KALAU TAK BOLEH KUASAI DARI DALAM MAKA TARIK AHLI MEREKA KELUAR BERAMAI-RAMAI.

Oleh : Zaharudin Muhammad.

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa G18 dan GHB tidak menghantar surat rasmi perletakan ahli PAS tetapi terus menerus mengfokuskan kempen kepada ahli PAS untuk menyertai GHB. Ramai kenalan saya memberitahu mereka diajak menyertainya tetapi mereka menolak. Tetapi anda tidak akan hairan jika anda memahami modus operandi mereka ‘jika anda tidak boleh menguasai dari dalam, maka keluarkan ahlinya beramai-ramai.’ Nanti anda akan faham bahawa IRC menubuhkan parti baru bukan kerana tidak puas hati, tetapi memang itu agenda mereka dari dulu, agenda untuk memiliki sebuah parti politik sama ada dengan infiltration (penyusupan) atau tubuh sendiri. Jika anda fikir mendalam, anda akan temui hakikat ini setelah anda renung secara waras alasan-alasan mereka menubuhkan GHB adalah langsung tidak rasional. Kerana kalah? ramai yang kalah dan pasti berlaku setiap pemilihan. Kerana lari dari landasan Islam? Mana buktinya. Kerana lemah? Adakah mereka akan terus kuat dengan parti baru dan kenapa tidak tunggu pemilihan 2 tahun lagi untuk lawan balik?

Jika anda biasa dengan strategi ketenteraan dan politik, mungkin anda akan dengar istilah “Counterinsurgency” dan salah satu strategy yang digunakan ‘if you cannot beat them destroy them’ (jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya).

george-carlin-comedian-quote-if-you-cant-beat-them-arrange-to-haveIRC adalah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK tahun 70an dan bergerak aktif di Malaysia tahun 80an dan cuba menyelinap di dalam parti politik dan persatuan-persatuan Islam tetapi gagal menguasainya. Mereka berjaya mengembangkan pengaruh sekitar 1990an dengan penubuhan NGO. Mereka dilihat mula memasuki semula arena politik secara langsung sekitar akhir 1990an dan mula aktif sepenuh masa dengan politik sehingga kini.

Antara individu yang aktif politik pada hari ini yang disebut namanya oleh Dr Fuad Salleh (selain individu-individu ini makruf di kalangan aktivis-aktivis dakwah) sebagai pemimpin IRC ialah Saari Sungip yang dikenali sebagai Abu Urwah, Dr Abd Rahim Ghouse (mastermind PKR bersama kumpulan Rafizi dan Saifudin Nasution). Menurut Dr Fuad Salleh, ada di kalangan IRC yang radikal dan lebih agresif telah memperkenalkan Parti Negara Islam seperti Khalid Samat, tetapi tidak mendapat sambutan. Apabila tidak mendapat sambutan, mereka telah menggabungkan diri dalam PAS.
(Liku-liku Gerakan Islam Malaysia : M/S 80).

Antara tokoh besar lain di peringkat Junior ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan individu yang telah melalui perkaderan jalur ini.

Modus operandi ini jelas disebut secara bertulis selepas IRC gagal menguasai ABIM daripada dalam. Mereka telah mula mengambil langkah melemahkannya dengan menarik keluar seramai mungkin ahli-ahli ABIM.

Di muka surat 22 di dalam kertas Grand Design Harakah Islamiah Syamilah menyebut : “(2) Keluar beramai-ramai : Apabila tiada harapan HIS memanfaatkan ABIM, ikhwah kita diundurkan dengan membawa keluar seberapa banyak ahli-ahli ABIM bersama-sama. Kehadiran jemaah diteruskan dengan beberapa orang sahaja dengan tujuan : mengikuti perkembangan dalam ABIM, menjaga ABIM dari dimanfaatkan oleh musuh. (3)Tubuh Wadah (platform) baru : Oleh kerana hajat HIS kepada wadah yang berfungsi seperti ABIM, penubuhan satu wadah baru yang berdaftar perlu diusahakan.”

Usaha ini adalah yang paling akhir setelah mereka gagal pada langkah pertama dan kedua, iaitu langkah menguasai dari dalam dan langkah menyingkirkan pemimpin-pemimpin asal ABIM. Di muka surat 21 menyebut : “Buat masa ini, qiadah (pemimpin) ABIM menjadi penghalang kepada pengislahan (menguasai dari dalam). Tanpa perubahan dalam pendirian mereka, kita tidak nampak jalan lain kecuali menyingkirkan mereka. Menyingkirkan mereka bukanlah mudah. Perlembagaan ABIM amat menyebelahi JKK Pusat. Kini harapan mengislahkan (menguasai dari dalam) ABIM semakin tipis kerana kemasukan anasir solihat (HIS) disekat (dan) kebencian terhadap Jama’ah meluap-luap, ternyata dengan kempen memburuk-burukkan IRC.”

Taktikal pergerakan ini dikenali sebagai ‘jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya’. Iaitu salah satu cara dan modus operandi “Counterinsurgency” apabila orang politik atau tentera tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu area atau tempat.

Setelah sebahagian besar pimpinan IRC tidak terpilih di dalam muktamar baru-baru ini akibat beberapa “silap langkah” khususnya penubuhan PASMA dan sokongan DAP terhadap mereka, menjadikan mereka mengambil masa yang lama untuk masuk menguasai semula. Mungkin pimpinan yang ada sekarang boleh ditukar di dalam muktamar akan datang, tetapi mungkin alternatif pada masa itu bukan lagi mereka, tapi orang lain, menjadikan PAS sebagai wadah (platform gagal). Sebab itu jika anda kaji sebab mereka tubuh parti baru, sampai hari ini tiada alasan yang kuat. Jika tidak berpuashati, maka tunggu muktamar akan datang. Apa salahnya?

Tetapi, jika anda tak boleh kuasai, maka hancurkannya. Sebab ti target mereka selepas ini ialah lawan PAS dalam Pilihanraya. Ianya cukup jelas melalui kenyataan Dr Mujahid : “We define ourselves as a progressive Islamic party, and our number one opponent is PAS,” (kami mendefinisikan kami sebagai Parti Islam Progresif dan lawan nombor satu kami ialah PAS). Sekalipun beliau cuba menumpulkan terjemahan The Malay Mail Online tentang “our number one opponent is PAS” sebagai “musuh utama (GHB) ialah PAS”, tetapi beliau tidak memberikan alternatif terjemahan baru ganti kepada ‘musuh utama’ tetapi cuba spin dan divert kepada ‘konteks medan pilihanraya’. Semua faham, mana ada parti politik berlawan di gelanggan tinju atau gusti. Parti politik berlawan di dalam Pilihanraya. Tetapi sampai hari ini Dr Mujahid belum menghantar surat rasmi untuk keluar dari PAS.

Balik kepada pokok utama kita sekarang, modus operandi “tarik ahli keluar beramai-ramai” sememangnya sudah diamalkan dan disebut di dalam kertas HIS/IRC dan individu-individu yang terlibat dalam politik GHB hari ini adalah dari kalangan individu-individu yang terlibat dan lahir dari perkaderan IRC dan HIS.

Sebab itu anda jangan hairan jika mereka enggan meninggalkan PAS sekarang dan menyusun jadual roadshow serta kempen menyertai mereka dalam keadaan mereka masih ahli PAS dan tidak mengisytiharkan keluar PAS sehingga ke hari ini. Sepatutnya mereka hantar surat rasmi keluar PAS sebelum mereka buat roadshow dan sebelum pengisytiharan penubuhan parti baru.

Jangan anda membaca IRC ini sebagai lagenda dan sejarah kerana IRC belum lagi menjadi sejarah justeru modus operandi dan orang-orangnya masih aktif dari 1970an sehingga sekarang. Sekalipun umur penubuhan PAS, UMNO, ABIM dan lain-lain jauh lebih awal daripada IRC dan HIS, tetapi semua pertubuhan-pertubuhan ini belum llagi menjadi lagenda dan sejarah justeru perlembagaan, dasar, individu penggerak dan modus operandi masih lagi berjalan sampai sekarang. Begitu juga dengan IRC dan HIS, oleh kerana individu penggerak, modus operandi dan dasarnya masih lagi berjalan sampai sekarang, maka ia belum menjadi lagenda dan sejarah. Apa yang mengelabui mata anda ialah pergerakan IRC adalah sulit dan bawah tanah, berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan lain.

Sekian.

Nota : Nanti saya akan bagi bukti IKRAM cuba menafikan kerta grand design HIS dengan hujah kertas itu tidak diterima pakai selepas itu. Sekali lagi saya tegaskan, saya langsung tidak memaksud IRC adalah IKRAM justeru saya yakin lebih 90% ahli-ahli IKRAM yang cintakan Islam tidak tahu dan apatah lagi terlibat dengan grand design ini. Sepatutnya pimpinan IKRAM tidak respon terhadap pendedahan saya ini sebab sedari awal saya sudah disclaim keterlibatan mereka.

Sumber :
https://facebook.com/?_rdr#!/story.php?story_fbid=1008228719207563&id=312456128784829

taqiyyah-1Apa itu taqiyyah? Umumnya ia satu ungkapan atau janji atau sumpah yang berpura-pura untuk selamatkan diri atau untuk menjaga kepentingan kumpulan sendiri.

Taqiyyah adalah popular dalam fahaman Syi’ah. Menurut Syi’ah bahwa Taqiyyah wajib dilakukan. Jadi taqiyah adalah salah satu prinsip agama mereka. Taqiyyah dilakukan kepada orang selain Syi’ah, seperti ungkapan bahwa Quran Syi’ah adalah sama dengan Quran Ahlussunnah. Padahal ungkapan ini hanyalah kepura-puraan mereka. Mereka juga bertaqiyyah dengan pura-pura mengakui pemerintahan Islam selain Syi’ah. Padahal kakikatnya orang Syi’ah sangat membenci dan menganggap pemerintahan tersebut telah merampas.

Petikan dari: http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-sunnah.html

“Ali Muhammad al-Syalabi menerangkan, dalam Syiah ada empat unsur pokok ajaran taqiyah;

Pertama, Menampilkan hal yang berbeda dari apa yang ada dalam hatinya. Kedua, taqiyahdigunakan dalam berinteraksi dengan lawan-lawan Syiah. Ketiga, taqiyah berhubungan dengan perkara agama atau keyakinan yang dianut lawan-lawan. Keempat, digunakan di saat berada dalam kondisi mencemaskan (Ali Muhammad al-Syalabi, Fikr al-Khawarij wa al-Syiah fi Mizan Ahlissunnah wal Jama’ah, hal. 311).

Posisi ajaran taqiyah dalam Syiah sangat esensial. Seperti kata al-Kulaini, penulis al-Kafi:

لا دين لمن لا تقية له

“Tidak beragama orang yang tidak menggunakan konsep taqiyah.” (al-Kulaini, Ushul al-Kafi, jilid II, hal. 217). Karena itu, Ibnu Babawaih, tokoh besar Syiah klasik, berfatwa bahwa hukum menerapkan taqiyah itu wajib, seperti kewajiban menjalankan shalat.

Ia mengatakan; “Keyakinan kita tentang hukum taqiyah adalah wajib, barang siapa yang meninggalkan taqiyah sama halnya dengan meninggalkan shalat.” (Ibnu Babawaihi, al-I’tiqadat, hal. 114).

Dalam keyakinan Syiah, taqiyah merupakan pilar-pilar utama agama. Taqiyah diserupakan dengan Sembilan persepuluh dari agama mereka. Sementara rukun-rukun Islam dan kewajiban dalam Islam lainnya hanya sepadan dengan satu persepuluh. Ini artinya, taqiyah lebih utama daripada rukun Islam. (lihat al-Kafi, juz II hal. 217, Badzlul Majhud  juz II hal. 637).”

Manakala dalam kalangan Sunni pula, taqiyah amat  berbeza dan ia tidak wajib.

Petikan dari http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-sunnah.html

“Berbeda dengan Syiah, Islam (Ahlus Sunnah) memberlakukan taqiyyah terhadap orang-orang kafir. Dalam paradigm Islam, menyembunyikan keyakinan di hadapan orang kafir dibenarkan jika dalam kondisi darurat. Hukumnya boleh, tidak wajib.

Seperti dalam firman Allah swt: “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (QS: Al-Nahl : 106).

Dari ayat ini jelas terlihat perbedaannya dengan konsep Syiah. Seperti diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal, bahwa menyembunyikan keyakinan di hadapan orang kafir berlaku saat awal-awal Islam, sebelum umat Islam kuat. Adapun sekarang, Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam. Sehingga hendaknya mereka tidak merasa takut lagi. (Imam al-Qurtubi,Al-Jami’ li Ahkami al-Qur’an, jilid IV hal. 57).

Dalam Islam (Ahlus Sunnah), taqiyyah merupakan rukhshoh (kemudahan) ketika dalam kondisi darurat. Parameter darurat itu seperti digambarkan oleh Ibnu Mundzir; “Para ulama sepakat bahwa orang yang dipaksa kafir, saat keselamatan jiwanya terancam, kemudian mengucapkan kata-kata kufur, tapi hatinya tetap teguh keimannnya, demi menyelamatkan nyawa adalah diperbolehkan.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, 12 hal. 314).

Jadi, ada perbezaan mendasar antara taqiyyah dalam Ahlus Sunnah dan Syiah. Ahlus Sunnah mensyaratkan dalam kondisi darurat. Darurat ini ukurannya seperti ukuran dalam fikih. Yakni nyawa terancam. Sedangkan Syiah, tidak ada syarat seperti itu. Bahkan merupakan kewajiban agama di tengah mayoritas golongan lain. Taqiyyah dalam Syiah bukan dispensiasi, tapi kewajiban asasi.”

Soalan: Bolehkah kita kata ahli IRC-JIM dipercayai mengamalkan fahaman taqiyah ini? Mungkin ya mungkin tidak. Tetapi apa yang kita perhatikan tingkah laku mereka, mereka boleh berpura-pura di hadapan orang lain yang bukan IRC-JIM. Apabila mereka bersama PAS, mereka berpura-pura mereka sokong PAS dan mereka bersama PAS. Tetapi mereka hanya berpura-pura. Di belakang PAS, mereka ada agenda lain dan tersembunyi.

Shaari Sungip dan Mustafa Kadir pernah bertemu dengan TGHH dan TG Hj Harun Taib apabila kembali dari UK setelah tamat belajar pada pertengahan 1980an dan menawarkan diri untuk membantu PAS. TGHT sudah mengenali Shaari Sungib lebih awal dari pimpinan PAS yang lain apabila TGHT berdepan dengan kumpulan IRC ini di kampus UTM, sarang utama IRC di Malaysia. Satu debat antara mereka berdua pernah berlaku di pentas di UTM di awal 80an dalam menentukan samada mahasiswa tempatan harus ambil sikap partisan atau tidak partisan. IRC tidak mahu ambil sikap partisan kepada Islam apatah lagi kepada PAS dalam isu-isu semasa termasuk isu politik yang berkaitan dengan kepentingan ummah dan Islam. Alasannya mahasiswa masih belajar dan bahaya kalau mereka menzahirkan diri sebagai petugas Islam atau penyokong Islam. Inilah alasan puak Ikhwan Alami yang berpandangan identiti pejuang Islam harus disorok. Jangan zahirkan. Maka apabila pelajar Malaysia dari UK balik Malaysia, mereka tidak mahu bersama PAS atas alasan nanti kena tangkap oleh kerajaan BN-UMNO. Kemudian mereka menimbulkan polemik “PAS masuk pilihanraya, dan pilihanraya tidak syar’ie”. Apabila pimpinan PAS bertanya balik, adakah tidak masuk pilihanraya itu syarie? Mereka diam membatu kerana tiada hujah balas. Murabbi dari Ikhwan Alami adalah orang-orang Ikhwan yang diburu oleh kerajaan negara asal  mereka kerana penglibatab mereka dalam Ikhwan Muslimin yang bermula di Mesir. Psikologi orang Ikwan Alami ialah takut menzahirkan diri. Perasaan takut dididik dalam pelajar Malaysia dalam kumpulan IRC, lalu apabila pelajar Malaysia dari kumpulan IRC ini kembali ke tanahair, mereka takut bersama PAS dan takut menyatakan sokongan kepada isu yang ada kepentingan Islam dan ummah.

Apa pun setelah Shaari Sungib dan Mustafa Kadir bertemu dengan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor, mereka diarah berbincang dengan TGHH dan TGHT, yang memimpin Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. PAS menganggap mereka sudah matang dalam berjamaah.  PAS sangka baik. Akhirnya Shaari Sungib dan Mustafa Kadir diberi tugas untuk menulis silibus usrah untuk LajnahTarbiah PAS Pusat. Mereka berjanji akan menyediakan buku dengan mengumpulkan tulisan-tulisan pimpinan PAS yang mengikut manhaj PAS, dasar dan prinsip Islam yang diperjuang ileh PAS, dan uslub dakwah PAS dengan mengambilkira Perlembagaan PAS. SoalanApakah mereka bertaqiyah ketika itu? Maka lahirlah buku Usrah Jilid 1, tulisan Abu Urwah (nama samaran Shaari Sungib) dan TGHH menulis blurp di kulit belakang buku hijau air itu. Buku ini mengandungi beberapa  bab yang dkumpulkan oleh Sahaari Sungib dari tulisan-tulisan sahabat-sahabat dari MISG USA & Canada. Malang Shaari Sungib dakwa dia adalah penulis buku tersebut. Tulisan-tulisan pimpinan PAS tidak ada di dalam buku tersebut. Mstafa Kadir telah masuk UMNO selepas rahsia identitinya terbongkar. Shaari Sungib sambung belajat dan aktif di UK selepas itu sehingalah tahun 1990 beliau kembali dan menubuhkan JIM untuk IRC yang bawah tanah sebelum itu.

Setelah buku ini digunakan oleh ahli-ahli PAS dalam usrah-usrah di seluruh negara, Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat membuat pemantauan dan mendapati kupasan buku tersebut oleh Shaari Sungib dan Mustafa Kadir menyeleweng, di mana mereka menafikan kedudukan ulamak sebagai pimpinan ummah. Bagi mereka pimpinan ummah tidak mesti ulamak sedangkan di dalam ulamak adalah waris anbiya dan menjadi pemimpin ummah. Pemiimpin negara atau parti boleh terdiri dari umara yang boleh jadi juga dari kalangan ulamak. a. Tetapi pemimpin ummah mestilah terdiri dari ulamak. Akibat dari penyelewengan ini, buku ini ditarik balik dan dibatalkan dalam silibus usrah PAS. Pemahaman yang menyeleweng ini telah menyerap masuk dalam pemikiran ahli-ahli usrah PAS terutama dalam kalangan mahasiswa. Soalan: Apakah tidak mereka bertaqiyah depan pimpinan PAS bersetuju untuk mengikut garis panduan penyediaan buku yang disediakan oleh pimpinan PAS, tetapi kemudian mereka langgar janji mereka?

Pada tahun 1987 pula, berlaku satu perdebatan yang hebat di MISG Convention di Kentucky mengenai isu yang sama, iaitu samada mahasiswa harus partisan atau tidak partisan pada gerakan Islam dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan ummah khususnya di Malaysia. Kumpulan IRC dalam MISG tidak mahu partisan, tapi kumpulan pro-PAS mahu ambi sikap partisan kepada Islam. Susulan Convention itu, pimpinan PAS dan pimpinan IRC bertemu di Terra Haute Indiana untuk berbincang semula dan selaraskan sikap mahasiswa. Siapa yang hadir pada masa itu? Syed Azman, Ustaz Hassan Shukri,Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Ali Othman, Ustaz Zawawi Ali. Mereka mula berbincang selepas waktu Isya hingga ke waktu Subuh esok. di Masjid Terra Haute. Abu Iman atau Dzulkifli Ahmad dari England mewakili Syura UK turut hadir. Perbincangan amat ilmiah dan bersandarkan kepada hujah dan nas yg kukuh, mengambilkira semua aspek iman, akhlak, sosial politik psikologi, dan politik antarbangsa, yang mana kesimpulannya menetapkan satu keputusan secara musyawwarah bahawa mahasiswa Malaysia mesti ambil sikap partisan kepada Islam untuk kepentingan ummah. Malang bila Dzulkifli Ahmad balik ke England dan bertemu dengan Syura IRC, mereka membuat keputusan membatalkan keputusan musyarrawah Terra Haute. Soalan: Apakah ini bukan taqiyyah, setuju pada awalnya, kemudian langgar janji bersama? Bukankah ini janji pura-pura?

Apabila JIM ditubuhkan pada tahun 1990 secara rasmi di Malaysia, ahli-ahli IRC dari UK  Mesir,dan Jordan serta ahli-ahli MISG USA& Canada masuk JIM. Kebanyakan yang masuk adalah pimpinan mereka. Pada tahun yang sama PAS berjaya menumbangkan BN-UMNO di Kelantan. Maka Anwar menjemput JIM bersama UMNO dan menjajikan habuan yang baik untuk mereka jika dapat membantu Anwar dan ABIM dalam UMNO membawa “imej Islam” dalam UMNO. Maka lahirlah kertas Grand Design yang ditulis oleh Shaari Sungib dan Dzulkifli Ahmad untuk menyusun strategi kuasai UMNO dan PAS. Apa janji mereka pada Anwar? Soalan: Apakah mereka tidak bertaqiyah dengan Anwar pula? Dalam kertas Grand Design itu, mereka menyatakan mereka tidak berharap pada ABIM dalam misi Anwar ini.

Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan IRC di Shah Alam masuk PAS pada tahun 1996. Soalan: Apakah mereka tidak bertaqiyah dengan PAS pula? 

Malang berlaku pada Anwar dan JIM. Mereka lupa dalam sunnatullah perjuangan Islam, mesti ada ujian yang mesti dihadapi dan tidak ada kemenangan mudah dalam perjalanan dakwah ini. Bila Anwar kena pecat dari Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, ahli ABIM, ahli JIM-IRC jadi ketidak-tentuan dan berselerak di sana sini.  Ustaz Fadzil dan dua pimpinan tertinggi PAS yang lain telah membuat keputusan untuk membenarkan Ustaz Fadzil bertemu Anwar dalam suasana kritikal itu. Natijahnya ahli ABIM, ahli JIM dan ahli PAS “bersatu” di bawah satu payung untuk berdepan dengan BN-UMNO. Kemudian PKN (Parti Keadilan Nasional) ditubuhkan pada tahun 1999.

Dalam PRU 2000, BN tumbang di Terengganu. Kesemua ahli PAS, ABIM dan JIIM dari PAS dan PKN bantu membantu menumbangkan BN. Ahli IRC-JIM dalam PAS menikmati segala kemudahan dalam PAS: markas PAS, kenderaan PAS, petuhas-petugas PAS. Mereka kata PKN baru lahir dan dhaif serta perlu bantuan dari PAS sebagai “abang”. Lalu dengan tagline itu, mereka mula meminta kerusi PAS di beberapa DUN dan Parlimen. Ahli-ahli IRC-JIM dalam PAS main peranan untuk pujuk pimpinan PAS memberikan kerusi kepada orang-orang mereka dalam PKR dan PAS.

Setiap tahun, IRC di UK dan MISG di USA mengadakan konvension seperti biasa. Pada tahun 2000, 2001 dan tahun-tahun berikutnya, pimpinan PAS dari ahli IRC-JIM, dijemput ke konvension di luar negara. PAS secara senyap memantau pertemuan dan ucapan mereka. Dalam pertemuan tertutup mereka, apabila pelajar bertanya tentang masa depan JIM dan PAS, mereka mengatakan “KITA BERPOLITIK BERSAMA PAS, JAMAAH MASING-MASING”. Tagline ini bocor kepada PAS. Ahli PAS yang ditugaskan mengikuti gerak langkah Shaari Sungib dan Dr Dzulkifi Ahmad ke UK dan Amerika telah mengesahkan tagline yang menjadi pegangan mereka: taqiya dalam PAS.  Tagline ini membawa makna wujudnya pemikiran JAMAAH DALAM JAMAAH, api dalam sekam, musang berbulu ayam, talam dua muka, opportunis dalam PAS. Mereka bersama kerana ada kepentingan. Soalan: Bukankah ini pelanggaran janji mereka setelah menjadi ahli PAS yang perlu berpegang kepada baiah menjadi PAS dalam borang permohonan ahli yang mereka isi dan janji mereka untuk berpegang kepada Perlembagaan PAS? Soalan: Inikah taqiyyah mereka.

Masa berlalu, mereka mendapat tempat istimewa dalam PAS, dan dalam masa yang sama mereka hampir berjaya menguasai kepimpinan PAS pada tahun 2011 dan selepas 2013, susulan Kajang Move, mereka cuba menggulingkan kepimpinan ulamak dalam PAS, tapi gagal!  Mereka keluar dari PAS dan langgar baiiah sebagai calon ADUN dan Parlimen PAS. Soalan: Apakah mereka bertaqiyyah semasa mengungkap bai’ah ketika bersetuju untuk jadi calon PAS? Soalan: Kalau mereka langgar baiah untuk menyelamatkan diri mereka dan agenda mereka serta jamaah mereka, maka ia adalah halal dan baiah yang diucapkan itu terbatal dengan sendiri? Inkah sagu lagi taqiyyah mereka, orang IRC-JIM?

Nah, Soalan: Apakah gabungan kelompok pro-syiah yang juga mengamalkan taqiyyah dengan kelompok IRC-JIM yang juga amalkan taqiyyah amat serasi? Pasti serasi? 2/3 dari ahli PAN adalah orang-orang JIM-IRC-IKRAM. Soalan lagi: Apakah mereka sedang bertaqiyyah dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? Logiknya, ucapan Aku Janji atau sumpah setia atau baiah apa pun dengan DAP, ia hanya satu taqiyyah yang mereka berpura-pura sahaja. Mereka boleh langgar perjanjian mereka dengan DAP bila-bila masa. Soalan: Buat masa ini apakah mereka bertaqiyyah bersama DAP menguntungkan mereka, mereka dapat dedak, sekolah IKRAM mereka dibiayai sebanyak RM15 juta oleh Kerajaan Pulau Pinang, mereka dapat nikmati pelbagai kemudahan bawah kerajaan negeri  P. Pinang dan Selangor?

Soalan: Sampai bilakah mereka akan bertaqiyyah? Di manakah sempadan taqiyyah mereka? Apakah sunnatullah perjuangan Islam membenarkan mereka bertaqiyah sebagaimana mereka telah lakukan selama ini? Apakah mereka bertaqiyyah untuk pelihara nafsu atau untuk pelihara iman?  Apakah tidak mungkin taqiyyah mereka membawah kepada sifat munafik dan fasiq serta merosakkan jamaah yang mereka sertai?  Kita tunggu keputusan dari Allah SWT yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Apa yang kita maklum, mereka bertaqiyyah dengan pihak lain daripada kelompok IRC-JIM-kerana mereka telah angkat sumpah taat setia atau baiah pada Amir (ketua) mereka di dalam organisasi (Majlis Syura Muslimin) mereka dikenali sebagai Ikhwan Alami. Dalam kertas Grand Design yang ditulis oleh Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad, terdapat nama-nama pemimpin Ikhwan Alami yang berada di luar negara yang merupakan murabbi mereka semasa mereka belajar di universiti di luar negara dan murobbi ini masih lagi menjadi kiblat mereka.  Apabila mereka sudah bersumpah taat setia, maka mereka akan pegang janji mereka. Mana-mana ahli yang langgar baiah ini akan hadapi masalah pada masa depan.

Soalan: Bagaimana mengenali mereka?  Orang-orang IRC dari UK yang kembali ke Malaysia di antara 1986-1991 mereka dikehendaki menghubungi orang lama IRC tertentu dan semasa pertemuan itu mereka dikehendaki membawa akhbar Watan sebagai satu password identiti. Kemudian mereka akan dimaklumkan ke manakah mereka akan pergi dan apa yang patut mereka lakukan. Modus operandi ini semacam gerakan bawah tanah. Seterusnya mereka akan ikuti program dalaman IRC-JIM dan mereka mengelak menghadiri program PAS kecuali atas arahan pimpinan IRC-JIM. Apabila mereka berada dalam PAS, mereka betaqiyyah. Begitulah kisah mereka sehinggalah berlaku Kajang Move, yang membuka topeng-topeng mereka satu persatu. Dan apabila mereka keluar PAS dan tubuh PAN, mereka keluar beramai-ramai atas nama bai’ah mereka kepada Amir Ikhwan Alami. Jadi kita tidak hairan, kelompok mereka yang keluar terdiri dari bekas-bekas pelajar UK, USA, Mesri, dan Jordan. Majoriti dalam PAN adalah orang IRC-JIM-IKRAM.  Timbalan Presiden PAN adalah IKRAM, Calon PKR Sg Besar dan Kuala Kangsar dalah IKRAM. Mat Sabu bukan IKRAM sejak azali lagi, maka dia tidak boleh jadi calon PAN serta tidak dbenarkan oleh DAP.  Desus-desar dalam kalangan ahli PAN, Mat Sabu bakal disingkirkan dan IKRAM akan bawa masuk Husam sebagai Presiden baru PAN.

oleh Bekas Ahli IRC

irc jim ikram buntuGrand Design IRC-JIM temui JALAN MATI. Jalan keluar ialah dengan berpaut pada DAP.

Yb Shaari Sungip dan Dr Dzulkifli Ahmad terlupa menggariskan pelan jangka panjang dalam kertas Grand Design JIM-IRC pada tahun 1991.

Pada tahun 1990, JIM didaftarkan bawah ROS dan mengumpulkan bekas IRC UK, Mesir, dan Jordan. Mereka semua bekas pelajar Malaysia, golongan elit terpelajar. IRC ditubuhkan sebagai alternatif kepada ABIM apabila Anwar masuk UMNO.

Pada akhir tahun 1990, setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS, Anwar menjemput IRC untuk bersama UMNO bagi tangani kebangkitan pengaruh PAS susulan kemenangan PAS merampas Kelantan dari BN-UMNO. Anwar disebut-sebut sebagai bakal PM Malaysia dalam masa yang dekat selepas itu.

Pada tahun 1991, Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad mengemukakan satu kertas Grand Design kepada Syura IRC berpangkalan di UK di bawah seliaan Ikhwan Alami untuk membenarkan bekas ahli IRC masuk UMNO dan PAS dengan objektif yang jelas: membantu Anwar dalam UMNO mencapi cita-citanya menjadi PM Malaysia dan menguasai UMNO serta menguasai PAS. Dalam kertas kerja tersebut, IRC sebut bahawa IRC tidak percaya kepada ABIM dan IRC akan kuasai UMNO. Lantaran itu, ramai ahli IRC masuk UMNO di ketuai oleh Rahim Ghouse. Dr Dzulkifli masuk PAS tahun 1996 setelah Mujahid mendapat tempat dalam Pemuda PAS.

Pada tahun 1998, Anwar ditendang keluar dari UMNO. Orang ABIM dan IRC turut tercampak keluar. Ada yang kena tangkap bawah ISA, ada yang lari ke Indonesia dan Australia. Ada yang masuk PAS sebelum PKN (PKR) ditubuhkan. Yang masuk PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Anwar Tahir dan beberapa lagi. Mereka masuk dengan arahan dan restu Anwar. Apabila PKN ditubuhkan 1999 dengan bantuan PAS atas nasihat pimpinan Ustaz Fadzl Nor, Shaari Sungib telah ditawarkan sebagai SU Agung PKN tetapi beliau menolak kerana mahu “duduk” dalam PAS dahulu bersama Dr Dzulkifli Ahmad. Sebelum beliau mask PAS, beliau pernah bertanding atas tiket PKN tapi kalah. Rata-rata bekas ABIM dan bekas UMNO yang menjadi pengikut setia Anwar masuk PKN yang kemudian bergabung dengan PSRM menjadi PKR.

Apabila IRC gagal kuasai UMNO, mereka cuba kuasai PAS. Ketika itu JIM-IRC pecah dua kepada ISMA dan IKRAM. ISMA bersama UMNO dan PERKASA apabila PAS menerima gagasan Pakatan Rakyat yang mana DAP ada di dalamnya. IKRAM bersama PAS. Selama lebih 10 tahun, kumpulan JIM-IRC membina kekuatan mereka, memperkudakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin sebagai proksi mereka selain Kamarudin Jaafar yang berjaya dilantik sebagai SU Agung PAS melalui perancangan mereka.

Selepas 2008 susulan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri maka timbullah riak-riak konspirasi yang semakin jelas dalam PAS. Ia bermula dengan persitiwa 16 September 2008 yang menambah kemarahan mereka terhadap Presiden PAS kerana TGHH tidak setuju dengan menawan Putrajaya melalui pintu belakang di mana Wakil Rakyat Sabah yang akan lompat parti dan bergabung dengan Wakil Rakyat DAP, PKR, dan PSM terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya. Kemudian 2009, berlaku protes 10 budak hitam di Parlimen terhadap TGHH yang kononnya dikatakan oleh Anwar bahawa TGHH mahu bergabung dengan UMNO. 8 budak dari 10 budak hitam terus mengheret isu ini terhadap Presiden PAS sebagai usaha menjatuhkan nama baik beliau dalam PAS.

Akhirnya menjelang 2011, mereka sudah kuasai 60% daripada AJK PAS Pusat. Dendam kesumat marah mereka terus menerus berlaku dengan pelbagai aktiviti dan propaganda melalui Harakah yang mereka kuasai, The Malaysian insider, dan Malaysiakini merendah-rendahkan TGHH. Ketika inilah Mat Sabu “dipujuk’ untuk bersama mereka. Tuan Guru Presiden PAS berada dalam keadaan amat tertekan kerana banyak tikaman belakang dilakukan oleh kelompok ini dalam PAS selepas 2011. Mat Sabu menjadi senjata baru bagi mereka.

Susulan PR menang dalam 2013 di Selangor, PKR melancarkan Kajang Move dalam selimut untuk menjayakan perjanjian sulit antara Anwar dan Najib melalui Konsensus Nasional. Anwar dicadang menjadi MB untuk liase dengan Najib bagi mentadbir Selangor secara bersama antara BN (UMNO) dengan PR (PKR) sebagai syarat pulangan, Anwar akan ke Putrajaya bersama pasukannya.

Mahathir dapat mencium konspirasi ini dan jika KN berjaya, bermakna Mahathir dan kroninya akan hadapai masalah besar untuk berhadapan dengan Anwar, orang yang pernah ditendang keluar dari UMNO dan dipenjarakan. Lalu Mahkamah mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful dan Anwar hilang kelayakan bertanding di Kajang.

Kajang Move seterusnya memaksa semua pihak dalam PR untuk terima dan beri sokongan. DAP terpaksa sokong sebab takut kehilangan kuasa di P. Pinang. PAS dipaksa terima DSWA sebagai MB dengan permainan konspirasi IRC-JIM dalam PAS, tetapi Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama melihat tindakan memecat Tan Sri Khalid dari PKR dan sekaligus jawatan MB Selangor sebagai satu bentuk kezaliman. Saifudin dan Rafizi tiba-tiba memaparkan 91 halaman salah laku TSKI. Setahun kemudian baru kita ia adalah FITNAH dari Saifudin dan Rafizi terhadap TSKI.

Kemarahan IRC-JIM terhadap TGHH semakin membuak-buak selepas Kedah jatuh ke tangan BN. Lalu kumpulan G18 menubuhkan PASMA pada bulan Nov 2014, satu NGO yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS. Perkara ini disebut dalam kertas Grand Design yang ditulis pada tahun 1991, iaitu menubuhkan satu NGO sekiranya gagal kuasai PAS, dan NGO ini akan menjadi transisi sebelum satu parti politik diwujudkan.

Lantas PASMA berkempen dari bulan Nov 2014 (bermula ia ditubuhkan di Kedah) hingga 2015 dipimpin oleh Ir Pakhrolrazi di Kedah dan dibantu oleh Ustaz Mat Hussin IRC-JIM Kelantan yang berada di belakang Husam untuk menjatuhkan Presiden PAS. Pelbagai rahsia mereka bocor apabila sebahagian ahli PAS secara individu dan kelompok mengambil tanggungjawab menyelamatkan PAS dengan membocorkan rahsia mereka termasuk konspirasi Hawaii Five O yang dikaitkan dengan Dr Hatta, pembocoran Whattsapp JK PAS Pusat yang dikaitkan dengan Khalid Samad, keset rakaman ucapan Mat Sabu di Kuala Selangor mengajak ahli merancang supaya Presiden PAS diganti dengan pemimpin yang boleh bekerja dengan DAP dan PKR, pertemuaan tertutup IRC-JIM dengan pimpinan PKR dan DAP, pemberian sumbangan DAP kepada PASMA, dan pelbagai lagi angkara tersembunyi yang berlaku di belakang tabir dalam PAS.

Akhirnya dalam Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor 2015, semua mereka yang terlibat dengan JIM-IRC dan konspirasi dalam selimut ini termasuk Mat Sabu, Husam, Dr Hatta, Salehudin, Dr Mujahid, Dr Maria, Ir Nizar, Ustaz Ghani Shamsuddin, Khalid Samad dan beberapa lagi tewas dalam pemilihan JK PAS Pusat 2015 kecuali Mazlan Aliman dan YB Amiruddin Kedah. Pemilihan JK ini dibuat melalui cara demokrasi yang telus dan dikendalikan oleh Asmuni Awi.

Susulan kekalahan mereka dalam Muktamar PAS ke 61, atas “arahan” dan “pujukan” pemberi dedak, mereka keluar dari PAS menggunakan nama GHB (Gerakan Harapan Baru) dan kemudian menjadi G18, dan akhirnya menubuhkan PAN, Parti Amanah Negara. Inilah parti politik yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS menurut kertas Grand Design tersebut. Meskipun nama parti politik ini tidak disebut namanya dalam kertas Grand Design IRC-JIM 1991, ciri-ciri PAN memenuhi citarasa dan matlmat mereka.

Bagi IRC-JIM-PAN, mereka suka menumpang orang lain macam pokok dedalu. Mereka pernah menumpang UMNO. Mereka pernah PAS. Tapi mereka gagal kuasai UMNO dan PAS. Kini mereka menemui jalan buntu. Jalan seterusnya tidak digariskan oleh ini tidak dihuraikan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design mereka pada tahun 1991. Jalan keluar dari JALAN MATI ini ialah dengan berpaut pada DAP.

PAN kini dikuasai oleh DAP. Ia menjadi proksi kepada DAP sebagai jambatan untuk dekati dan kuasai orang Melayu. DAP telah melabur banyak wang dan tenaga “membela’ dan “membiayai” individu dalam PAN, dan pastinya DAP akan tuntut pelbagai perkara dibuat oleh PAN bagi pihak DAP. DAP kini menjadi ALONG kepada PAN. Percubaan pertama DAP menguji PAN ialah di PRK Sarawak dan ujian kedua ialah di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. PAN kelihatan positif untuk terus digunakan oleh DAP untuk hadapi PRU 14.

Persoalannya: mampukah PAN keluar dari ugutan dan arahan DAP sebagaimana ALONG lakukan ke atas peminjam dedak atau penerima dedak? Mampukah mereka memelihara iman dan akhlak sebagai seorang Muslim? Mampukah mereka bertahan untuk tempoh 1 tahun akan datang? Ini semua tidak digariskan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design. Sama-sama kita tunggu episodnya.

 

Pautan lain

oleh Hj Hassan Omar

Nizar Putar Belit Isu Gabung UMNO-PAS 2008 – Ini Cerita sebenar…

nizarMohamad Nizar ketika berceramah di hadapan 50 orang mendakwa kononnya PAS Pusat meminta PAS Perak bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan di negeri ini tetapi Ustaz Ahmad tegas enggan menerimanya.

Katanya lagi PAS memang secara sulit ada perancangan bekerjasama dengan UMNO sejak 2008 lagi dan usaha itu bertambah ‘kuat’ selepas Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP pada 2015 dan digantikan oleh Pakatan Harapan.

Kata Nizar DAP ketika itu memang mahukan calon PAS sendiri menjadi Menteri Besar ke-10 untuk mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali.

Cerita bohong ini telah dimainkan banyak kali kononnya PAS dan bergabung dengan UMNO. Semasa Muktamar PAS 2015 kempen Nizar dan geng PAN sekarang kononnya kalau ulama menang dan menguasa AJK PAS Pusat akan mudah mereka bergabung dengan UMNO.

Tapi ahli PAS tidak bodoh maka geng PAN sekarang ini tersingkir. Sekarang dah 2016 tapi masih tak wujudpun gabungan seperti yang mereka sebarkan. Itu memang FITNAH yang jahat.

Sekarang pun isu gabungan UG dimainkan sehingga ramai orang menyangka perkara itu benar melainkan mereka yang ada akal berfikiran terbuka boleh memikirkan benar atau salah.

Nizar putar beli cerita kononya DAP rela hati nak berikan PAS Menteri Besar sedangkan perkara yang sebenarnya DAP yang memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 18 berbanding PKR pula 7 dan PAS hanya 6 pada masa itu mengadap dan memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika itu agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar yang pertama bukan Melayu bukan Islam dan beragama Kristian.

Sultan Perak menolak cadangan tersebut yang bercanggah dengan undang-undang tubuh negeri Perak yang menetapkan Menteri Besar mesti juga seorang Melayu Islam bahkan baginda bertitah mahukan calon dengan pernah mempunyai latar belakang kerjaya sebagai profesional.

DAP secara kebetulan langsung tiada ADUN Melayu manakala pelan pilihan alternatif kedua ialah memilih calon daripada PKR, namun semua ADUN Melayu PKR pula hanya berkelayakan akademik setakat tingkatan lima sahaja.

Oleh itu, Mohammad Nizar sebagai jurutera dan juga memegang jawatan tertinggi dalam PAS dipilih menjadi Menteri Besar bersifat bidan terjun daripada kalangan semua ADUN PAS kerana Ustaz Ahmad pula bukan seorang ADUN.

Siapa kenal Nizar ketika itu??

Nizar yang pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah pada 13 Mac 2008 namun, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP akan memboikot majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Ini kerana PAS bukan parti utama memenangi PRU 2008 peringkat DUN Perak.

Kit Siang juga menyelar PAS dan berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, sekiranya calon DAP ditolak.

Susulan itu, pihak istana membatalkan istiadat angkat sumpah serta meminta DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi sebelum menghantar surat rasmi sokongan bersama ditandatangani kesemua 31 ADUN mereka sendiri.

Oleh kerana terdesak, Nizar akhirnya atas ihsan DAP (istilah sekarang dedak DAP) dan PKR bersetuju MB dikalangan PAS.

Akhirnya Nizar berjaya mengangkat sumpah Menteri Besar secara rasmi pada 17 Mac 2008 di hadapan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah.

DAP memaksa Pakatan Rakyat memberikan enam jawatan Exco dalam kerajaan campuran Perak tersebut berbanding kuota Exco daripada PKR hanya tiga dan PAS pula seorang sahaja.

Bukan itu sahaja, semua keputusan Nizar mestilah mendapat keputusan DAP. Pentadbiran Nizar ‘dibayangi’ DAP

Nizar lebih menjaga kepentingan DAP daripada kepentingan Melayu antaranya pemberian geran tanah 999 tahun. Ini juga termasuk mengadai 1000 ekar tanah untuk DAP yang didedahkan dalam ceramah baru-baru ini.

Keputusan ini diluar pengetahuan kepimpinan tertinggi PAS.

Paling teruk Nizar bersama Ahmad Awang telah membuat perjanjian Pangkor II yang membuat akur janji tidak akan melaksanakan undang-undang Islam.

Perkara ini telah didedahkan oleh Nordin Ali dalam blognya.

Apa yang Mujahid tak menulis ialah bagaimana PAS Perak di bawah Ustaz Ahmad Awang pada masa itu telah membuat perjanjian untuk tidak melaksakan Undang-undang Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.
‘Perjanjian Pangkor II’ antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.
Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.
Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani ‘Perjanjian Pangkor II’ bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Nordin Ali menulis lagi.

(Gambar: Nizar cuba mengelak dari wartawan berkaitan Pangkor II. Mengapa mengelak?)Setelah serangan daripada abangnya sendiri. Nizar mengelak diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang dibangkitkan oleh abangnya sendiri. Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik pada 9 Julai 2008, tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang pulang ke DUN Pasir Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali pulang tetapi rakyat diminta pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Pendedahan Nordin lagi,

Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.
Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulsi wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNya.
ustaz ahmad awangNizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang kandungnya adalah BENAR belaka!!
Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!

Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk menjawab di sisi Allah nanti?
Kesimpulan pengkhianat Melayu dan agama Islam di PERAK dengan mengadai tanah dan agama ialah NIZAR JAMALUDDIN, USTAZ AHMAD AWANG dan geng PAN@AMANAH yang dodokong oleh puak IKRAM. Sikap Nizar dan Ahmad Awang menyebab nama baik PAS sebagai gerakan Islam tercemar!!

Petikan dari FB